Piala AFF B-19: Vietnam sekat harapan Malaysia ke final

IMPIAN Malaysia untuk mencipta sejarah pada Kejohanan Piala AFF Bawah 19 Tahun tidak kesampaian apabila kalah tipis 1-2 kepada Vietnam pada perlawanan separuh akhir di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar, petang semalam.

Menurut laman web AFF, penyerang berbisa Nguyen Xuan Nam menjaringkan dua gol untuk membantu Vietnam melangkah ke final menentang skuad B-19 Thailand, Rabu ini.

Vietnam, yang mengekalkan rekod tanpa kalah pada saingan peringkat kumpulan, membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak jauh dari 25 meter oleh Nguyen pada minit ke-37.

Bagaimanapun, Malaysia berjaya membendung gerakan pantas pemain Vietnam dan memberi saingan sengit sebelum menyamakan kedudukan menerusi Nur Areff Kamaruddin pada minit ke-41.

Vietnam bangkit semula pada babak kedua sebelum Nguyen muncul wira pasukan apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-79 selepas menyambut hantaran lambung dari tendangan percuma pemain gantian Don Hung Dung.

Dalam satu perlawanan separuh akhir di gelanggang Pusat Latihan Remaja, Thailand mengatasi tuan rumah Myanmar 2-1.

Malaysia akan berdepan dengan Myanmar pada perlawanan penentuan tempat ketiga, Rabu ini.

    Keputusan Separuh Akhir Piala AFF 2011 Bawah 19 Tahun

  • MALAYSIA 1-2 Vietnam
  • Thailand 2-1 Myanmar

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>