Kes saman TSAM: Mahkamah Tinggi sekali lagi tolak bantahan FAM
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam sekali lagi menolak rayuan dan bantahan awal FAM dan Dato’ Azzuddin Ahmad bagi membatalkan kes saman yang difailkan Tan Sri Annuar Musa terhadap Setiausaha Agong dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
Selasa lepas (26 Mac), Mahkamah berpendirian alasan bantahan awal oleh FAM itu tidak mempunyai merit, di atas alasan permohonan kes Annuar Musa bukankah merupakan ulangkaji terhadap suatu badan pentadbiran.
Lembaga Tatatertib FAM bukannya suatu badan pentadbiran tetapi hanya sebuah badan tatatertib Persatuan, justeru Mahkamah sekali lagi memutuskan kes Tan Sri Annuar Musa vs FAM ada merit dan akan diputuskan 5 April ini.
Mahkamah sama pada 26 Februari lepas memberikan tempoh tiga minggu untuk FAM memfailkan hujahan bertulis selepas beberapa kali tertangguh ekorang sikap FAM yang cuba melengah-lengahkan kes berkenaan.
Pada 4 April 2012, Annuar Musa dikenakan hukuman gantung 30 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas jawatankuasa itu mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Feb 2012.
Akibat hukuman itu, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden.
Dalam writ samannya, Annuar menuntut 10 perisytiharan berhubung tindakan FAM yang membawa kepada penggantungan beliau, antaranya ialah pertuduhan FAM terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac 2012 adalah cacat, tidak sah dan terbatal.
Annuar juga mendakwa perbicaraan tatatertib pada 4 April 2012 dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya (5 April 2012) tidak mematuhi prinsip keadilan asasi.
Selain itu, beliau memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa kesemua tindakan yang membawa kepada penggantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM yang sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah.
Annuar turut memohon perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan jawatan lain serta melibatkan diri dalam sebarang acara bola sepak.
March 28, 2013 - 12:47 pm
emm..kena tunggu lagi..
March 28, 2013 - 2:00 pm
judin&rakan2…..sudah takut…..da!!!!
March 30, 2013 - 9:23 am
HIDUP TSAM. Terbaik baka anak kelate jati
April 7, 2013 - 9:31 am
kene saman v byak skit 100 juta. baru padey