Kuota 3 pemain import Liga Malaysia 2014
BERMULA musim depan, setiap pasukan Liga Super dan Liga Perdana boleh mendaftarkan sehingga tiga pemain import berbanding dua pemain musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara berkenaan telah dipersetujui ahli majlis FAM pada mesyuarat exco yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata pasukan yang berminat perlu mengambil sekurang-kurangnya seorang pemain import dari benua Asia, dan mereka tidak dibenarkan mengambil pemain import yang bermain di posisi penjaga gol.
“Kita sedar mengenai bebanan sesetengah pasukan yang terpaksa mengharungi kejohanan penting seperti Kelantan dan Selangor yang bersaing dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Hamidin berkata ahli exco bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa baru bagi memastikan Liga-M diswastakan sepenuhnya menjelang 2015.
Katanya, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh beliau sendiri dan dianggotai oleh beberapa individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran sukan di peringkat kebangsaan termasukh wakil daripada Majlis Sukan Negara (MSN), universiti-universiti tempatan dan sebagainya.
“Jawatankuasa ini akan mengadakan mesyuarat dengan AFC dalam masa terdekat dan selepas memperolehi kaedah sebenar (mengenai penswastaaan Liga Malaysia), kita akan panjangkan pada mesyuarat exco akan datang untuk dibincangkan di kalangan ahli exco,” katanya.
Hamidin berkata banyak manfaat yang boleh diperolehi menerusi penswastaan sesebuah liga seperti perolehan keuntungan yang tinggi serta boleh bergerak dengan lebih bebas selaku liga bola sepak profesional.
Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata Artikel 88 Statut Perlembagaan FAM yang sering menjadi perdebatan hangat dalam arena bola sepak tempatan akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada mesyuarat exco akan datang sebelum di bawa ke Kongres Tahunan FAM ke-49 pada 17 Ogos di sini.
“Kita prihatin dengan perkara ini (Artikel 88) yang banyak dibincangkan di kalangan peminat serta penggiat bola sepak tempatan, maka kita bersetuju untuk membincangkan dengan lebih lanjut,” katanya.
Artikel 88 Statut FAM melarang anggotanya termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk bola sepak itu melainkan mendapat kebenaran daripada Kongres FAM.
Antara yang menjadi ‘mangsa’ Artikel 88 ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang didenda sebanyak RM18,000 selain digantung enam bulan oleh Jawatankuasa Tata Tertib FAM pada 8 Mac lepas.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikenakan tindakan di bawah Artikel 88 apabila digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya mengkritik badan induk bola sepak kebangsaan itu.
Tahun lepas, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa, yang merupakan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama.
- BERNAMA
April 11, 2013 - 11:21 am
bagus lah kalau perihatin
November 6, 2013 - 3:01 pm
mmg dorang prihatin pun.dorang mmg wt keja tuk naikkan bolasepak Negara…ingat saj nak suka2 ka
April 11, 2013 - 12:44 pm
mana cukup, kurang-kuran 6 org player impot….mcm liga singapurapura…
November 6, 2013 - 3:01 pm
mana nak cekau duit? nak nyr import.local player lak nk letak mana? bench?
April 11, 2013 - 4:30 pm
x,ptotnya 11
April 11, 2013 - 4:58 pm
impot yg umur baru 18 tahun… 5 tahun kemudian bagi IC boleh main utk Malaysia, ala mcm Pepe kat Real Madrid tu, asal Brazil tapi wakil Portugal dah…
April 16, 2013 - 11:43 am
best le>..nanti Malaysia boleh juarai Piala Asia…. pastu Piala Dunia…hebak..
April 15, 2013 - 7:53 pm
selangor ambil player indon cam biasa…. selangor dan indon berpisah tiada
April 16, 2013 - 2:24 pm
lagi ramai, lagi bagus, lagi meriah..!!!
April 16, 2013 - 4:03 pm
Memang kat selangor…ramai orang JAWA!!!!
April 17, 2013 - 12:34 pm
ramai pun pedulik ler. JAWA pun org ISLAM. lu tu plk org melayu ke? melayu lah sgt. tah keturunan india ke siam. lol
May 23, 2013 - 9:17 am
waa team org jawa2 menang lg la..selangor,johor dt..pantai timur ini kali asik harapkan pahang je..apela..dah la tu kelantan oi kena titik dgn team jawa2..dulu selangor skg jdt..dtg tempat org sik nk gocoh je..sblum ni power gile,skg low giler,yg score lak yg kasi tlg klntn dpt 3 title,xda mereka,xda title.. huahuahua..duri dlm daging..mcm christiano ronaldo lwn united plk..dah xterer nk kalah dtg larkin nk gocoh plk..team lain xda nk gocoh2 sgt xkena tangguh game..ni dah xterer skg tp lagak mcm terer sblum ni..karut marut..sekali jdt letak original player of johor jaga back,terus xleh score..1st round hari tu back campur aduk leh la bolos..skg baru tau org jawa kaki bangku ke x kan..thun depan l.super ada sarawak,try wat kacau kat sana nk tgk jgk kepala org kelantan dicantas dayak sana..kat larkin,shah alam org wat kacau jawa xcantas pun sbb malas lyn..try kat stadium petra jaya ler der tgk..harharhar
May 25, 2013 - 8:39 pm
Wei layu,ko jangan dok kutuk pasukan orang la,jdt tu takde sorang habuk pemain negeri sediri,kalau ada pun bukan pemain harapan pasukan pun.asyik dok harapkan pemain import ngan pemain star je,dah jadi cam real dan mc,bukan nk gilap bakat muda,tetapi mengabiskan boreh beli pemain star.tak gune la encik layu woi.ekau tu tak guno yob.hobin jang hobin!!!
June 2, 2013 - 9:46 am
kau tau apa?
June 3, 2013 - 8:19 am
Diam lah minang. tugas gilap bakat muda ada kat johor fa. jdt mmg cuma club team yg campur amik sapo2 bkn masalah pon. yg jaga bek ramai tu bkn star ke? tgk lg star dr jdt yg awl2 dulu, tu dr jhr fa, anak jati plk, siap rajagumpal dah pggl join mesia, tak star lg ke? sengal ko ni. elok ko prgi jmpa sedara kat pagar ruyung indon sana dwg rindu kat ko. hihihihi
June 10, 2013 - 11:44 pm
Diam lah keadilan..mmg kami nak JDT jadi mcm real madrid ngan manchester city..banyak star…ko pun mmg sokong real madrid kan?? Hahha apa2 pun team JDT yang dapat buat semua stadium di malaysia penuh bila ada perlawanan membabitkan JDT…tue yang bagus tuk nafas bola sepak kat malaysia nie..kalo semua kelab nak gilap bintang..baik xyah buat liga..baik buat akademi bolasepak jer..ko kena tahu banyak player kelantan yang dulu pernah main ngan team JDT atau sebelum ni dikenali sebagai JOHOR FC..
June 11, 2013 - 2:13 pm
Pi…..ler…..MABUK!!!!!
June 11, 2013 - 2:16 pm
Pi….ler…MABUK!!!!!
November 6, 2013 - 3:03 pm
slngr jhr mmg ramai org jawa..klntn ramai siam
May 21, 2013 - 8:00 pm
saya nakkan bola sepak iaitu matias conte
June 11, 2013 - 12:14 pm
org meLAYU….yang kau melalut ni apa hal….dah lama tak makan ubat ke????pi mai jauh2 nanti kita orang hantar Tanjung Rambutan…..Kah3!!!!