Gol Azwari lenyapkan ejekan Garuda

  • 100,000 penyokong Indonesia dipalit kecewa

PEMAIN gantian, Syahrul Azwari Ibrahim bukan saja membawa skuad bola sepak negara ke separuh akhir selaku Juara Kumpulan A tetapi membalas layanan buruk penyokong Indonesia di Jakarta dan Palembang terhadap kontinjen Malaysia sepanjang temasya Sukan SEA ke-26 dengan menutup keangkuhan skuad tuan rumah hasil gol kemenangan di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.

Ejekan penyokong Indonesia jelas hanya memerangkap diri apabila skuad Harimau Muda memalit kecewa besar kepada lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno dengan kemenangan 1-0 mengatasi pasukan tuan rumah.

Video: Malaysia vs Indonesia | Gol Syahrul Azwari

JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee sebagai juara Kumpulan A dan meneruskan misi mempertahankan emas pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar, esok.

“Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee.

Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan.

Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.

Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.

Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Video: Malaysia 1-0 Indonesia | 1st Half Highlight

Video: Malaysia 1-0 Indonesia | 2nd Half Highlight

Related Posts

14 Responses to Gol Azwari lenyapkan ejekan Garuda

  1. Perasaan bercampur baur antara sedih dan geram memikirkan layanan yang diterima oleh kontinjen Malaysia di Indonesia. Semoga mereka tabah.

  2. slm admin, nk tnye full vid game ni x ade ke?

  3. Tak tahu apa strategi indonesia sebab turunkan pemain simpanan, aku betul2 nak saksikan indon beraksi pd tahap sebenar

  4. ni baru betul..mereka baling taik kat kite,kite balas bunge kat die…yg penting kontijen Malaysia dan Harimau
    Muda jangan cepat melatah…baru profesional…

  5. berbangga dgn cara permainan Malaysia..Paling best aksi fahmi yg mmg hebat selamatkan gawang negara dr dicerobohi..Tahniah buat semua..

  6. TAhniah wt sume permain yang berjuang..sya sbagai rkyat malaysia..berharap para permain..tidak cepat hilang fokus..dengan provokasi yang telah dilakukan indonesia

  7. Yang paling layak untuk IndoNiSial bukan juara bolasepak, tapi juara provokasi……. Blahlah garuda

  8. Ala, kita belum lagi menang games yg sebenarnya! baru juara kumpulan A. Apa2 pun, saya harap skuad Harimau Muda dapat menunjukkan kerjasama yg lebih hebat dan terus melawan musuh di depan dgn penuh semangat kesukanan seperti selalunya. Biarlah fans Indoneia menghina kita dan memberi layanan yg tidak wajar kpd kita, kita jgn berfikiran negatif, sebaliknya jadikan cacian mrk itu sbg peningkat motivasi utk kita terus maju ke hadapan!! Ayuh, Harimau Mudaku!!

  9. aku rasa malaysia jumpa indonesia juga masa final nanti.

  10. knapa ribut ribut ni,, bisa cakap saje,, sportif saje lah,, kalah bukan lah aib,, knp malu ??? jangan salahkan orang,, mental budak malaya manja,, pemalas,, cakap,, bukan begitu pak cik..???

  11. Nazmi the best player..GOOD JOB..Out Shahrul Azwari :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>