Oman 3-0 Malaysia

MALAYSIA tewas 0-3 dalam aksi persahabatan menentang pasukan kebangsaan Oman di Stadium Al-Wakra, Doha awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan K Rajagobal itu melepaskan semua tiga gol pada babak pertama.

Hassan Rabia membuka jaringan seawal minit ketiga untuk Oman mendahului 1-0 sebelum Imad Al Hosni menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-38.

Imad Al Hosni sekali lagi menjadi duri dalam daging buat skuad kebangsaan apabila meledak jaringan kedua peribadi dan ketiga buat pasukannya pada masa kecederaan babak pertama.

Ternyata masih ada ruang yang perlu diperbaiki dalam skuad kebangsaan selepas tewas kepada pasukan yang berada di ranking ke-81 dunia itu.

Terdahulu, pasukan kebangsaan juga sempat menguji pasukan Al Jaish Qatar untuk meningkatkan persefahaman pemain.

Perlawanan persahabatan itu diaturkan sebagai salah satu rangka untuk menghadapi Sukan Asia di Guangzhou November ini dan Piala Suzuki AFF Disember nanti.

Untuk rekod, Malaysia pernah menundukkan lawan yang sama pada 15 Ogos 2000 di Kuala Lumpur dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka hasil jaringan Anuar Jusoh dan Rusdi Suparman.

Related Posts

5 Responses to Oman 3-0 Malaysia

  1. jangan harap nak lihat pasukan Malaysia menang jika pemain itu sndiri buat kepala dan tak berdisiplin.mereka ni sangat memalukan!!

  2. tak sudah2 ngan masalah disiplin

  3. skuad nie ngan pmain muda…fokus sukan asia sekurang-kurangnya suku akhir!..go malaysia!ak percaya pada tktikal rajagopalfor kalahkan team dari arab.

  4. perlu banyak dibaiki kelemahan yang ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>