Annuar Musa saman FAM, Azzuddin
Annuar Musa saman FAM, Azzuddin Ahmad
TAN Sri Annuar Musa telah memfailkan saman Pemula terhadap FAM dan Setiausaha Agong FAM, Datuk Azzuddin Ahmad di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam semalam.
Makluman berkaitan saman berkenaan tertera di laman sosial facebook peribadi milik Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA yang digantung dua tahun enam bulan itu tengah malam tadi.
Saman dibuat dipercayai atas isu Annuar Musa digantung selama dua tahun setengah oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia April lalu.
Menurut Annuar, beliau memfailkan saman berkenaan setelah FAM bertindak menutup semua pintu rayuan dan rundingan terhadap isu kritikan beliau terhadap prestasi tidak menentu skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Datuk K Rajagobal.
Teguran itu bagaimanapun dianggap sesuatu yang serius oleh FAM dan ditafsirkan sebagai melanggar statut kuno FAM.
“Satu saman Pemula telah berjaya didaftarkan di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam (Bahagian Sivil) pagi tadi (semalam) terhadap FAM dan Datuk Azzuddin Ahmad.
“Saya selaku plaintif melalui sepasukan peguam telah mengemuka dan mendeposit afidavit sokongan yang mengandungi segala fakta, butiran kes untuk ditimbang dan diputuskan oleh mahkamah.
“Saya menyerahkan kepada mahmakah dan proses undang-undang untuk membuat ketentuan bagi semua perkara yang telah saya kemukakan dalam afidavit tersebut.
“Secara jujur saya katakan saman mahkamah hanya setelah semua pintu rayuan dan berkira mereka tutup. Saya tidak ada (masalah) peribadi dengan sesiapa.
“Saya sekadar berusaha mendapat tafsiran yang benar dan tepat atas perkara yang melibatkan proses perundangan yang biasanya tidak diendah dan diguna untuk niat yang jahat (mala fide),” menurut petikan posting yang tertera di laman Facebook Annuar Musa.
FAM gantung Annuar Musa dua setengah tahun
KELANA JAYA, 4 April - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun berkuat kuasa hari ini.
Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang lebih tiga jam, yang turut menetapkan bahawa Annuar tidak boleh mengemukakan rayuan.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak pada perbicaraan yang mengambil masa hampir tujuh jam itu.
“Ini bermakna. Annuar hilang status sebagai timbalan presiden dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa),” katanya yang mendedahkan ini bukan pertama Annuar menghadap Jawatankuasa Tataterbib FAM.
Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Annuar bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Februari lepas.
Mengikut peraturan FAM hanya Presiden dan Setiausaha Agungnya sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
Taufik berkata, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa tersebut mendengar pembelaan daripada Annuar serta melihat rakaman video kenyataan Annuar yang dibuat oleh sebuah stesen televisen swasta.
“Setelah kita meneliti kesalahan beliau, berdasarkan artikel tersebut, selain mengguna pakai perkara yang termaktub dalam Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III), maka jawatankuasa sebulat suara mendapati beliau bersalah dan dikenakan hukuman gantung selama dua tahun setengah (30 bulan),” katanya.
Penggantungan Annuar menjadikan beliau individu ketiga menjadi ‘mangsa’ hukuman FAM selepas dua bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.Pada sidang media di Wisma FAM hari ini, Taufik berkata, pada perbicaran hari ini Annuar didakwa melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lepas iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.
“Jawatankuasa bersidang memutuskan Annuar didapati bersalah dan hampir sebulat suara bersetuju hukuman berkenaan. Annuar dengan ini digantung dua setengah tahun walaupun terdapat anggota memutuskan hanya denda perlu dikenakan kepada beliau.
“Malah, hukuman bagi kes ini juga tidak boleh dirayu,” katanya.
Taufik berkata, sepanjang tempoh penggantungan tersebut, Annuar tidak dapat menjalankan aktiviti dalam pasukan kebangsaan dan juga kelab.
“Ini bermakna. Annuar hilang status sebagai timbalan presiden dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa),” katanya.
Sebelum itu, Annuar yang ditemui pemberita selepas inkuiri itu, berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai hukuman yang dikenakan kepadanya kerana badan induk bola sepak negara itu telah mengeluarkan arahan kepada beliau agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.
“Saya telah mendengar keputusan daripada jawatankuasa disiplin FAM, namun tidak sempat untuk mendengar hukuman kerana terpaksa bergegas ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Baharu bagi mengikuti perlawanan pasukan Kelantan bertemu pasukan AREMA (Indonesia) pada saingan Piala AFC malam ini,” katanya.
Annuar dipetik Bernama berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menilai prestasinya sebagai Timbalan Presiden FAM selama ini.
“Saya meminta maaf kerana tidak memberi komen lanjut kepada media mengenai apa yang berlaku kerana perlu mendapat kebenaran bertulis daripada kongres FAM yang hanya bersidang dua atau tiga kali setahun,” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada penyokongnya yang memberi sokongan padu selain tidak melanggar peraturan sepanjang perhimpunan aman hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata perhimpunan yang dihadiri kira-kira 200 penyokong Annuar Musa di hadapan Wisma FAM hari ini tidak melibatkan tangkapan mahupun kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kira-kira 150 anggota polis berkawal di Wisma FAM sejak 1.30 tengah hari sehingga 7 malam. — Sinar Harian
Annuar Musa saman FAM, Azzuddin Ahmad
June 6, 2012 - 9:23 am
Huhu kita tengok sape yang kenaaa….
Hidup TSAM, Hidup Bola Sepak Malaysia..
June 6, 2012 - 10:09 am
Alang2 menyeluk pekasam biar smpai ke pangkal lengan!!! Alang2 berjuang biar sampai ke titisan darah yang terakhir!!! Bongkarkan sgala kebenaran yang disaluti kebatilan…..Go TSAM go!!!
June 6, 2012 - 10:37 am
semoga segala permasalahan akan terungkai…demi bolasepak negara…..kalu singa tak dapat di kalahkan
ada benarnya…komen TSAM…tunggu apa pula alasan dato Rajagumpal .
June 6, 2012 - 11:39 am
klau ye pun tak perlu la mengejek nama dia, islam tak ajar pun buat benda2 tu.
June 6, 2012 - 4:12 pm
Hal ni xde kena mengena dgn rajagopal pon kan.. Ini antara TSAM Vs Azzudin & FAM
Moga FAM sedar diri sikit.. Ni main bola bkn main congkak!
June 6, 2012 - 1:07 pm
Hidup Tokwa
Kita sokong Tokwa
June 6, 2012 - 4:09 pm
Satu tindakan yang tepat di ambil oleh Tan Sri. Sikap kuku besi pegawai2 dalam FAM kene dihapuskan, kalau nak kita nak lihat bola Malaysia maju.
June 6, 2012 - 7:55 pm
ni la kerenah pemimpin skuad bola sepak malaysia kita sekarang bukan nk memajukan tp nk memusnahkan apa yg ada
June 6, 2012 - 11:52 pm
??????………apa yang kau melalut ni LABU?
June 8, 2012 - 11:45 pm
buta kayu pny org..yg salah nmpk betul..yg betul nmpk salah..adakah bola sepak malaysia skrg ni maju? brapa tahun skali ko tgk bola?
June 6, 2012 - 8:12 pm
gomo TSAM gomo..
June 6, 2012 - 8:13 pm
revolusi fam akn bmula..
jatuhkan mana y sepatutnya jatuh sejak 20 thn dahulu..
hidup tsam..!
June 6, 2012 - 9:19 pm
aq wloupon bkn pnykong klntan…tp aq puji tindakan t.sri anuar ni…moge2 boleh naik kan bola sepak malaysia….!!!!!!!!!!!
June 6, 2012 - 10:23 pm
seluruh rakayat malaysia yang mana inginkan bolasepak kita berada ditaraf dunia mintak pakat bagi sokongan 100 peratus kepada TAN SRI ANUAR MUSA.jika tidak ada sokongan dan pakatan yang kukuh dari anda semua tak kemana juga hasrat murni TSAM tu.bukanya senang mencari seorang yang anggup kedepan melawan arus.apatah lagi arus yg kuat dan deras dari ombak FAM ni.
June 6, 2012 - 11:19 pm
Timbuk TSAM timbuk…. beci bena ngan puok x paka kijo kt FAM tu….
June 7, 2012 - 12:43 am
makin hebat, makin tampak kesungguhan untuk keadilan.,semakin kemah… jiwo ore kelate dahagakan keadilan.
.buktikan demokrasi..
.bukan negara dikriminasi…
Maju kelate dgn jiwa berani….kerana benar…
GOMO klate GOMO
June 8, 2012 - 10:31 am
sokong tsam 100peratus !!!!
Meme jak mulo lg bena tsam patut saman azzudin(fam) tu,,,
n kucu2(taufik,hamidin&dll),,
xsoh dok caro org oyk,,tgak laa keadilan
Gate TSAM gate!!!!!!,,,bia gegar FAm tuh,,,,
TSAM totap famaus,,,,,
TRw vs ATM,8,45mlm
June 8, 2012 - 7:23 pm
Pemimpin pemimpin sepatutnya tak perlu terlalu lama memimpin persatuan, sepatutnya bagi peluang pada generasi baru bila dah gagal memajukan persatuan seperti bolasepak yg semakin teruk prestasinya. Tengok Dr Mahathir tahu letak jawatan supaya Ada perubahan Dari generasi baru.
Wahai pemimpin FAM Kalau kita fikir Kerana negara letak lah jawatan bagi lah peluang pada org lain pulak. Jgn pentingkan diri sendiri, fikir bangsa, agama Dan negara.
June 10, 2012 - 12:45 am
Biala yang berkelayakan sahaja ada utk membangunkan sukan negara ni…yang x relevan tu boleh dah undur slow2
Pingback: Mahkamah dijangka putuskan kes Annuar Musa saman FAM 5 April | Sokernet