Insiden cekik pengadil memalukan


Muhammad Bahyuddin mencekik pengadil gara-gara dilayang kad merah

Pemain Kolej Komuniti Kedah cekik pengadil selepas dilayang kad merah

Insiden pemain Kolej Komuniti Kedah (KKK) mencekik pengadil dilapor berlaku semasa perlawanan akhir Liga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Piala Menteri Pengajian Tinggi malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), Dr Saharudin Ismail berkata pihaknya akan mendapatkan laporan akhir daripada kolej berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan terhadap Muhammad Bahyuddin.

“Insiden kekasaran terhadap pengadil ini dirakam oleh media dan ia tidak sewajarnya berlaku tetapi Kementerian Pengajian Tinggi berpendapat ia tidak menggambarkan sikap keseluruhan pasukan terbabit.

“Kami juga berpendapat institusi terbabit mampu menangani insiden ini. Jika bersalah, penganjur (KPT) akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada aksi perlawanan itu, Muhammad Bahyuddin telah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan Zulkifli Ahmad setelah mengasari pemain Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Baharom Putra.

Ekoran itu, Muhammad Bahyuddin telah bertindak ke atas Zulkifli.

“Secara prinsipnya, penganjur tidak ada halangan sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhasrat untuk mengenakan sebarang tindakan mengikut peraturan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Bagaimanapun Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu menyifatkan perkara tersebut sebagai satu kebiasaan dalam perlawanan bola sepak dan terdapat beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan.

“Pegawai perlawanan adalah dari FAM. Saya lihat perkara itu adalah proses biasa dalam mana-mana pertandingan. Saya lihat ada beberapa perkara yang perlu dibaiki bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang pada masa akan datang,” kata Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.

Pada aksi itu UKM mengalahkan KKK 2-1.

Related Posts

5 Responses to Insiden cekik pengadil memalukan

  1. Pingback: » Pemain cekik pengadil final Liga IPT | Sokernet

  2. syabas bro! lu seorang yg brani………….

  3. samseng taik minyak dari kg. Dusun…ptuiiii

  4. Hukum Gantong sampai mati baru dia tahu!! Ko ingat ko power sangat ker?? Woi FAM!! Takder kebiasaan utk satu keganasan yg tak bermoral.. Blacklistkan dia dari utk bermain bola sepak sampai mati walaupun main utk kampong felda sekalipun…

  5. woi samseng kampung, ko balik kampung tanam jagung jer la. main bola macam bangang dapat kad merah, lagi mau pukul orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>