Kelantan tawar tuan rumah Malaysia vs Lubnan

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengemukakan permohonan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebagai gelanggang perlawanan antara Skuad Olimpik negara dengan Lebanon pada 23 Jun ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa berkata, Ahli Majlis KAFA telah memberikan persetujuan agar permohonan tersebut disampaikan kepada AFC melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan.

Katanya, perkara tersebut perlu dipertimbangkan oleh FAM dan AFC terutama sekiranya hasrat itu berjaya, Kelantan bersedia menyediakan satu suasana boleh sepak yang ‘hidup dan penuh’ bagi memberi sokongan padu kepada skuad negara.

“Saya sudah sampaikan perkara ini secara tidak rasmi kepada AFC dan sekarang masanya untuk permohonan itu dibuat secara rasmi.

“Kita mahu tengok bola sepak dimainkan dalam suasana yang hidup dengan stadium penuh sesak dan saya yakin penyokong Kelantan sendiri akan memakai baju kuning dan biru untuk memberi sokongan sekuat mungkin,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, semalam.

Anuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, selain daripada sokongan dan kemeriahan semata-mata, semua pihak perlu memandang positif perkara itu sebagai salah satu cara menggalakkan semua pihak menjaga kualiti stadium dan padang masing-masing.

Jelas beliau, perlawanan antarabangsa memerlukan kemudahan fasiliti yang terbaik terutama dua perkara itu justeru ia mampu menggalakkan perbadanan-perbadanan stadium untuk memastikan padang mereka sentiasa dalam keadaan terbaik.

Related Posts

One Response to Kelantan tawar tuan rumah Malaysia vs Lubnan

  1. Pingback: Kelantan tempang tanpa trio utama | KelantanFC - Gomo Kelate Gomo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>