Masalah misteri Nazmi Faiz
INSTITUT Sukan Negara (ISN) akan menjalankan beberapa ujian ke atas pemain muda berbakat, Muhamad Nazmi Faiz Mansor bagi mengenalpasti ‘masalah misteri’ kekejangan otot yang membelenggu pemain itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Ramlan Abd Aziz berkata, pihaknya akan meminta pemain Harimau Muda itu untuk menjalani pemeriksaan lengkap yang merangkumi aspek kesihatan, fisiologikal dan biokimia dalam tempoh terdekat.
“ISN telah dimaklumkan oleh jurulatih Ong Kim Swee mengenai masalah yang dialami Nazmi dan kami akan memanggil untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh.
“Biarlah Nazmi mendapat rehat secukupnya terlebih dahulu.
“Ada banyak kemungkinan berhubung masalah itu, namun untuk mengenalpasti masalah sebenar, ISN perlu menjalankan kajian berdasarkan hasil laporan pemeriksaan.
“Janganlah kita terus terburu-buru membuat pelbagai andaian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Menurut Dr. Ramlan, masalah itu bagaimanapun bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini ISN pernah dirujuk masalah seumpama yang berlaku ke atas beberapa pemain pelapis badminton dan hoki.
“Ia bukannya satu penyakit dan bukan untuk dirawat. ISN yakin dapat mencari punca sebenar masalah tersebut dan mengatasinya.
“Pada masa sama, janganlah kita terlalu mengharap dan menjangka daripada Nazmi, hakikatnya dia masih sangat muda,” ujarnya.
Dr. Ramlan berkata, sebaik proses tersebut selesai ISN akan menyerahkan laporan kepada jurulatih di samping mengemukakan beberapa syor bagi mengatasi masalah Nazmi. — Utusan Malaysia
Video Gol Nazmi Faiz Mansor : Malaysia vs Bahrain [1-0]
Pingback: Bola dan Internet, Mana Lebih Seronok? - Anjung PC dot Com
December 6, 2011 - 8:47 am
wah, misteri sungguh ye..