Kontrak Rajagobal hingga Disember 2013

K Rajagobal AFF 2012 Malaysia

Kontrak K Rajagobal sebagai Jurulatih Harimau Malaya masih berbaki setahun

SELEPAS gagal mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012, ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal kini menyerahkan nasibnya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, beliau masih memiliki baki kontrak bersama FAM hingga hujung tahun depan dan berpegang teguh dengan misi utamanya membantu skuad kebangsaan melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia 2015 di Australia.

“Saya masih memiliki kontrak hingga 2013, segala keputusan mengenai kedudukan saya selepas ini, saya serahkan kepada FAM. Saya masih ada tugas untuk dilaksanakan hingga 2013.

“Pasukan negara akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia pada Februari tahun depan menentang Qatar dan fokus saya tetap untuk membawa pasukan ini beraksi ke pusingan akhir Piala Asia 2015,” katanya kepada pemberita di Bangkok sebelum berangkat ke Kuala Lumpur semalam.

Rajagobal berkata, beliau dijangka membuat sedikit rombakan pemain bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia Kumpulan D yang membabitkan Qatar, Bahrain, Yaman dan membuat perancangan awal dengan mengatur dua perlawanan persahabatan Oktober depan.

Namun kegagalan di Piala AFF wajar diberi perhatian sebelum FAM berangan-angan menggapai impian lebih tinggi di pentas Asia.

Kekalahan agregat 1-3 kepada Thailand di peringkat separuh akhir, kelmarin membuktikan sejauh mana peningkatan skuad Harimau Malaya selepas dua tahun bergelar juara rantau Asia Tenggara.

Sememangnya keputusan pengadil dari Korea Selatan Lee Minhu yang dilihat ‘berat sebelah’ boleh dipertikaikan namun adakah ia keputusan tepat oleh Rajagobal mengarahkan pemain tengah Amar Rohidan mengambil posisi pertahanan tengah Mohd Fadhli Shas yang dibuang padang pada aksi separuh akhir kedua menentang Thailand di Stadium Supachalasai kelmarin.

Pemain tengah, Mohd Faizal Muhammad hanya dimasukkan menggantikan Amar selepas gawang negara bocor dua kali dan Thailand sebenarnya beraksi lebih baik berbanding ketika seri 1-1 di Kuala Lumpur Ahad lalu dengan penguasaan bola dan percubaan bahaya biarpun Malaysia beraksi dengan 11 pemain pada babak pertama.

Sememangnya nasib tidak menyebelahi Rajagobal kerana dihimpit kecederaan pemain utama namun di manakah kedudukan pemain lain dalam skuad 22 pemain terbaiknya selepas berjaya melepasi eksperimen sebelum kejohanan ini.

Mungkin kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala AFF ini sudah boleh dibanggakan memandangkan prestasi Harimau Malaya sebelum kejohanan tidak memuaskan termasuk seri 1-1 dengan pasukan kerdil, Bangladesh pada aksi persahabatan.

Tidak dinafikan jasa pemain yang berjaya merubah senario bola sepak negara selepas ‘tidak bermaya’ selama 20 tahun wajar dikenang tapi ia tidak bermakna ia lesen untuk seseorang pemain itu terus kekal dalam pasukan.

“Saya tidak boleh membuat rombakan drastik, saya akan menilai pemain apabila Liga Malaysia bermula tahun depan. Saya mahu membentuk skuad yang mantap kerana kelayakan Piala Asia adalah tahap lebih tinggi. Harap pemain boleh berada di prestasi terbaik sebelum perlawanan pertama menentang Qatar,” kata Rajagobal.

44 Responses to Kontrak Rajagobal hingga Disember 2013

  1. Saya harap Rajagopal resign je la lepas kekalahan ni. Bukan saya nak kritik tapi saya rasa keputusan ni dah tunjukkan ‘peak’ Rajagopal sejak menang piala suzuki 2010. Apa yg kita lihat selpas jadi juara 2 tahun lepas ialah keputusan penting yg tdk sepatutnya berlaku dalam perlawanan lwn taiwan dan singapura dlm kelayakan piala dunia. Dlm kelayakan piala asia 2015 tak perlulah letak harapan nak masuk ke finals kalau Rajagopal dan pemain2 sama masih ada.

    Sepanjang kempen ini saya nampak ada 3 kelemahan bersama dlm team asia tenggara amnya, dan Msia especially - kawalan bola tak mantap, passing tak tepat dan tiada confident nak bawa bola ke gawang lwn. Kalau tengok balik game-game sebelum ni kita akan nampak kebanyakan bola akan dilepaskan dalam masa 5 saat selepas mendapat bola. Di mana kawalan bola dan dribbling yg diperlukan utk menang perlawanan kalau tiada player/playmakers yg sanggup membawa bola kepada strikers? Kesian saya tengok Safee atau Norsharul terpaksa turun balik ke zone sendiri utk mendapat bola.

    Confident sikit lah bawa bola. Team-team hebat midfield semua playmakers yg sanggup bawa bola dan rembat sendiri ke goal lwn. Kat Msia atau Asia Tenggara mentality ialah midfield hanya pass bola. Apalah…

    • Setuju…satu lagi formasi 4-5-1 utk apa sebenarnya??..utk bertahan??..timbal balik di Thailand adalah nak cari gol di tempat lawan..tp masih nk kekalkan formasi itu..dah ternyata tak berjaya masa lwn di SNBJ,masih lagi kekalkan..player yg sama plak tu..hairan??..DKR igt WakLan @ Safee tu Messi ke nk letak sorang2 kat depan..takde player yg nk tolong follow up stricker..mungkin resign bleh refresh team kita..kami sayangkan team HM..please make it different..

    • Shabery Cheek letak jawatan

      Shabery Cheek pergi pertahankan Tamil Rajagopal tu buat apa. Semua pemain masa AFF 2010 tu Melayu habis buat apa pakai Rajagobal. Selama 2 tahun dia bereksperimen memasukan pemain India Kunalan, Robat dsbnya untuk menambahkan kuota pemain India. Inilah rasisnya India bila dibagi kuasa. Singapura yang negara Cina tak kisahpun semua pemain dia Melayu tak ada Cina atau India kerana berdasarkan meritocracy.

      Subahan Kamal tu Tamil asli jangan tak tahu. Tamil ni di Sri Langka atau Fiji ke sungguh kuat perkauman tak kira ugama.

      Bola sepak sangat penting bagi orang Melayu. Kita perlukan jurulatih taraf dunia mcam Pandalela atau Azizul bukan jurulatih gitu-gitu saja.

      Apa kaitan kemajuan RAja gopal dengan kemajuan bolasepak Malaysia. Gila ke kita patut bersyukur Rajagobal konon yang menaikkan bolasepak Malaysia. Sebetulnya bolasepak kita naik kerana kebangkitan ana-anak Melayu dalam bidang sukan seperti Hoki juara Asia, rugbi mengalahkan Jepun! Semua Melayu. Safee, Safiq semua ini adalah sebab bolasepak kita maju.
      Rajagobal duduk tepi padang.
      SEA Game bolasepak semua Melayu juara. Kalau Shabery tak nampak eloklah ko berundur je. Selagi Rajabebal kekal selagi tu kita tak kemana.

  2. Lagi cepat undur pun ok. Tak pandai pilih player. Sebab apa malaysia kalah dgn simgapore dan thailand? Cuba bandingkan player Malaysia dan thailand, apa beza? Player malaysia rendang dan rendah. Mana nak gi jauh. Bola tingg, safe salee memang tak boleh lawan player thailand yang tinggi lampai. Sepatutnya, dah lama malaysia cari player yang tingg, laju dan creatif.

    • bro yg ni gua tak setuju ngan hang,barcelona rata2 pemain pendek2 terutama bahagian serangan,bahagian pertahanan cuma sergio busquet ngan pique je yg tinggi..pemain sepanyol dan argentina pun rata2 pendek..yang paling penting pemilihan pemain bukannya saiz pemain

      • Jangan nak banding dengan barca…kalau nak banding dengan barca kena ada midfield yang kuat..walau diorang kecik2 tapi skill diorang superb dan cara main pun bukan long ball..kalu rajagopal masih jurulatih bukan skill dia nak guna short pass macam tu..dia hanya tahu long pass @ guna winger utk cross aje..taktikal zaman 80-an yang berguna hanya bila lawan team lemah…lawan team power memang out la taktikal macam tu..sebab tu dia tak kesah utk perkuatkan midfield..

  3. Adui dah jadi isu politik dah.

    MIC: Probe vile postings about Rajagopal

    Party lodges police report over two Facebook comments labelling national football coach a ‘pariah’ and ‘keling’.

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/11/28/mic-probe-vile-postings-about-rajagopal/

    • Yg ni gua tak setuju…menghina bangsa keturunan seseorang. Setakat critic performance ok la. Allah menjadikan manusia berbilang bangsa….nak critic Maha Pencipta ke?

  4. r.gopal ada peluang untuk jadi jurulatih johor..

    • Berita menarik utk TMJ …. Tentu dia berminat dan akan bayar rajagopal lebih tinggi dari safee ….rm120,000.00 sebulan … Jadi esok surat pasti sampai.

  5. syog king gopal letak jawatan..juara 2010 dah tinggal sejarah..klo matteo yg bawak CFC juara pn leh kena pecat..scolari bawak brazil juara pn leh letak jawatan/pecat kalau x konsisten..inikan team yg seri/kalah lawan thai..bungla..viet..hong kong..

    cari la muka baru..upgrade OKS jadi coach malaysia..mana tahu taktikal dan idea boleh naikkan team utk layak piala asia..

  6. Apo jadi kat HM pon jange kito maroh kat RG pasa dio pernah bawok HM jadi juara and emas sukan sea selepas 20 tahun kito down. Maso ni time untuk ore kelate ambik alih pucuk FAM baru boleh kito jadi juara semula.

  7. Average player Barcelona 175cm ke atas. Player paling rendah Messi 169cm tapi dia laju dan kreatif.

  8. Impian nak bawa M’sia ke piala asia ….. Hoooo … Hoooo …. Mimpi ke? Piala AFF pun tak mampu .. Macam mana niii . Pasukan lain dlm AFF telah meningkat dan telah tinggalkan kita kebelakang … Utk piala asia team nii pun akan main lagi …. Bolehkah kita kalahkan mereka semula??? …. Rasa macam mimpi lah kalau rajagopal jadi coach lagi ….. Melainkan tukar coach mungkin result akan berubah

  9. http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2010/12/pemain-malaysia.html?m=1

    Boleh tengok biodata player malaysia. 70%bukan player harimau malaya A atau player kelantan juara piala malaysia.

    • tak habis2 dgn Kelantan ko…..abis tu Kelantan masuk liga kelab-kelab asia ke laut jugak akhirnya apa cerita? ni bukan faktor kenegerian….dan Kelantan juga bukan semua sektor dia mantap….mungkin sektor midfield sahaja…itu pun sorang dua…bukan semua…yg paling baik ialah gabungan semua negeri………ATM yg hebat tu pun takde org2 ATM nk cakap besar

  10. Tq for info. I think Ong kim swee should take over RG post as harimau malaya A performed well in sukan sea 2011.

  11. Tq jgk kpd rj tpi silap dia gak pmilihan pmain.rasanya dia pun mcm kering idea
    Apa kta upkan pmain hrimau muda gbung ngn sedikit pmain senior utk klyakan piala asia.safiq dh tk brmaya lg dh.mid ketara tkde plymaker.byk yg defensif mid.attacking mid mcm wan zack kena ramai
    Dh dia cdera tkde pggnti yg suai.amar n gary def mid.nk hrp safiq je hntr bola.mid pun xde yg bleh dribble bola ke dlm d.

  12. 25 december 2012…rajagopal akan ditembak mati didepan rumahnya…jahanam FAM…jahanam orang yang menjahanamkam Harimau Malaya….maruah tergadai bila orang luar mengutuk..mentertawakan..memperkotak katikkan pasukan kesayangan rakyat malaysia…tapi si jahanam nie boleh kata tak kecewa malah bersemangat nak membantu malaysia keluar awal2 dari piala asia 2015..

    inilah akibatnya kalau kroni terlalu kuat dalam persatuan…

    • Siapa tak kenal Shukor Salleh ….. Dlm berita harian today dia suroh RG letak jawatan … Tetapi Azzudin kata lebih percaya pada Rajagopal …. Shukor adalah org lama dlm bola dia nampak HM telah jauh terkebelakang … Tetapi Azzuddin bampak sebaliknya!!!!!! Waduuuh org FAM buta agaknya …. Sepatutunya dia lebih nampak dari Shukor Salleh kerana FAM adalah masa depan bola negara.

      Macam nii saya sarankan Azzudin sampai presiden selamilah kata kata Shukor Salleh … Dan letaklah jawatan beramai ramai supaya org lain pulak merencanakan utk masa depan bola.

      Saya percaya kalau gagal AFF maknanya kita terkebelakang dgn negara jiran kita … So macam mana nak bersaing utk piala asia? Kalau FAM kata masih percaya lagi ….. Tak tahulah. … Mungkin betul semuanya dah buta hati & buta mata ….. Hancuuuuuur lah bola kita kerana org tak tahu bola jadi pemimpin ,,, pemimpin sekarang cuma tahu tengok bola jeee

  13. Azzudin memang bangang..

  14. Sepatutnya sume players yg dicalonkan utk anugerah bolasepak kebangsaan 2012 dipanggil utk mewakili negara sbb mereka yg terbaik tahun ni.tp cuma 5 org shj yg terpilh.mmgla pilih kasih DRG ni.letakla jawatan cpt..

  15. Nak majukan bolasepak malaysia, kena ubah pimpinan FAM!!!

  16. Presiden FAM sila letak jawatan!

  17. Hakikat yang harus ditelan adalah.. masa zaman kegemilangan bolasepak Malaysia yg jadi presiden (Tengku Abdul Rahman). Zaman kejatuhan Bolasepak Malaysia Presiden (Sultan Pahang)Time tu jugak la berlaku Rasuah Besar-besaran n Semua pemain yg bagus2 jd target. majority yg digantung seumur hidup adalah pemain tapi yg org2 besar yg membayar rasuah.. hilang entah kemana.. sampai sekarang pun klw kita perasan situasi paksa kalah masih ade.. klw pasukan yg bukan pilihan FAM atau bukan kesukaan FAM asyik menang.. secara Automatik FAM akan buat sesuatu supaya pasukan itu jatuh.. contohnya kedah.. Bila Kedah dah menang double treble.. tetibe diharamkan pemain import.. lepastu sedut pemain2 tempatan yg bagus pegi dkt Team yg disukai FAM.. senario ni dah menunjukkan kecenderungan Rasuah dan kepentingan diri sendiri pd pucuk pimpinan Tertinggi FAM lagi.. so klw FAM terus begini saya Rasa bolasepak Mlaysia Hanya akan kembali gemilang bila Selangor Menang Treble semusim.. sebab hanya selangor satu2 nya pasukan yg mendapat restu FAM..

  18. bukan kata kalau tak berjaya pertahankan piala AFF, dia nk letak jawatan ke?……

  19. sepatutnya rajagopal mengambil pemain kelantan untuk beraksi dalam aff sb kelantan muncul juara treble tahun 2012.kalau taknak ambik semua pun, ambillah separuh pemain kelantan.nak harap kan mat yo@wak lan saja mana cukup.harap kekalahan kali ini memberi pengajaran kepada semua. harus diingat peminat boleh mengkritik pasukan mereka untuk kemajuan, sepatutnya pendapat peminat yg dilontarkan perlu dikaji.ada ker letak amar rohidan dan safiq rahim yg sah2 lemah dalam perlawanan di bukit jalil. harap rajagopal letak jawatan atau jadi coach johor.

    • Setuju dgn cikgu..kita mampu pergi jauh kalau masalah ini di atasi..semua pihak harus bukak mata…panggil pemain yg betul2 perform..bukan “My Boy” aje…kalau sukan akuatik,basikal kita mampu menggaji coach luar takkan sukan bola sepak kita xmampu plak…peminat jugak harus bangkit,jgn terima bulat2 alasan xmunasabah..kiat masih lg rasa kecewa tp RajaGopal cakap berpuashati & xkecewa…Ada ke patut???… fikir2kan lah…

  20. bakal juru latih pasukan negara

    setuju dengan semua pendapat kat atas tu, peminat berhak memuji dan mengkritik pasukan mereka, peminat nampak siapa yang pandai dan siapa yang tak pandai kawal bola dalam padang, peminat dengar dan ingat setiap kata dan komen pengurusan FAM, FAM dengarlah suara kami, kami sayang pasukan negara. kepada semua pengurusan harimau malaya, anda semua diucapkan tahniah, kempen piala aff 2012 dah berakhir, jadi faham sendirilah, kami semua tak mahu anda lagi!!!

    Seseorang perlu menjadi juru latih baru harimau malaysia, tapi tidak kepada y.bhg dato’ raja gopal

  21. Tanah Tumpah Darahku

    FAM dan kroni2 boleh bagi alasan supaya bagi peluang sebab Rajagopal pernah bawa malaysia juara sukan sea dan aff 2010.
    tengok statistik sekarang DARI 2011 HINGGA 2012 …SEKARANG…
    WC QUALIFYING vs singapore GAGAL (kalau lawan jepun atau arab saudi aku boleh accept lagi ..tapi ni singapork yang haram jadah tu pun kalah) …
    AFF 2012 GAGAL..(dengan singapore kalah lagi)..
    FRIENDLY 2011 hingga 2012 mcm haram…
    RANKING JATUH mcm haram..
    ASIAN CUP 2015….DAH SAH HARAM MACAM NAJIS..

    KASIHAN PLAYER HARIMAU MALAYA…dapat kepala lembu hanya tahu minum susu lemak manis dari pengembala lembu..dua2 pun haram jadah…

    MEMANG HARAMMMMMMM……SIAL

  22. cari la player2 lain pulak main utk M’sia,

  23. bodoh punya FAM…. sama la bodo ngan gopal.. mcm taik tactics.. selection player macam haram jadah… maluuuu aku tgk team kita main macam taik… resign la gopal.. kau tu bodoh…. FAM bubar lah… presiden tidoooo… anak buah kaki ampu.. kipas punggung guna kipas kedai mamak…

    aku harap gopal baca apa aku tulis ni… puiiiiii…

  24. Eh bodoh,kata semangat 1 malaysia.saya nak tanya sikit u ini betul-betul orang malaysia ke?……

  25. kami tak akan pergi menonton dan menyokong harimau malaya, sekiranya raja gopal tidak melepaskan jawatan dan barisan pemain tidak dirombak, kami sudah muak dengan alasan yang tak masuk akal, kalau sejarah lampau dijadikan sebab untuk tidak memecat raja gopal, nampaknya fam tidak belajar cara pengurusan bola sepak zaman moden lah, ambil contoh pemilik chelsea, roman abromowich, beliau tidak teragak-agak memecat jose mourinho dan matteo, dan roman tidak anggap sejarah lampau menang itu dan menang ini sebagai alasan nak kekalkan juru latih. Fam kena buat cara pengurusan yang profesional lah, bola sepak ni bukan milik mutlak kepada orang tertentu sahaja, kami ada hak dan berhak untuk menilai pasukan kami, maaflah harimau malaya, kami tidak akan turun lagi untuk menyokong mu di stadium, kami sudah kecewa, malu, kata dua dari kami, tukar pengurusan dan pemain atau stadium kosong tanp penyokong, baik tv di rumah jer

    • Selagi sultan bola jadi presiden …… Selagi tuulah bola malaysia akan terus merudum … Sultan bola akan rosakkan nilai bola malaysia dan juga akan menjejaskan nilai kesultanan melayu yg saya sanjungi. Untuk kebaikan sultan sultan negeri tak perlulah jadi presiden kerana kalau kalah akan dicaci … Saya pun rasa kurang senang org caci sultan melayu….. Wassalam

  26. terbaru…..D Raja kekal….jurulatih harimau sampai
    mampus bersama FAM……semua kekal….so jangan haraplah bolasepak malaysia akan naik….sampai mampus….

  27. mapuuuuuuuuus!!!!!!!!!!

  28. aku sokong…………….!

  29. boikot fam dan harimau malaya lama

    boikot semua, kita wat donno jer, selagi fam dan harimau malaya masih dibawah orang sama, tgklah nanti stadium akan kosong, nak bayar bil lampu limpah pun tak cukup tau, kenapa susah sgt nak memahami perasaan kami sebagai peminat dan penyokong ni, tolonglah buka dan telinga, dgrlah suara kami ini, mulai sekarang, aku dah boikot dan akan boikot fam dan harimau malaya lama ni

  30. fam x heran psl kita boikot.. dia atur game dgn team malaysia boleh menang.game seterusnya kompem penuh balik stadium…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>