Rajagobal beri jaminan pemain akan bangkit tepat pada masa
“APA panik? Saya sudah melalui macam-macam (situasi). Kenapa nak panik, Piala AFF belum mula lagi”.
Itu reaksi tegas pengendali negara Datuk K Rajagobal berhubung persiapan fasa akhir Harimau Malaya yang semakin mencetuskan kegelisahan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan.
Juara bertahan saingan dwitahunan itu mengalami kekalahan kepada Vietnam dan Thailand dalam aksi persahabatan ketika kejohanan itu semakin hampir membuka tirainya di Kuala Lumpur dan Bangkok, Thailand hujung bulan ini.
“Sebarang pendapat atau pandangan terpulang kepada anda. Bagi saya ini adalah keadaan sebenar yang perlu disedari semua pemain yang mereka perlu memberikan lebih seratus peratus dan berusaha lebih keras lagi. Semua pasukan yang bersaing mahu mencatat kemenangan dan semuanya membuat persiapan rapi.
“Bukanlah mudah untuk meraih kejuaraan kali ini kerana semua pasukan berpeluang muncul juara edisi 2012 namun keutamaan kita sebagai tuan rumah dan juara bertahan adalah memberikan aksi terbaik.
“Kesimpulannya saya tidak panik. Saya tahu apa yang akan diberikan pemain bila masanya tiba. Kami sudah melalui situasi lebih teruk, dulu tewas 1-5 (kepada Indonesia pada perlawanan pertama edisi 2010) dengan semua memberikan reaksi negatif namun kami bangkit.
“Ini karakter yang saya mahukan dan pemain sedar apa kehendak saya,” katanya yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.
Kelmarin skuad negara kecundang 0-2 kepada Thailand - tuan rumah bersama Piala AFF 2012 - selepas tewas 0-1 kepada Vietnam.
“Sekurang-kurangnya saya mendapat gambaran sebenar andai layak ke separuh akhir. Menerusi perlawanan ini, kami sudah mengetahui kekuatan dan kelemahan Thailand,” katanya.
Mengenai pandangan segelintir pihak yang mengatakan harapan pasukannya mempertahankan kejuaraan tipis, Rajagobal berkata: “Saya tidak diberi harapan di Vientiane (pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos), begitu juga di Indonesia (juara Piala AFF 2010). Ia terpulang kepada pendapat masing-masing.
“Sebagai jurulatih saya kenal pemain dan bila masanya saya mahu mereka beraksi dengan baik.” Hong Kong menjadi perlawanan persahabatan terakhir, Rabu ini dan Rajagobal mahu pemainnya mencatat kemenangan sebelum berdepan Singapura pada perlawanan pertama saingan Kumpulan B Piala AFF, 25 November ini.
November 9, 2012 - 8:27 am
haaa haaa tak panik muka pucat nape
November 9, 2012 - 7:22 pm
Pasal tak tarik diri saja. berilah jurulatih lain pulak.. dah byk sangat dah janji hampas semuanya.. bg le pula ke coach harimau muda pula ko.. kalau dah kalah Aff mana ada test2 Lg. dah telambat. nanti jadi mcm selangor punya misi 33..sedar dok dah 3tahun.. .. rangking malaysia menunjukkan Gopal teruk… nak refer ko fam ko… camne >>>>?????
November 9, 2012 - 8:31 am
Muka hite pun napok pucat
November 9, 2012 - 9:00 am
apa yg kita boleh buat adalah tunggu dan lihat.. samada kedegilan coach rajagopal membuahkan hasil atau tidak… dan dia patut tahu apa akibat atas kedegilannya itu…
November 9, 2012 - 9:29 am
“untuk apa panik?” Datuk k Rajagopal mempersoalkan perlu apa cemas hanya kerana mendapat gred G9 dalam dua subjek teras(core) di dalam ujian percubaan SPM, sedangkan SPM belum bermula lagi. “Apa panik? saya sudah melalui macam-macam(situasi). Kenapa nak panik? SPM belum mula lagi” ujar Rajagopal ketika ditemui wartawan.
November 9, 2012 - 10:15 am
Dato’ rajagopal sepatutnya sudah boleh belajar dr kesilapan lalu.. semasa AFF yg lepas.. ashaari shamsuddin dipanggil utk mewakili squad kebangsaan untuk menggantikan FAKRI SAARANI kerana anak emas rajagopal itu injured.. pada pandangan anda jika fakri xinjured dptkh ashaari dipilih.. dan adakah fakri betul2 sgt hebat hinggakan tmptnya begitu mahal hinggakan hanya penjaring terbanyak Liga M ketika itu shj yg mampu menggantiknnya.. sedangkan pd tahun itu fakri hanya bermain sbg pemain simpanan.. dan hanya menjaringkan 2 goal sepanjang musim. curios…
November 9, 2012 - 11:01 am
Haah elok sangat lah tak perlu panik.statment paling bahlol telah dikeluarkan Oleh seorang ketua juruletih. Kalau macam tu apa perlu friendly sebelum AFF. Baik x payah friendly buat perabih duit jer kalau dah tau kalau pun tak pe. Apa di cari …..
November 9, 2012 - 12:49 pm
APA PANIK2 NI? RELAX LA BRO…..RANGKING JAtUH KE? KALAH KE AKU PEDULI APO?… YANG PENTING …jawatan COACH MALAYsia TEAM SELAMAAAAAAAAAAATTTTT…(jngn lawan peresiden ngan S/u…Ampu..ampu..ampuuu…)
November 11, 2012 - 3:13 pm
Buat masa sekarang coach terbaik atas paper adalah ong kim swee. Dia tiap tahun ada rekod yang baik. Terbaru newspaper cup dia buat malaysia juara walaupun dgn skuad kedua kerana rajagopal ambil player dia pergi friendly match dgn hong kong.
Rajagopal pulak rekod semasa kalah banyak game cuma menang dgn sri lanka dan hong kong sajee.
Jadi siapa coach terbaik????? ……….. Jelas dan tersuluh Ong Kim Swee.
Rajagobal kena go back to starting point … Kena jadi coach pasukan piala FAM dulu … Belajar semula dan perbaiki mindset utk pilih best player for future team.
Go back to school lah Gopal
February 1, 2013 - 11:58 pm
Hahaha…padan muke DRG & FAM. Heran betul…aku dan tak sedih lagi bila harimau kalah. After all these years, harimau has nothing to offer to malaysian soccer. Hopefully next game lagi teruk kena belasah. Alang2 malu biar besar kemaluan. Padan muka kau DRG & FAM. Hahahahahahahahahahahahaha…..
hehehehe…huhuhuhu…. gumbiranya aku.