Kerajaan Terengganu tidak akan baiki lampu limpah untuk Piala AFC
KERAJAAN negeri Terengganu memutuskan untuk tidak membaiki lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu yang akan menjadi gelanggang pertandingan Piala AFC tahun depan untuk mencapai tahap piawaian antarabangsa.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata lampu limpah di stadium itu baru sahaja dibaiki tahun lepas untuk mencapai standard kebangsaan iaitu 800 lux manakala tahap antarabangsa pula adalah 3,000 lux.
“Tahap antarabangsa pula ialah 3,000 lux dan ia akan memerlukan perbelanjaan yang besar kerana ia terpaksa memasang tiang baru dan kebel baru.
“Kita malu buat kerja macam ini (kerja pembaikan dua kali) … nanti orang kata kerajaan bodoh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Wisma Darul Iman di Stadium Tertutup Gong Badak dekat sini.
Terengganu telah melayakan diri ke kejohanan kelab-kelab Asia itu buat pertama kali setelah pasukan itu muncul juara Piala FA musim ini.
Dalam kejohanan berprestij itu nanti, Terengganu diundi dalam kumpulan F bersama-sama pasukan Kitchee dari Hong Kong, Song Lam Nghe An (Vietnam) dan Tempenis Rovers (Singapura). — BERNAMA
December 18, 2011 - 9:31 am
Jadi sekarangg fans Terengganu tak boleh tengok pasukan mereka bermain di gelanggang sendiri ketika AFC Cup berlangsung sebab cahaya lampu tak cukup kuat. Siapa yang bodoh sebenarnya?
December 18, 2011 - 4:35 pm
Masih bleh tgk Tganu main kar SSINS tpi terpkse main pada waktu petanglah..
March 7, 2012 - 5:39 am
Liga kampung bulehlah main petang boh…mat saleh main petang gak.tapi tmpt dia sejuk nk main mlm sb tu dia main petang.
December 19, 2011 - 1:11 am
alasan tolol jugak tuh..bakpo x bekki stadium hok runtuh tuh..
December 19, 2011 - 2:34 am
who is more stupid?it was u MB!
December 19, 2011 - 11:59 am
Masalah kecik je nie…. Kita boleh main siang hari… MB is right thing, memikirkan belanja besar semata2 kerana bola… Kita jgn fikir pasal bola sgt…..
March 5, 2012 - 2:59 pm
Nak bola maju tapi taknak blanje besar. Macam ni punya tolol pemikiran pun ada
December 19, 2011 - 2:05 pm
orang ganu je bodoh…
December 19, 2011 - 2:46 pm
Ahmad Said ni memang x bapa Cerdik la. cmni ka jadi MB T’ganu. betul2 bangang. nak wat malu Malaysia la tu. “Nak wat mende lampu limpah?” Apala. tu psl kena teliti dulu. Istana T’ganu gak yg nak ke dia. :L
December 19, 2011 - 6:47 pm
alasan x munasabah,,
December 20, 2011 - 4:38 pm
Mu tu yg bodo mat said, baiki jelah..bukan pakai duit mu pun..duit kerajaan duit rakyat jugok..
December 25, 2011 - 9:52 pm
MB ganu mmg bodoh tak makang telo!!!
March 7, 2012 - 5:37 am
Malu ko klate gini gak…negeri paling miskin pun buleh beki stadium.