Kekal kejuaraan Piala AFF adalah sasaran paling minimum

MENJELANG sepak mula saingan kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2012 di Malaysia Ahad ini, skuad ‘Harimau Malaya’ wajar menyasar untuk kekalkan kejuaraan, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong.

“Selaku juara bertahan, tidak ada alasan untuk kita tidak meletakkan sasaran untuk mempertahankan kejuaraan kita.

“Berdasarkan kepada keputusan perlawanan persahabatan tidak begitu memuaskan. Ramai yang meragui kemampuan skuad negara… saya sendiri pun melihat banyak yang perlu diperbaiki kerana saya tahu tahap kemampuan sebenar pemain.

“Apapun, kita harapkan berdasarkan pengalaman yang ada di kalangan pemain, kita berharap mereka dapat menunjukkan kemampuan sebenar mereka.

Perlawanan pertama menentang Singapura (Ahad ini) di Stadium Nasional Bukit Jalil akan menentukan sejauh mana kemampuan pemain kita,” katanya ketika diminta mengulas persediaan skuad Harimau Malaya dalam menghadapi saingan Piala AFF Suzuki.

- Bernama

Related Posts

9 Responses to Kekal kejuaraan Piala AFF adalah sasaran paling minimum

  1. Sasar tu sasarlah tapi kalau kalah? Adakah MSN atau Kementerian akan campur tangan? Ada berani ke nak tegur Al-sultan Bola dan kuncu2 nya. Kami penyokong dan pendokong pasukan Harimau Malayamencabar MSN dan Kementerian untuk memberi desakan kepada pengurusan FAM for a total revamp dari yang paling atas sampailah kepada pemain…..ini cabaran kami…..tunjuk teloq kamu tue…….

  2. Sokong Zolkples. Memang. Sebagai juara bertahan, tuan rumah lagi, sasaran minimum ialah JUARA!

    Tp, mampukah malaysia jd juara? With a bunch of idiot players and coach?

  3. Berita terbaru Dan terkini
    Jurulatih Harimau Malaya Akan di tawarkan menjadi jurulatih terbaru chelsea
    Sebelah jurulatih mereka de mattio di pecat.
    K Rajagobal Akan mula menjadikan skuad the blues setelah kejohonan AFF berakhit
    pemilik chelsea abramovich di katakan terpikat Dengan K Rajagobal setelah menyaksikan perlawanan diantara Malaysia Dan Bangladesh .
    Tetapi Hajat pemilik chelsea mungkin tak kesampaian Kerana skuad Johor juga berminat untuk mengambil k Rajagobal untuk menjadi pengadali skuad tersebut.

  4. Aku dok kata lama dah. Patutnya FAM ketepikan sentimen perkauman dan politik. AMEK THE BEST PLAYERS WALAUPUN DIA TU KELANTAN!!! Wahai Bangang!!!!

    Mangkuk2 ayun ni sanggup jadi bangang asalkan KELANTAN INFLUENCE dpt diusir dp skuad kebangsaan. Kalau piya tu tak bagus, kalau farhan tu tak bagus, takdenya diaorang tu tercalon sbgai MVP, bangang!

    • Bro, aku rasa gobal tak amik piya or other TRW players bukan sbb dorg players Kelantan…tapi lebih kepada ego coach tu sendiri…dier rasa players yang dier ada dah cukup bagus so dier nak buktikan kat malaysia decision dier buat tu betol…n hasilnya sekarang HM dah kelam kabut…

  5. dari dulu FAM dah memang bangang…selagi org atas FAM tu kekal smpi bila2 la bangang…habis duit je…geti tak dia org ni pasal bola..

  6. jadikan farizal marlias penjaga gol utama sepanjang aff suzuki ni..sebab dia fokus dan main penuh semangat untuk negara..

    apek tu jadi simpanan je.. lalai atas padang sampai boleh bolos last minit dgn hong kong, berangan nak kahwin ngan liuney !!

    • dah mmg dia nk kawin dgn si liuney tu pun bro…ni la contoh player msia yg giler glamer…lebih cerita privasi dari prestasi…

  7. bkn salah apek,salah aidil,kan aidil dh mohon maaf cara terbuka..x tau ke keeper malaysia yg berangan sangat nk jadi keeper malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>