Rajagobal: Jurulatih mana berjaya seperti saya?
KETUA Jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal meminta pihak yang sering mengkritik kemampuannya supaya membandingkan kejayaan beliau dengan jurulatih kebangsaan lain.
Menurut Rajagobal, beliau telah membuktikan kemampuannya dengan menjulang Harimau Malaya muncul Juara Piala AFF buat pertama kali selain menamatkan kemarau 20 tahun untuk memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA.
“Mereka boleh bandingkan dengan mana-mana jurulatih kebangsaan sebelum ini, siapa yang pernah bawa Malaysia meraih kejuaraan seperti kejayaan kita menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan SEA 2009 selepas kali terakhir 1989 serta menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama sejak 1996.
“Takkan apabila tewas 2-0 kepada Vietnam (11 September lalu) yang hanya perlawanan persahabatan dalam tempoh persiapan ke Piala Suzuki AFF 2012, peluang kita dianggap tertutup. Siapa tak nak buat yang terbaik. Saya akan cuba pastikan Malaysia mara sejauh yang boleh untuk mempertahankan kejuaraan,” jelas Rajagobal.
Tambah Rajagobal, sasaran utama beliau selaku jurulatih skuad kebangsaan ialah memastikan Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.
Saingan kelayakan Piala Asia 2015 dijadual bermula 6 Februari tahun depan dengan 20 pasukan akan dibahagi dalam lima kumpulan merangkumi empat pasukan. Dua pasukan teratas selepas mengharungi enam perlawanan timbal balik akan layak ke pusingan akhir di Australia, 4 hingga 26 Januari 2015.
Dalam undian Kelayakan Piala Asia 2015 petang tadi Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama-sama pasukan dari negara Arab iaitu Qatar, Bahrain dan Yaman.
October 9, 2012 - 11:34 pm
dia bunyi dah.. wait n c.. kahkahkahkah
December 15, 2012 - 9:13 am
Contohi coach indon, kalah tak salahkan org lain, cuba akui kesilapn diri tu, baru buleh maju kedepan. boooo dari kak melah tpat ke muka RG
October 9, 2012 - 11:51 pm
dia lupa zaman mokhtar dahari dan soh chin aun…tu
October 10, 2012 - 12:14 am
jangan terlalu riak..kelak memakan diri..hati2 ya raja…
October 10, 2012 - 12:15 am
slamanya kita akan jadi jaguh kampung dgn mentaliti mcm ni
October 10, 2012 - 12:42 am
आप भारतीय बात नरक में बहुत अधिक जाओ
October 10, 2012 - 1:05 am
dia bkan nk bangga..tp sikap org malaysia nie sndri yg ske mengkritik.. klu diri kita yg dkritik of coz kta pun akan mrah…sama jgak dgn dato…dia tau la cmne nk guide pasukan dia…
November 24, 2013 - 7:17 pm
aku rasa budaya rakyat malaysia memang tak boleh ditegur.. tak kira la apa2 bidang, meluahkan satu kritikan dianggap satu perbuatan tidak elok.. cuba pandang ssatu kritikan itu pada sudut positif.. barulah situasiya menang-menang.. dapat satu kritikan kita kaji, mane silap, bukan tolak kritikan mentah2..
October 10, 2012 - 1:31 am
wei coach. ranking x penting. ranking x penting. bkn ape coach. pluang player nk pergi jauh x de msalahnya. cuba lar pham. jgn jd barua org FAM je. kalah ttap kalah. 1st impression pnting. stp kali game experiment team. buat ape. main player yg konsisten permainan dorg. nie x. plih player ikut sdap coach je. nie maruah negara. dgr ckap penyokong. nie x. marah balik penyokong. ambil lar skit kritikan penyokong. tnpa penyokong siapa lar pemain serta negara.
October 10, 2012 - 3:46 am
okay,mak nak tengok kita layak Asian Cup! boleh?
October 10, 2012 - 5:51 am
Saya kenal player saya, Ranking tak penting, yang penting saya nak eksperimen sampai bila bila. kah kah kah
October 10, 2012 - 7:55 am
Are poodah sunni macca….
October 10, 2012 - 8:27 am
Bila Jurulatih berkata demikian menunjukkan ada sesuatu yang tak kena. Setakat memenangi Piala Suzuki yang bukanlah satu kejohanan berprestij tinggi ke mana lagi agaknya haluan pasukan bimbingannya itu. Mentaliti Jurulatih seperti ini adalah jauh dari mentaliti kelas ke tiga. Sedangkan negara ketiga yang jauh lebih bawah dari malaysia pun sudah berada di atas. Ranking tak penting tapi kejayaan itu penting. Sampai bila kita nak tunggu kalau keupayaan kita masih di takuk lama. Raja Gopal perlu sedar apabila dia mengemudi sebuah pasukan negara bermakna dia harus berfikiran melebihi fikiran jurulatih sebuah pasukan sekolah. Raja Gopal juga harus sedar bahawa dia bukanlah seorang jurulatih yang hebat. Dia seorang jurulatih biasa-biasa sahaja. Perjalanannya sebagai seorang Jurulatih juga bukanlah boleh di angkat tinggi. Inilah masanya dia kena buktikan dia boleh menjadi seorang jurulatih luar biasa. Kena berfikiran terbuka malahan kena banyak buat homework. Banyak lagi kekurangan malahan pasukan bimbingannya juga rata-rata di kalangan pemain yang biasa-biasa sahaja. Beliau harus mencari jalan bagaimana nak mendapatkan seorang pemain yang luarbiasa. Jurulatih akan berkata mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi. Tetapi beliau juga harus ingat pemain juga tidak mempunyai masa yang mencukupi. Apatah lagi masa banyak di bazirkan di kelab malam, disko, di majalah hiburan, mempunyai affair dengan isteri orang, affair dengan artis, bertunang tak jadi kerana terlalu glamor, skandal sana skandal sini, bergaduh dengan biras, bergaduh dengan mak mertua, pak mertua, bercerai berai dan sebagainya. Mereka pun manusia biasa juga tak lari dari melakukan kesilapan. Tapi perkara2 seperti ini sebenarnya mempunyai faktor penolak yang amat dekat untuk memusnahkan kerjaya mereka. Kalau seseorang pemain yang banyak masa di bazirkan di tempat2 seperti ini adalah seseorang yang berjiwa Cristiano Ronaldo atau Messi atau Balotelli kita munghkin boleh senyap. Kerana mereka adalah manusia yang hebat. Telah terbukti kehebatannya. Ini dibandingkan dengan anak-anak Malaysia yang setakat bermain di Liga malaysia yang profesional lah sangat ni dengan kerenah FAM yang tak boleh di sentuh langsung, Jurulatih yang cepat melenting tapi tak tahu nak buat apa-apa. Adalah lebih baik dia senyap dan fokus untuk cari balik Formula macamana nak kembalikan semula sentuhan ajaib lagenda-lagenda Malaysia yang lalu. Untuk mencari dan mendapatkan semula tonik mujarab yang boleh menjadikan Harimau malaya ini adalah sebuah pasukan berkelas tinggi. Bukan setakat Asia Tenggara aje. Pening memikirkan bila tengok Liga Malaysia…..hampeh….Profesional lah sangat……FAM oh FAM…..bising mcam katak riuh sekampung bila menang liga Suzuki…..hmmm
December 14, 2012 - 10:05 am
ak sokong tuan..nk tunggu free kick je..xde sumbangan dalam permainan langsung..mana pg pemain tgh y menang piala m’sia??pemain y turun league y dijadikan sandaran..heran ak..xmustahil kalo pemain tengah atm ataupon kelantan boley take over pemain y sedia ada..xde ciri2 lgsg..siap boley jd kapten lg..main ak tgk asek pasing ke belakang je..adik ak y pompuan pon ckp cmg2..xde idea lgsg..tkinje2 dpt bola..pastu loose..taktikal lgsg xde..bg longball je..nk digerakkan dari pertahanan..kita pye body xbesa..so main mcm thai..shortball pass..kita kalah dgn pasukan juara..tp jurulatih dgn presiden fam boley tukar org lain..
December 14, 2012 - 5:11 pm
Btol tu..FAM tu yg masalah..kene cakap skit,dh melenting xtentu pasal..pelik gak tengok msia ni..team2 kat asia tenggara yg lain dh boleh kire slalu gak la main kat Piala Asia ke, Kelayakan Kumpulan Piala Dunia ke..ni asyik bangga dengan peringkat Asia Tenggara je..
October 10, 2012 - 8:58 am
Woooo banyaknye luahan rasa ko lanjoy..hahaha..dah abis? sekarang giliran aku pulak. Nak jelaskan kenapa kita, peminat olasepak tanah air, begitu cuak dengan K. Rajagobal @ K.Raja Eksperimen. Kita bkan cuak kerana kita jadi Juara AFF Suzuki Cup 2010 dan Juara Sukan SEA 2009 dan 2011. Tetapi kita cuak kerana selepas menjadi Juara di Asia Tenggara, semasa semangat peminat begitu tinggi, K. Raja Eksperimen telah membuat kesilapan taktikal yang teramat besar ketika Malaysia bertemu Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia tahun 2011. Dia menurunkan pemain ikut sesuka hatinya sehingga pertahanan begitu rapuh sekali, tetapi tetap degil dan berkeras mahu meneruskan jua. Seterusnya Malaysia diaibkan dengan jaringan2 besar oleh Liverpool dan Arsenal. OKS kemudian menunjukkan kepada kita betapa lemahnya taktikal K. Raja Eksperimen ini apabila hampir2 mengikat Chelsea seri tanpa jaringan. Seterusnya, kelemahan taktikal K. Raja Eksperimen dapat dilihat lagi sewaktu Malaysia tinggal 10 minit lagi untuk mngalahkan Arsenal, beliau mengeluarkan semua pemain yang perform untuk digantikan dengan pemain mentah dan gubra. Selain itu, beliau juga tegar dengan pemain yang hanya boleh membuat free kick sahaja tetapi tidak menyumbang kepada corak prmainan. Kesimpulannya, kita peminat menyampah bukan sahaja dengan taktik chief coach ini tetapi juga sikap bodoh sombongnya. Sekian.
October 10, 2012 - 9:11 am
apa yg bleh kita kata, typical mentaliti org malaysia (bukan semua yek) , selalu sgt berbangga atau rasa cukup dgn apa yg dah dicapai, bukan melihat kedepan untuk melihat apa lagi yg boleh dicapai. Berbangga jadi Engineer kilang walhal org lain duk nak kejar jadi tokey kilang… itu cuma contoh
October 10, 2012 - 9:36 am
Ok..
Sabar..
Banyakkan lagi perlawanan persahabatan.
Setiap bulan adanya perlawanan persahabatan.
Baru dapat melihat peningkatan……
October 10, 2012 - 9:58 am
perlawanan persahabatan mano boleh main tiap bulan bukan lawan KG kena ikut FIFA gak
October 10, 2012 - 9:59 am
aku nak dengar apa alasan dia pulak lepas ni nak prepare WC ke pulak
October 10, 2012 - 10:05 am
yg tukang komen tu .. jangan tau komen saja.. kalo hebat sangat.. pegi ganti datuk tu and tengok setakat mana bole bawa team malaysia..hahahhaha… cakap memang senang .. nak buat tu..wahahhaha..lu pikir la sendiri ..
October 10, 2012 - 10:48 am
Nk ganti cmne wey!!! Latuk talak mau tulun maaaa!!!!!
October 10, 2012 - 11:58 am
Memang la tukang komen kena tau komen aje….kalu tak letak la posting mari kita membodek….kalu sesiapa jadi coach pun mesti kena komen punya…..kalu tak macamana nak perbaiki mana yang tak betul…macam dalam negara jugak…kerajaan kena ada pembangkang..kalu tak mesti kerajaan lingkup….whatever la kunon
October 10, 2012 - 12:35 pm
mak ghase semua berhak komen,kalau bagus,orang akan puji,dulu kan kita semua puji,kebelakangan ni jer,nampak cam ade serba x kena dengan Gobal ni.buat friendly kunun2 nak build tempo pemain,tapi pemain entah mana2 dipanggilnya,padahal banyak lagi pemain lebih bagus x pulak dipanggil.puih la whatever,memang whatever~~~
December 14, 2012 - 11:37 am
memang kena komen la…sbb itu kerja dia orang yang telah di amanah kan dan dibyar gaji
October 10, 2012 - 12:46 pm
dato! lagi mau tidur ka!!
October 10, 2012 - 10:05 pm
Rg bukan yang terbaik, dia cuma bernasib baik.
October 11, 2012 - 8:27 am
nape dato tak abik farhan, dia sentiasa consisten,
October 11, 2012 - 9:46 am
menang komen .. kalah komen .. tapi dapat cuti FREE ..tak komen pula ..whatever lerr .. komen bagi semangat ler..bukan komen nak show yang awak tu lebih baik dari coach..ha ha ha .. ini pun komen ja..takkan ada yang h.o.t. pelizz lerr ..
October 11, 2012 - 12:20 pm
kat Football Manager 2010 den bawa Malaysia ke World Cup 2014…. hehehehe… la nie tgh cuba FM2012 plak..
October 11, 2012 - 4:57 pm
Bodo pah katah belake mung nih Datok… bola ni hiburan, kaloh bodo kene hentam la.. mung ingat kalau dh menang piala mung buleh buat eksperimen sesuka hati.. bukan mung sorang yg produce pemain.. OKS, bahkan negeri2 juga main peranan… lagi lamo mung jadi jurulatih, makin rosak Harimau Malaya..
October 14, 2012 - 12:45 pm
saya sanjung rajagobal kerana dia telah memecah rekod asia tenggara jadi johan piala aff dan sukan sea. Mana ada lagi jurulatih malaysia yg berjaya kebelakangan ini, cuba hangpa cerita kat aku. Sathianatan, wan jamak, norizan bakar semua balik awal tak dapat piala. Raja telah menaikkan moral bola Malaysia hingga jadi tumpuan sekarang termasuklah oleh kalian semua. Zaman suram bola era 90an dan awal dekad ini seakan berlalu tetapi mengapa kerana satu kekalahan dengan vietnam hangpa menyerang dia habis2an??? Ketahuilah aku tetap yaki rajagopal akan membawa malaysia jadi johan aff tahun ni dan layak ke asia cup 2015 dan juga layak ke piala dunia tahun 2020 jika raja panjang umur dan masih lagi jadi coach..
Hidup Rajagobal!!!!!!!
October 16, 2012 - 10:16 am
sasaran atau misi coach ni adalah piala asia..sebelum piala asia, banyak siri2 perlawanan yg penting untuk negara contohnya kelayakan piala dunia dan persahabatan..kalau negara kalah dgn negara serantau sememangnya membimbangkan..lain la kalah dengan negara asia timur yg sememang diketahui umum kekuatan bola sepak mereka..beberapa siri perlawanan yang kalah tu adalah kekalahan dengan negara serantau. bg penyokong tegar bola sepak negara, kekalahan tersebut amat mengecewakan
December 14, 2012 - 3:56 pm
malaysia dah terkeluar untuk aff tahun ni wahai tok gajah yang mengamuk. untuk layak ke asia cup 2015 banyak benda yang kena diperbetulkan.. ketepikan sikap pilih kasih..
October 14, 2012 - 1:56 pm
Setiap coach akan melakukan yang terbaik untuk setiap pasukan.Dan betul apa yang Rajagobal cakap.Dia kenal pemain dia.Kekalahan terhadap vietnam tempoh hari kebanyakkan media hentam rajagobal.Pernah kita amik tau sikap pemain2 Malaysia?Komitmen semasa latihan?Siapa pemain Malaysia yang ada individu skill yang tinggi?Siapa yang pemain Malaysia yang ada 50% tenaga selepas 90 minit habis perlawan?Kalau kamu semua tahu sikap pemain2 kita ni.Baru faham situasi bola sepak Malaysia.Itu belum lagi FAM punya perangai.Dari pegawai bawa Ke atas.Cukup lama aku dalam sukan Bola di Malaysia ni.Aku tak salahkan coach jika gagal.Memandangkan sikap pemain kita yang masih lagi lalai dan alpa.Bawalah Jose Maurinho sekalipun,Kita tetap takkan pergi kemana.Masih aku ingat lagi kata2 seorang jurulatih “Pemain Malaysia Ibarat BINTANG besar,Coach Sampai 8.30 Pemain Sampai 9.00″.Tengok isu Butler sudah cukup.Kita sayangkan pemain kita.Tapi pernah mereka fikir sikap mereka mengecewakan kita?Sampai bila pun kita tetap Harimau Malaya.Tapi tidak mungkin akan menjadi Harimau u=yang boleh mengaum mengegar dunia.Ubahlah sikap kalau hendak maju.Tak boleh nak cakap lebih2 pasal pemain dekat media.Nanti banyak masalah lain akan berlaku.SELAMANYA HARIMAU MALAYA.
October 14, 2012 - 1:59 pm
ADMIN MANA NI VIDEO KELANTAN VS SELANGOR NI…?KAMI SEMUA NAK KOMEN…
October 16, 2012 - 5:56 pm
ahh raja gobal. player yang ada masa kau menang AFF dengan sukan sea tu semua sathianathan punya player. tactical sampah long ball kau tu memang worst la kalau nak compare dengan tactical counter attack and short passing sathianathan. kau tengok la atm main macam mana sekarang. jauh lagi mantap dari tengok malaysia main bola tak sampai ke sudah. sekarang meninggi diri. jangan tunggu tak layak piala asia, tak pergi final piala AFF ni, sila-sila la letak jawatan. sampai bila nak tunggu alasan kau. jangan sampai orang riot dekat stadium sudah la.
October 17, 2012 - 6:42 pm
Sekarang apa macam? 3-0 kita bantai hong kong, nak kutuk lagi? manager mana lagi yang boleh buat sampai gitu…menang suzuki, menang under 23…apa lagi u all mau…setakat player ni je yang dia ada..bukannya kau orang ada messi, kalau ada messi masih kalah, tu memang salah dia la..sekarang ni…player kau orang semi-pro je ape nak lagi..dialah paling best.
October 17, 2012 - 7:54 pm
baru je lepas kena bantai ngan vietnam kat tempat sendiri.apa crite?
October 19, 2012 - 8:40 am
come on man…cuba kau lihat lepas vietnam tu kita menang semua 3 perlawanan persahabatan tanpa bolos…so rajagopal tak boleh kalah? alex ferguson pun pernah kalah bro…yang penting kita menjulang piala aff…kalah semua frenly pun tak pe…ni belum mula lagi perlawanan dah kutuk, ini frendly la…kita cuba taktik, dan pemain yang tak pernah dicuba…
October 19, 2012 - 9:09 am
maslahnya itulah, belum menang Aff lagi.tapi bila namapk sngt klemahan dalam team itulah org komen.jadi amik yg positif jela.bila rakyat marhain pun boleh nampak kepincangan dalam team masih juga ikut kepala dia, so ramai yang komenlah.Kalau kalah semua friendly itulah kena buat sesuatu takkan nak komen bagus2.Kalau awk ni periksa percubaan pun tak lepas macam mana nak amik ujian sebenar.nampak tak logiknya disni. Jangan menyokong tanpa menilai. itu sokongan membawa rebah!
January 22, 2013 - 4:48 pm
dia kata dia bagus, biarlah dia yang rasa dia bagus. agaknya pasukan negara dapat ke layak ke peringkat olimpik macam dulu dulu tu, cerminlah diri sikit. kena buat banyak lagi kerja rumah. jangan perasan bagus. kalau setakat juara rantau sini aje tak payahlah nak bangga. piala asia pun jauh sekali. biar koo kay kim ajar dia sejarah bola sepak negara ini. alex ferguson pun tak kata dia bagus. tu lah yang kita patut contohi.
banyak pulak aku komen ni. aku pun bukanlah sapa-sapa dalam dunia bola sepak ni, tapi nak juga lihat anak malaysia bermain di peringkat tinggi. jangan dok berangan nak hantar pemain kat luar negeri tapi rangkin tak seberapa. lain kali jumpa lagi hang semua, akhir kata belajarlah dari kesilapan
October 18, 2012 - 12:48 am
Dingo, dingo u miss the point my man. kau tak paham cakap orang.. Kutuk tidak sama dengan komen, rungut atau komplen. Kutuk boleh sama erti dengan nyumpah, seranah, maki, hamun. Tapi komen boleh membawa erti memberi cadangan lain selain daripada apa yang ada dalam kepala K. Rajagobal. “Apa lagi yang u mau”? Amboi macam taukeh kedai engkau mengayat ya? Apa lagi atau apa yang dimahukan “we all”? Bukan sahaja menang, menang, menang tetapi pemilihan pemain biarlah berdasarkan prestasi yang semua penonton dapat tengok. Misalnya, Kelantan team paling kuat dalam Liga, tapi kau tengok berapa orang pemain Kelantan dalam team Malaysia berbanding Selangor, Negeri Sembilan, Kedah yang siang-siang lagi dah kena belasah? Ini menjolok mata dan menyakitkan hati. Kedua, taktikal yang lemah. Dah tahu formasi 4-4-2 tak berjaya menembusi kubu pihak lawan, tukar lah oii… Kita kalah dengan Vietnam kerana formasi permainan kita dapat dibaca oleh pasukan lawan
October 19, 2012 - 8:44 am
Sekarang ni dah AFF suzuki ke? nape kutuk2 rajagopal…macamla dia dah kalah, tewas teruk di AFF, baru satu frendly tewas u all dah rungut. Perancis baru ditewas Jepun 0-1 dlm frendly…ada tak penyokong minta deschamp letak jawatan? dia orang tetap support. yang patut dikritik tak dikritik, tokoh yang menyumbang dan berkorban banyan u all kritik…nice analysis red warrior…tapi kau ngan saya sama je…kita keje ofis…bukan expert bola
November 2, 2012 - 1:30 am
dingo lembab. peranchis kalah dengan jepun bukan dengan vietnam.
November 21, 2012 - 9:38 pm
dia dh mula dh !!!!bunyinye mcm takbur pulak…..sabor jerrr..
November 21, 2012 - 9:49 pm
kalah dgn vietnam(2X)…kalah dgn thailand…seri dgn hong kong n bangla amat memalukan…ape lg nak experimennye>>>>menang piala pun pasal nasib jer…dari dlu mcm tu je taktikal die…mcm mne nak menang. lepas tu ckp team lwn hntar spy…memalukan betol drama king ni.
November 21, 2012 - 9:54 pm
Macam kate tan sri anuar musa bola sentiasa bjln..dan perlu ad prubahan positif dari masa ke semasa…jgn bangga sgt dgn menjulang piala aff y lalu….padahnya bila 3kali mengadakan plwanan pshabatan kita ggal mempamerkan aksi aff y dibanggakan sblom ini…..keluhan penyokong perlu diambil kira……FAM jgn mudah tersentap dgn kritikan…..kaji dulu apa y berlaku…gantung,denda dan sbagainya bukan jln penyelesaian!!!!!!!!! macam ap y brlaku pd tan sri………
November 22, 2012 - 8:55 am
King Gobal…saya saya sangat bangga dengan pencapaian Harimau Malaya dengan kejuaran AFF Suzuki lepas..Tapi itu dulu dan sekarang dah lain..player kita semua hebat2 tapi U silap guna pemain dan perancangan pasukan..Tolong la mengaku sikit kekurangan diri..Di Matteo julang Cheasea dlm Champion Leage musim lepas..tapi semalam dah dibuang…sbb apa Gobal?sebab prestasi team terumbang-ambing..apapun Good Luck Harimau Malaya..All the Best
December 14, 2012 - 10:01 am
xthu nk kata apa2 lg dah….hahhahha
December 14, 2012 - 10:10 am
lain kali pilih permain guna sms cam realiti tv tu siapa yg paling banyak undian dari perminat dia tu ler boleh main skuad negara… ini tak pilih bulu, ikut suka ati die jer…. kan dah kena kutuk kawww kaww….
December 14, 2012 - 11:28 am
walaupun aku sokong kedah, tapi aku sangat setuju kalau raja gopal amik player2 kelantan macam piya, nor farhan..potensi depa lagi ok dari player2 yg dok ada la ni..
December 14, 2012 - 11:39 am
Dalam bolasepak moden, saya tidak penah lihat pendekatan tentang pemilihan pemain kebangsaan cara Malaysia. Tunjang kekuatan sebenarnya adalah daripada pasukan yang perform dalam liga dan juga pasukan yang menang piala. Adakah pemilihan berdasrkan reputasi dan bukannya prestasi SEMASA?…kita terlalu didodoikan dengan kejayaan silam 2, 3 thn lepas. Saya tidak menyebelahi mana2 pasukan negeri, jajnji ia beri kebaikan kepada pasukan kebangsaan.
December 14, 2012 - 11:42 am
Aku setuju dengan kunang-kunang!! Tak sudah sudah dengan player kesayangan dia.. Amar Rohidan, Badrul, khyril muhaimeen,Safiq Rahim!! Depa ni dah tak perform dah…Ramai lagi yang best best kat Malaysia ni!!
December 14, 2012 - 11:55 am
Muhammad Hafiz
Aku hairan kenapa ada suara-suara yang mengatakan Malaysia bermain bagus malam ini. Kalau cakap satu team bagus makna nya Overall bagus. Apa yang bagusnya? Ball Possession lebih 60% untuk Thailand. Lepas 75 minit hanya dua kali Kawin buat save yang agak bahaya. Gerakan bahaya ketika menyerang tiada langsung, tiada gel
ecekan Norshahrul, tiada larian laju dari flankers, tiada through pass yang tepat ketika mengatur gerak dari tengah melainkan hantaran tersangkut.
Kalau ada sesekali tengah Thai terlepas bola mesti di kawal oleh bek mereka sebelum gerakan Malaysia sempat masuk ke kotak pasukan lawan. Adakah kerana mengikut rentak pasukan Thai yang santai membuat passing disiplin dan flow bola tenang tanpa merampas nya boleh di anggap bermain bagus? Adakah kerana Farizal banyak menangkis serangan dalam kotak sendiri masih di anggap overall bagus?
Apa bengap sangat, kalau Thai berlegar sampai dalam box dan tak gol kerana di tepis Goal Keeper adakah boleh kata overall defender semua main bagus? Through pass Thai ikut celah-celah dua pemain benteng yang lepas lebih 10 kali, adakah overall bagus? Adakah tidak bernasib baik dapat referee yang kurang menyebelahi di kira boleh bersimpati dengan memuji overall persembahan pemain kita bagus? Adakah taktikal coach yang tidak bermain menyerang dan tidak juga bertahan(kerana banyak terlepas sampai dalam box banyak kali) dikira overall bagus?
Tak ada ball winner macam Gary dan Shakir dikira kawasan tengah bagus kerana mengikut rentak lawan yang bermain bergerak dalam satu unit? Adakah terlalu mengharap Mahalli membuat cross bermutu tapi tidak bernasib baik kerana sayap dan penyerang tak membantu Mahalli dikira sudah overall bagus? Adakah coach tidak bernasib baik kerana hilang 5 pemain yang dari asalnya mahu main 2 pemain Def Mid tapi kerana kecederaan jadi tak apa lah letak 2 pemain Att Mid dikira overall bagus?
Itu kesilapan yang besar kerana bergantung harap kepada pemain yang bukan di posisi kegemarannya kerap kali maka dihidu ianya sebuah kegagalan. Bunyamin sekali main kiri tak mengapa, dua kali di kira sengaja menempah bahaya kerana tak percaya kepada pemain simpanan yang available di posisi tersebut dikira kesalahan yang wajib coach tanggung. Saya tak percaya Azmi dan Zubir kedua-dua nya cedera. Sama juga bila Fadhli red carded, ada Faizal tapi tak percaya, coach kena tanggungjawab.
Ingat tak pemotongan Preliminary Squad 28, sanggup membuang 3 orang Cb seperti Irwan, Rizal dan Amirrizuan sehingga seolah tidak bersedia dengan Back Up Plan yang sepatutnya bagi kawasan Centre back. Nampak saya macam tunjuk pandai kan?masalahnya puluhan ribu rakyat Malaysia merasakan apa yang saya rasa, mengenai kesilapan coach dalam sustainable membuat pilihan pemain sebelum kejohanan dan ketika kejohanan.
Ia mengenai coach percaya kepada pemain kegemaran walaupun tak perform, berjuta mata melihat tetap tak di gugur. Mengenai coach rasa kurang percaya kepada sesetengah pemain simpanan nya sampai di peram menjadi ikan pekasam. Bila 5 pemain tak mencukupi ianya dizahirkan dengan luahan kekesalan, apa ke bodoh ada 7 orang lagi simpanan yang boleh tampung 5 yang anda hilang.
Kenapa anda percaya 7 orang ini kalau anda tak percaya dan tak ready yang mereka boleh tampung? lihat list final dua kali lawan Indonesia dulu, pemain tak cukup dan mereka yang diguna seperti Ashaari dan Sabree boleh membentuk tampungan yang memberangsangkan? Anda sengaja beralasan. Adakah dengan gaji mantap dan pangkat tinggi anda berdalih dan malu untuk mengaku salah atau meminta maaf?
Kami dambakan perlepasan jawatan anda kepada orang lain atau majikan anda memecat anda, tetapi apa yang kami dapat? Bukan permohonan maaf atau pengakuan, malahan putar belit dan alasan serta persediaan masa depan anda dengan skuad gagal, dengan barisan bintang yang pudar, anda diselamatkan oleh nama-nama baru yang menyinar, bukan nya pemain bintang skuad lama anda. Shakir, Wan Zack, Azamuddin dan Mahalli bukan skuad utama anda wahai coach yang bernasib baik, kerana mereka anda masih menerima gaji dan bonus yang lumayan awal Januari nanti. Terima kasih , terima kasih, terima kasih.
December 14, 2012 - 5:26 pm
Sgt2 setuju dgn statement ko bro. Well Said. Bolasepak Mesia perlukan transformasi….mulai skrg.
December 14, 2012 - 12:16 pm
king gopal lupa kut.. pengurus chelsea yang kena pecat tak sampai 2 tahun kerja tu .. dia tu bidan terjun pun boleh bagi julang Champions League utk chelsea tapi sbb kalah berderet kat EPL langsung semua tu mgmt tak pandang.. mgmt kira apa.. dia nak menang bukan kira rekod lampau.. nak kira rekod lampau kena tunggu King pass away.. kita ramai2 tgk rekod dia kat muzium.. hehehe
December 14, 2012 - 1:04 pm
raja oh raja. mengapa kau jadi begini. kau mempermainkan perasaan seluruh rakyat malaysia. kelayakan piala dunia 2011 pun ko boleh buat eksperimen, ni apa sangat la kalau setakat piala AFF suzuki? sampai bila nak eksperimen? sampai bila tak firm dengan pemilihan pemain? tuka sana, tuka sini. situ naik, sini turun. KFCM (khairul fahmi che mat) terlepas 3 gol dato dah tak turunkan KFCM. Buat panas baku simpanan je. minit 80 baru masukkan Safee. Hape ko hengat Safee tu macam RVP ka? Haiya.
Apa aku nak cakap, cukup2 lah bereksperimen. Kita perlu ke depan, bola sepak perlu ke depan, perlu fikir TARGET LEBIH JAUH. At least masuk World Cup. Pada aku, teknik eksperimen, tuka2 pemain ikut keserasian ni SHORT-TERM punya teknik. paling lama pun MID-TERM target. Sebab menurunkan pemain ikut keserasian. Aku fikir lebih baik develop team untuk world-class team. baru boleh pergi jauh. Kalau develop team ikut keserasian, macam mana kalau lepas 2 tahun tak serasi? tapi kalau develop team ikut rentak permainan, maka samada boleh main atau tak, team akan boleh main. Ingat, ni game bukan individual punya game. ini game team player punya la doll.
Last sekali. FAM tu tuka2 je lah sape2 yang patut kena tuka tu. lebih-lebih lagi presiden ke, setiausaha ke. beri peluang kepada minda2 baru ni, idea yang kontemporari atau semasa, bukan macam katak
December 14, 2012 - 4:21 pm
Budushhhe
December 14, 2012 - 4:43 pm
pendapat saya ttg kekalohan m’sia ni..disebabkan quality & keserasian pemainx2. Takde langsung persefahamn antara pemain dlm 1st match ngan S’pore…lawan Thailand…lari mcm ayam takde kepala….geram….midfieder yg aku paling x guna …sape lagi kalo bukan amar rohidan…dia ni standard player universiti….kesimpulannya…perubahan drastik perlu dilakukan…secra ikhlas…saya anok jati Terengganu…tapi saya rase player in-form je bawa masuk m’sia…antaranya….Badri Radzi…norfahan mohd…Player ganu mcm Ashaari dan manaf pong x layak ahh…sbb x in-form skrg….sedarlah Rajagopal…saya tetap sokong malaysia walaupun kaloh..cuma luakan pendapat saya sje…terlalu kecewa …..
December 14, 2012 - 5:13 pm
Rajagopal….ko bandingkan the BEST from the WORST memanglah ko yg juara!!…..cuba ko bandingkan the best fron the best…….ko punya ranking kat mana??
December 14, 2012 - 6:59 pm
nama pon raja gopal, tu ari cakap lain skang lain plak……
December 14, 2012 - 7:01 pm
sok lain lg dan selamanya lain…sok lain lg dan selamanya lain
December 14, 2012 - 8:06 pm
aku tak tahan tgok amar rohidan ganti posisi fadhli shs masa lwn thai….. Sanggup rajagopal pikiq mcam tu…..lastly kene 2 gol baru nk tukar ngan faizal…. Mak oiiiii syang bebenor ngan amar dia
December 15, 2012 - 7:16 am
org melayu tak terer main bola ..malaysia n indon…indon lagi la langsung x penah menang suzuki aff….jose morinho jadi coach malaysia pun blum tentu bleh menang la gua rasa
December 15, 2012 - 9:55 am
kaalau camni mmg malaysia xle g jauh….mampos x maju gi mati la korg sume
December 15, 2012 - 9:10 pm
alaaa rileks..skuad harimau muda ada cantik sket main laaa ..utk level asia tanggara ni