Kontrak Ong Kim Swee dilanjut hingga 2013

Misi pertahan Pingat Emas di Sukan SEA 2013

Ong Kim Swee Jurulatih Harimau MudaPERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju melanjutkan kontrak jurulatih skuad olimpik negara, Ong Kim Swee sehingga 2013, dengan misi mempertahankan pingat emas dua tahun lagi di Myanmar.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad berkata lanjutan setahun daripada kontrak sedia ada mendapat perkenan presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, berikutan kejayaan Kim Swee membawa pasukan mara ke pusingan akhir kelayakan olimpik dan mengekalkan pingat emas Sukan Sea.

Azzuddin menegaskan tugas bakal di pikul Kim Swee bukan sahaja mengekalkan emas Sukan Sea di Myanmar malah mengendalikan pasukan muda negara pada kelayakan bawah 22 tahun AFC tahun hadapan.

Dalam pada itu Kim Swee mengharapkan pemain baru yang bersama pasukannya mampu membuktikan kebolehan mereka untuk mengisi tempat dalam skuad utama pada baki 3 perlawanan kelayakan olimpik nanti.

Skuad negara dijadualkan akan menentang tiga kelab Australia bermula dengan menentang Sydney FC pada 12 Disember, Central Coast Mariners pada 14 Disember dan Newcastle Jets pada 19 Disember.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>