KAFA terkilan sikap ‘double standard’ FAM

FAM vs KAFA

Walaupun terkilan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dilihat seperti berdolak dalih, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan menyerahkan buat-bulat kepada badan induk bola sepak negara itu menjalankan siasatan terhadap pemain importnya, Mohammed Ghaddar.

Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, berkata jalan penyelesaian tidak boleh ditemui menerusi berbalas kenyataan dalam media dan KAFA mengambil pendekatan menyerahkan kepada FAM untuk menjalankan siasatan kes terbabit.

Tambahnya, sebelum ini FAM meminta KAFA membuat laporan rasmi sebelum siasatan boleh dijalankan terhadap Bunyamin kerana melakukan kekasaran melampau terhadap Ghaddar dalam perlawanan Liga Super 29 Jun lalu.

Bagaimanapun ketika kes yang sama menimpa Bunyamin, FAM tidak perlu menunggu aduan sebaliknya terus mengeluarkan surat pertuduhan kepada Ghaddar.

Sementara itu pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengkritik tindakan FAM yang dianggap prejudis terhadap KAFA.

Beliau berkata, tindakan FAM itu melambangkan sikap jahil badan induk bola sepak kebangsaan berkaitan sesuatu isu sekaligus membuktikan mereka sendiri jahil dengan peraturan yang ditetapkan oleh mereka sendiri.

Beberapa Tindakan Double Standard @ Prejudis FAM:

  • Mengarahkan KAFA mengemuka aduan rasmi bagi membolehkan siasatan dibuat berkaitan kekasaran pemain Selangor ke atas Mohammed Ghaddar
  • Tanpa aduan daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), FAM telah mengeluar surat pertuduhan terhadap Ghaddar atas dakwaan melaku kekasaran ke atas Bunyamin Umar
  • Pengerusi J/K Tatatertib FAM mendakwa tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa dua pegawai bola sepak Pahang yang bertelingkah dengan pengadil walaupun Datuk Taufik mengaku melihat sendiri insiden berkenaan
  • Memotong 14 mata pasukan Piala Presiden Kelantan atas dakwaan menurunkan pemain tidak sah walaupun semakan ke atas buku peraturan FAM hukuman tersebut tidak sah
Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

9 Responses to KAFA terkilan sikap ‘double standard’ FAM

  1. TERBAEEEEkkk….Patutnya orang macam frof.Khoo kay Kim ni yang jadi pengerusi J/kuasa tatatertib FAM.bukannya macam taufik rabun tu.
    Masalahnya presiden FAM tak mau orang yang jujur dan berintegriti pegang jawatan tu..nanti payah nak cucuk idung so dia mahu pak lawak pegang jawatan tu supaya senang jadi kuda tunggangan…(itulah realitinya dalam FAM (Funny Amateur Malaysia).

  2. FAMkenapisekolah

    Memang prejudis tahap giler FAM ni. Kalau based on video saja, pemain selangor yg sepak kepala gaddar aritu (nasrul?) yg hanya dapat kad kuning patut kena ban at least 6 bulan kerana tindakanya buleh membunuh.

    Prof KKK kata FAM kena pi sekolah sebab tak faham undang yg depa buat sendiri. Selama ni tak sekolah atau tak tamat belajar? Satu pandangan yg berani dan bernas dari Prof KKK. Tapi sekolah apa ya? Sekolah alif-tendang-wau-sarkis macam ajis, sudin dan P.ramlee pi tu kot.

  3. jom sama kiter boikot Fam…..Fuck Anjing Malaysia…pgi mampus la fam…bodoh

  4. team piala presiden kelantan kena potong mata,tp tidak sah mngikut undang2 fam. KAFA kena buat bantahan ni.

  5. Pingback: » FAM jahil, tidak faham undang-undang sendiri - Kay Kim | Sokernet

  6. Semoga TRW tabah menghadapi dugaan ini… Aku mmg sedih biler menda gni jd kat dalm bola malysia!!! Patutnyer FAM mnyokong usaha yg dilakukan TSAM dan TRW untuk menaikkan bola malysia di mata dunia tp x…lg dipijak2 adalah!!! Bg aku kebangkitan Kelantan dlam bola malysia skarang berjaya menaikkan smula semngt bola yg dah lama terkubur bg aku!!! Sekuat slangor dlu pun xdpt menandingi kehebatan TRW skarang.. Jgn risau,doa org yg dianiaya sentiasa dimakbulkan,insyaallah!!! Akan terbit gok kebenaran kelak,kita tunggu dan lihat saja…

  7. Penyokong Selangor

    Taniah FAM kerana bertindak bijak meneliti video dan bertindak atas kes ghaddar, amri ngan bunyamin…. Tapi nape insiden Balaban siku shakir ngan nasriq Baharom tendang muka ghaddar tidak di ambil kira…. Terlepas pandang???

  8. Huh lagu tu Presiden FAM…. dah tua patut letak jawatan @ takut TAM lawan jawatan tu,,,huhuhu

  9. Prok KKK tu tu dah jadi prof… awak tu sapa Azza…tak leh nak tegur.. FAM tu bukan hak bapak ….patut la prestasi bolasepak Malaysia semakin merudun macam doyan jatuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>