Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Pahang muncul juara Piala Malaysia 2013 selepas menewaskan Kelantan 1-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam malam ini.

Jaringan tunggal Matias Conti pada minit ke-59 sudah cukup buat pasukan Pahang untuk bergelar juara Piala Malaysia buat kali ketiga.

Kemenangan pada malam ini juga menamatkan penantian 21 tahun Pahang untuk muncul juara Piala Malaysia.

Video Pahang 1-0 Kelantan | Final Piala Malaysia 2013

Pahang Tamat Kemarau 21 Tahun, Muncul Juara Piala Malaysia 2013

Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam Ahad.

Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.

Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.

Pada pertarungan antara pasukan gergasi Pantai Timur itu musim ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan melancarkan serangan berbahaya namun gagal menyudahkan sebarang percubaan pada separuh masa.

Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin gagal menggunakan peluang terhidang pada minit ke-18 apabila sepakan percuma daripada jarak 20 meter hanya sedikit melepasi pintu gol Pahang yang dijaga rapi oleh Khairul Azhan Khalid.

Pemain skuad Tok Gajah, R.Surendren hampir meletakkan pasukan berkenaan di hadapan pada minit ke-27 namun sepakan beliau terkena tiang gol Kelantan.

Selepas Conti membuka tirai jaringan, Kelantan di bawah bimbingan jurulatih Bojan Hodak terdesak dancuba mencari gol penyamaan dengan rembatan kencang oleh Dickson Nwakaeme tidak berhasil apabila ditepis keluar oleh penjaga gawang Pahang.

Kelantan gagal memanfaatkan peluang apabila sepakan percuma yang dilakukan oleh kapten pasukanya Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-76 tersasar dari gawang gol.

Khairul Azhan sekali lagi bertindak cemerlang untuk pasukan ‘Tok Gajah’ apabila menafikan cubaan bahaya yang dilakukan oleh Nwakaeme pada minit ke-84.

Penyerang pasukan Pahang, Azamuddin Mohd Akil dinobatkan sebagai pemain terbaik final Piala Malaysia 2013.

Walaupun cuaca hujan sepanjang petang ini, lebih 85,000 penyokong dari kedua-dua pasukan dengan lautan kuning dan merah mula memenuhi stadium sejak dari pukul 7 jam tadi.

- BERNAMA

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

24 Responses to Pahang Juara Piala Malaysia 2013

  1. Terbaikla Pahang! Kelantan cuba lagi tahun depan..

    • Memang tak dinafikan Kelantan adalah pasukan yang kuat masa kini. Tapi Pahang tampak bangkit kebelakangan ini. Harap Pahang dapat meneruskan zaman kegemilangannya seperti dulu dan Piala Malaysia tahun ini akan jadi pembakar semangat.

      Syabas Pahang!

  2. mat tempe mabuk piala

    tahniah pahang….walaupun takde player star macm tim mat mat tempe…tapi dapat juara,,hogoh pahang hogoh

    • Halo bro jangan provok orang dengan makanan ler…Orang selangor pun makan tempe lah…Kau ni orang asli jakun ape…kat jhr pun ada orang asli jakun jugk…haha

    • Aku keje kat selngor,Ramai anak selanogr kat tempat kje suke makan tempe,sebab dorg jawe.Jangan nak perli libatkan hal orang pun terasa,gondol btul.Aku nengok ramai orang melayu skunk bodo2 macam tak sekolah.Kau anti puak tu kau libat bugis lanun la ape la,ku nengok pahang bersepah bugis cam selngor,kau anti puak tu kau libat makanan orang pun dok makan.Bongok punyer olang,sultan johor not pure bugis sebab tokwan moyang dia punye bini bugis bukan tokwan tu,sultan selngor pure bugis.Lagi satu aku nak ajar orang melayu,bugis bukan lanun,istilah tu dari orng inggeris nak takluk malaya takdapat sebab bugis jaga sisir pantai.Minda kauorang telah ditakluk hasutan minda inggeris.Bodoh tak sekolah.

      • Orang sekolah tak tinggi atau sejarah pun Fail gini jadinya.Orang bugis yang tau apa itu bugis,Jawa tau apa itu jawa.Yang aku pelik tu,Dorang ni marah2,bising2 diorang melayu pure ke?Bugis pahang,ganu,sabah dengan johor sama,Bugis selangor lain.Jawa pulak takda beza slngr,jhr,perak. Pada fans pahang, ketahuilah,tok gajah,mat kilau tu baka bugis.Dato maharajalela perak pun bugis dari sulawesi,makan tempe gak.Lu orang melayu kena sedor diri.

        • Jagan marah abg jalal,dah menang piala kan…leh pencen..Aku tambah setu lagi,dato bahaman pun orang bugis…orang pahang,take note…jagan marah suku2 dan makanan lagi..dah menang piala..hihi

  3. Kijang kena pijak sang gajah terburai isi perut

  4. tahniah pahang. pemain terbaik patut dpt ke keeper pahang sbb slmtkn bnyk percubaan klate. pemain klate terutama tengah hancuss. aksi piya mmg mengecewakn. xpi, 0 1 kocik bonar, taun dopan ada laie

  5. pahang lebih layak menang semalam. Hoho..

  6. kahkahkah!!..kelantan kalah..kahkahkah!!!

    • Ape la ko ni sep.Janganla ketawa kat orang.Kurang kelantan dapat ke final.JDT habuk pun takder.Nasib baik aku cuma pegi tngk game johor fa je lagi menyelerakan walupun gaji dorg tak mahal tak pnh kena belasah teruk2.Insaf sep jgan tak insaf.

    • Sep ko orang mana?Ko jangan cakap ko orang johor..Nanti malu para rockers malaya tak laku album kami.

    • Abg sep tak baik tawww…Blowjob karang.!!.Pahang doh menang abg sep!!

    • Abang SEP matematik pun fail. Jangan gelak kat orang aje!Takmau la kawen abang SEP.

  7. Tahniah pahang. Kelantan cuba lagi. Semoga tahun depan kita lebih banyak disajikan dengan perlawanan kelas A dari pasukan tempatan. Tahun berikutnya kita tak payah lagi layan epl, la liga, sirie a atau bundesliga. Kita layan bola tempatan dan world cup aje.

  8. TAHNIAH PAHANG...

    ….KELANTAN TETAP DIHATIKU…TAHUN DEPAN CUBA LAGI. SEMOGA BERJAYA.

  9. TAHNIAH PAHANG...

    YOU ALL ARE PANTAI TIMUR. PANTAI TIMUR RULES 4EVER..KELANTAN, PAHANG AND TERENGGANU..THIS IS PANTAI TIMUR!!!

  10. JUARAPUN……….TAK SOHOR KALAU BELI GAME RM12K….GU!!!!

  11. tahun dpn ada hrpn ke masuk final mana2 piala? sbb tahun dpn kita br start nk bina team baru sbb ramai player tonggak berhijrah. tp elok jg, biar mampus dulu semua ulat2 tiket yg ada dlm kafa. 3 tahun xmasuk final, pupusla ulat2 tiket tu sbb xleh cari makanan HARAM!

  12. Bestnya tengok team cap kijang kena sembelih team orang asli… Heheheh this is kote bau…. Kelantit

  13. JUARA PIALA MALAYSIA 2013…………PAHANG TAK SOHOR SEBAB BAYAR 12…JUTA!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>