Ugut bunuh: saya maafkan Boy Nazrie - Indra Putra
“Sedangkan Nabi Muhammad SAW ampunkan umatnya inikan pula saya manusia biasa. Walaupun tidak mengenalinya saya menerima permohonan maafnya,” kata Indra Putra Mahayuddin, 36, mengulas permohonan maaf seorang lelaki yang membuat ugutan bunuh terhadapnya di laman sosial Facebook.
Lelaki itu yang menggunakan nama Boy Nazrie berusia 31 tahun memohon maaf secara terbuka semalam dan mengakui bergurau serta melakukan kesilapan yang akan dijadikan pengajaran.
Menurut Indra, Boy Nazrie serta peminat bola sepak pasukan lain termasuk di Kelantan perlu mengambil pengajaran dan tidak menyalahgunakan laman sosial Facebook sebagai tempat untuk bergurau, menyebarkan fitnah atau perkara bertentangan dengan undang-undang negara.
Katanya, tidak dinafikan, sebaik tersebarnya ugutan itu, ramai peminat dan kenalan rapat menghantar SMS kepadanya supaya mengambil tindakan segera namun dia enggan kerana perlu berbincang dengan majikannya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terlebih dahulu.
“Sebelum sempat berjumpa KAFA, saya dimaklumkan lelaki yang membuat ugutan itu secara rela hati ingin memohon maaf terhadap ‘keceluparannya’ itu.
Walaupun tidak mengenalinya, saya sedia memaafkannya tetapi bersyarat.
“Saya minta dia (Boy Nazrie) tidak lagi mengulangi perbuatannya itu walaupun kenyataan yang dikeluarkannya mungkin sekadar gurauan, namun mampu memberi impak besar serta boleh mendatangkan kesan serius sekiranya ia benar-benar berlaku,” katanya.
- Metro
October 9, 2013 - 2:24 pm
JANTAN DAYUS TEAM
October 9, 2013 - 2:30 pm
salah tempat beb nak bergurau mcm tu,
October 9, 2013 - 3:10 pm
Bangang buat malu org johor jer. Ni tak sekolah agama punya budak. Orang ramai sekolah agama kat johor,ni muka tak sekolah agama,geng pakai nk suar askar,tapi wataniah pun tah haram tak pernah masuk.