Piala Asia 2015: Rajagobal optimis Malaysia layak

Malaysia vs Arsenal 2012

Kelayakan Piala Asia 2015

Berdepan pasukan dari Asia Barat, yang memiliki kelebihan fizikal tidak melemahkan semangat dan mental jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sebaik sahaja mendapat tahu siapa lawan Malaysia pada Kelayakan Piala Asia 2015, semalam.

Pada Undian Kelayakan Piala Asia 2015 yang diadakan di Melbourne, semalam Malaysia akan bersaing dengan Qatar, Bahrain dan Yemen dalam Kumpulan D.

Menurut Rajagobal, selepas undian itu, hanya satu perkara yang bermain difikirannya iaitu ‘visi 2015′ yang diuar-uarkan, sebaik sahaja langkah Malaysia tersekat pada Kelayakkan Piala Dunia 2014.

“Kita akan bersedia dan mempersiapkan pasukan walaupun ketika ini sibuk untuk menghadapi Piala Suzuki AFF, ini kerana kelayakan Piala Asia akan bermula Februari depan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kata Rajagobal, tidak kira mana pasukan atau kumpulan pasukan negara beraksi, dia tetap positif.

“Saya sedar lawan Malaysia dalam Kumpulan D pasukan kuat, namun sebagai jurulatih saya ada visi dan keyakinan.

“Kita perlu buat terbaik dan cabaran kepada pemain untuk buat terbaik, undian kelayakan ini tidak boleh fikirkan faktor nasib sebaliknya semua pasukan perlu dihormati,” katanya.

Malaysia terkandas pada peringkat Kelayakan Piala Asia 2011 selepas diundi bersama Emeriyah Arab Bersatu (UAE) dan Uzbekistan.

“Ketiga-tiga negara tersebut adalah pasukan tradisi dalam Piala Asia tetapi kita tidak hanya boleh berkata okeylah, bolehlah, tetapi pemain perlu lakukan sesuatu.

“Kita perlu tukar mentaliti kerana sebelum ini kita mudah memberi kemenangan kepada pasukan lawan. Kali ini kita akan buat sesuatu dan tukar konsep,” katanya.

Rekod bertemu Bahrain dan Qatar tidak memihak kepada skuad kebangsaan sejak kebelakangan ini.

Malaysia buat pertama kali menang 1-0 ke atas Yemen pada 2010.

Kali terakhir Malaysia bertemu Bahrain adalah pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2010 pada 2007 di mana Malaysia seri tanpa jaringan di Shah Alam sebelum tewas di tempat lawan 4-1. — Utusan

Related Posts

12 Responses to Piala Asia 2015: Rajagobal optimis Malaysia layak

  1. Kalau betul taktikal permainan, Malaysia boleh lawan team Arab ini. OKS sudah buktikan dengan team HM. Bagaimana pun, aku was-was dengan Raja Eksperimen ini. Pasti dia akan turunkan pemain kesayangannya dan bukan pemain yang perform dalam Liga. Midfield seperti Nur Farhan pasti akan diketepikan sebalik Zaquan Adha jugaklah yang menjadi pilihannya

    • ko ni buta ke apa? zaquan perform season ni. n9 dgn lion kucar kacir bila bola dpt kat kaki dia. jgn taksub sgt dgn kelate mu tuh

      • hai jerangkung.. hantu selangor.. Smalam team You punya rajakepal dah kalah.. dengan vienam.. apapasal..you kan pakar bola…Pihak sokernet takde video ko..you kan byk mata boleh cari videonya ko…

  2. dia akan turunkan pemain yang sama semalam interbiu kat tb3 dia ada cakap .so jangan harap la nak ke final piala asia

  3. 4 pemain ni x boleh ada,setakat yang mak nampak,PUIHHHH…Christie Jeyaseelan,Amirizwan Taj,Yong Kuan Yong dengan Fakri Saarani.PUIHH…sorila,tahap korang x bagus lagi untuk sarung jersi kebangsaan,apatah lagi kalau umur korang bawah 23 misalannya,belum tentu layak wakil harimau muda dengan prestasi korang entah apa-apa. Sama jugak dengan Amar Rohidan,main defensive midfield,tapi permainan x semengah.masih gak dipanggil Gobal ni.nampak sangat anak emasnye.PUIHHHH

    • Dr dlu aku dah ckp…coach raja ni plih kasih!!! The best defensive midfielder yg ada kat malaysia ni is syakir shaari dan k.gurusany!!!!! Tp xpnah skali pu aku tngok nama syakir dlm 1st team malaysia…klu ada pun subs jer!!! Gurusamy lak skarang tngah injured,2 salo xmain tok slangor… Kita semo bleh tngok btapa bgosnyer midfield TRW,bler syakir main ngan piya!!!! Aku bkn nak sokong sesapa tp 2 lah kebenarannyer…

  4. Tengoklah corak permainan malaysia ketika menentang thailah (friendly match). Aku tengok cam taik je main. Taktikal raja eksperimen ntah ape2. Bangganya aku ngan raja eksperimen ni…. Hakkkkk tttuuuuuuiiiiiiiiiiii….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>