Malaysia menang tipis 2-1 ke atas Taiwan

Kelayakan Piala Dunia 2014MALAYSIA menundukkan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi yang turut disiar secara langsung menerusi TV1 dan Astro Arena.

Gol pertama diperoleh Safiq Rahim pada minit ke-28.

Masuk separuh kedua, pemain negara meningkatkan bahagian serang dan berjaya memperoleh gol kedua menerusi Mohd Aidil Zafuan Abd Razak pada minit ke-54.

Namun Taiwan memperoleh gol tunggalnya melalui pemain gantian Cheng Po Liang pada minit ke-76, sekali gus membuka ruang buat pasukan lawan pada perlawanan timbal balik kedua nanti.

Selepas ini skuad kebangsaan akan berkunjung ke Stadium Municipal Taiwan pada Ahad ini untuk mengintai peluang ke pusingan kedua kelayakan bertemu Singapura.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>