Harimau Malaya belasah Kelantan 5-0


Persahabatan: Malaysia XI 5-0 Kelantan FA | Wawanfaiz.com

Keputusan Perlawanan Persahabatan
Malaysia XI vs Kelantan FA [5-0]
Stadium Nasional Bukit Jalil
1 Februari 2012

TIADA apa yang memeranjatkannya mengenai kekalahan 5-0 Kelantan di tangan skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Enam tonggak Kelantan malam tadi sebaliknya turun dengan misi lebih besar mempertahankan maruah Harimau Malaya.

Gol pasukan kebangsaan diledakkan Asraruddin Putra Omar dan Shahurain Abu Samah pada separuh masa pertama ditambah masing-masing satu gol daripada Abdul Hadi Yahya, S. Kunanlan dan Izuan Solahudin menutup pesta gol pada minit ke-90 perlawanan.

Rata-rata pemain yang membarisi skuad negara dalam perlawanan ini merupakan pemain yang kurang berpengalaman di peringkat antarabangsa namun apa yang lebih utama bagaimana ketua jurulatih negara, K. Rajagobal melihat tahap permainan anak-anak buahnya seperti yang diharapkannya.

Sebahagian besar perlawanan menyaksikan Norshahrul dilihat bergandingan dengan Abdul Manaf Mamat dan dibantu Ashaari Samsudin yang diletakkan di posisi kegemarannya, sayap kiri dan di seberang sana Shahurain Abu Samah memainkan peranannya.

Shakir Saari diberi peranan untuk melicinkan pergerakan bahagian tengah selain Safiq Rahim yang kembali memakai lilitan kapten.

Di bahagian pertahanan, Bunyamin Umar terpaksa bermain di posisi asing selaku bek kanan selain Subramaniam, Faizal Muhammad seta Asraruddin Omar Putra.

The Red Warriors memberi ancaman pertengahan babak pertama sahaja dan dalam baki 45 minit pula kurang bermaya.

Boleh dikatakan, barisan Rajagobal tidak diuji langsung apatah lagi dengan tempo permainan yang agak perlahan jika dibandingkan corak skuad kebangsaan sebelum ini.

Apa yang mendukacitakan, pemain seperti Muhammad Ghaddar, Danny Antwi dan Obinna Nwaneri gagal menepati kualiti mereka sebagai bintang import yang boleh mengkucar-kacirkan pertahanan negara.

Beberapa pemain dilihat masih memerlukan lebih banyak lagi masa dan pendedahan untuk mencapai keserasian terutama bagaimana untuk memerangkap kubu lawan dengan lebih berkesan menerusi bahagian tengah.

Kali ini, pemain sayap banyak mencipta peluang dengan hantaran rendah di depan pintu gol untuk menggegar gawang Kelantan bocor.

Pada separuh masa kedua, Malaysia menguasai sepenuhnya perlawanan dan pemain-pemain gantian juga tidak mengecewakan untuk lebih mencengkam bahagian midfield dan pemain seperti Mohd Fauzan Dzulkifli menunjukkan potensi yang dimilikinya serta kemasukkan G. Mahathevan di selaku pertahanan tengah mampu membaca permainan dengan baik selain ketenangan yang dimilikinya.

Para pemain lebih gemar melakukan hantaran-hantaran pendek sebelum melakukan umpanan yang mampu menghukum pertahanan lawan.

Ini menunjukkan mereka memiliki idea dan tidak gopoh untuk terus menghantar bola ke pintu gol lawan namun keupayaan sebenar mereka masih belum teruji dengan perlawanan seperti ini. — Arena.MY

Keputusan Harimau Malaya vs Kelantan FA [5-0]

Related Posts

46 Responses to Harimau Malaya belasah Kelantan 5-0

  1. huh..sampai 5-0 lagi tu..

  2. Ok lg selangor tahun lepas menang lawan harimau malaya, tp kalah lawan harimau muda… Stakat ni hanya selangor je negeri yang boleh kalahkan malaysia….

  3. Kelantan team cap ayam

    • bodoh kau ni.. semua pmain kelantan main dgn malaysia.. xtrkejut pn kalah..

      • beasela….kalo player team juara liga super yg dpt maen utk malaysia takat sorang dua je…kang ngate rajagopal plih ksih plak…..sabarlah selangor… player kte rmai dah dpt maen utk malaysia sblm2 ni..lg2 time zmn SUPERMOKH… kali ni bg org laen rase plak..hoho

        • ramai bukan mak bapak ko yg main pon…xyah la nak bange sgt…muahaha

          • mst mak bapak ko bukan org selangor ni kan…? haha so jgn la sakt hti sgt..org tu sje nak share kjayaan selangor supaya negeri laen yg baru nak naik ni xlupa diri…muahaha

          • mcmla mak bapak ko pn main???…..muahaha

          • mase yg b’lalu x kn brulang la der…lu nak cite lu cite la slangor yg skrg..ape yg dh jd kat slangor skrg…dgn felda pon leh kalah..
            lu org kene ingt bola ni bulat…mng kalah adat p’mainan…so xyh la nk kecoh2…

          • lu org ni nak stres2 dgn selangor nya glory ni apsal?? trime la hakikat dgn sejarah selangor tu & trimela hakikat team selangor yg dah klh dgn felda aritu…yg sampai nak main mak bapak2 tu watpe…,hdup kena la happy…rezeki org lain2 ma…

        • keep it up selangor!!!

    • bodoh, cap ayam apa, player kelantan main untuk team malaysia

  4. liga super selangor tempat ke berapa ek?

  5. hantu berjogging

    Kelantan hanya dapat menurunkan pemain sub shj.
    Pemain2 utama spt matyo dan rakan main untuk HM.
    Keadan ini menjadikan gandingan baru bg kelantan.
    Apapun, mutu pemain2 rezab kelate amatlah mendukacitakan…
    Sedang HM bermain dgn begitu baik ditambah pula dgn kehadiran beberapa player utama dari Kelate menjadikan pasukan HM sangat bagus.
    tambahan pula, apa yg saya dpt tahu, performance matyo, apek, syakir, subra, aziz amat mengagumkan mlm ini, namapk sgt player2 main habis2an bila bertemu rakan sendiri.lain macam jer..
    nak tunjuk apa bro..Tahniah Malaysia 5 - 0 Kelantan

  6. main angin malaysia dlu….

  7. 5-0 biji telo khakhakha
    .
    Oi… Mat yo org ganu, klantan tumpang glamor je khakhakha

    • mcm best jee negeri kau tu..aku rasa kelantan je xkalah lg dlm liga super…lain2 dah sayur pn…

    • skit2 nok oyak mat yo ore ganu…
      mat yo pon xse ngaku doh ore ganu eh…
      klu mat yo ore ganu skali pon buke ado keno mgeno nga mu pon…malu la ckit..dio buke knl pon mu…wakakaka

    • mu ni bodo ko.matyo lahir di tanah meroh kelate..maso dio kecik dio mak ayoh dio merantau ke besut.ayah dio ore t meroh..mu x cayo mu tny matyo sdr…

  8. Buktikan kalau kelantan bkn team cap ayam, apasal bleh kalah dgn skuad kebangsaaan? Kalau xpernah kalahkan skuad kebangsaan tu namanya jaguh cap ayam wakakakak
    5-0 biji telo khakhakha
    .
    Oi… Mat yo org ganu, klantan tumpang glamor je khakhakha

    • aku rasa main dgn kelantan la cpat org kenal… yg tu org2 negeri lain sngat2 jelos tu… contoh nya kita bleh tgok kat cini…org2 negeri lain semua nk komen psl kelantan..kalau negeri lain aku tgok xda sapa pn nk komen…wah2 bangga la sapa org kelantan…negeri tewas lwn negara biasa je tu..

      • aku pon banggo jd anok klate…
        tiap2 kali ado game klate x kiro kaloh menang pon ramai duk komen…team lain mano ado gitu..duk sibuk jago tepi kain ore ado la…huhuhu

    • mak matyo ore kelate…haha! irfan bakti ore kelate..

  9. aku banggo jd rakyat klate…kaloh denga negara sendiri..nok ugoh gaponya..ko guano..?

  10. lu sapa ha man laksa…mu mri kb la nok kecek bdo gk…g stadium nu…main dlam ni wt gpow????

  11. kalu klate kaloh x dok matyo…ganu blum tentu wei mene pialo FA klu x dk jrulatih ore klate thn pah

  12. mat yo bukan ore ganu…ore republik besut….ore besut dok kecek ganu…muahaa muahaaa

  13. HOU MAN LAKSA BASI. MUNG CARI LA TEAM BOLA YG 100% ANAK NEGERI TU. BASO JENIS PEMIKIRAN JUMUD. AGAKNYA DIA NI JENIS YG BIASA MAIN LIGA KAMPUNG CAP AYAM JAH. SYUH, SYUH…. GI MAIN JAUH-JAUH.

    • dah la jgn la gadoh2…bola tu pn bulat je…kat malaysia ni jgn la jd negeri yg agresive berpuak2…dtg negeri org pastu buat mcm negeri sndri siap pcak2 bndera plak tu…respek la skit tuan tanah….mcm tu la gak dgn team bola ni…~peace~

  14. Dah kalah buat cara kalah, kecoh2 plak, xbleh trima kekalah,ada pemain import pun kalah dengan harimau malaya, memang cap ayam betol khakahakah bawa balik 5 biji telo busuk..

  15. kalu demo debe sgt mari sini r taek…kecek bdo…x puah ati mri laa wei!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>