Pemain cekik pengadil final Liga IPT


Pemain Kolej Komuniti Kedah mencekik pengadil semasa Final Liga IPT malam tadi.

Insiden cekik pengadil cemari Final Liga IPT

PEMAIN Kolej Komuniti Kedah (KKK), Muhammad Bahyuddin Razali dijangka berdepan tiga hukuman selepas mencekik pengadil perlawanan kerana tidak puas hati dengan keputusan Zulkifli Ahmad mengarahkannya keluar padang ketika menentang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada final bola sepak Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), malam kelmarin.

Insiden pada minit ke-101 masa tambahan itu, selepas perlawanan penuh terikat 1-1, berlaku apabila Zulkifli melayangkan kad merah ke atas Bahyuddin kerana mengasari pemain lawan, Baharom Putra. UKM kemudian mengambil kesempatan daripada ketiadaan.

Bahyuddin untuk muncul pemenang dengan keputusan 2-1.

Berikutan tindakannya itu, Bahyuddin bakal menerima tiga hukuman masing-masing daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), KKK dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“KPT selaku penganjur berpendapat insiden dicetuskan tidak menggambarkan keseluruhan pasukan KKK. Kami juga berpendapat institusi terbabit mampu menangani insiden ini mengikut cara mereka sendiri. Jika bersalah, KPT akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan ditetapkan.

“Secara prinsip, kami tidak ada halangan andai FAM berhasrat mengenakan tindakan mengikut peraturan peringkat kebangsaan atau antarabangsa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SUKIPT, Dr Saharudin Ismail.

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, insiden itu perkara biasa dalam mana-mana perlawanan bola sepak.

“Pegawai perlawanan adalah daripada FAM dan kami mungkin mengambil tindakan berdasarkan peraturan kami. Walaupun insiden ini senario biasa dalam bola sepak, kami perlu pastikan senario seumpama ini tidak berulang,” katanya yang hadir menyaksikan perlawanan antara KKK dan UKM, kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, KKK mendahului pada minit ke-89 menerusi jaringan Ku Nazri Azuan Ku Azizan sebelum pemain kebangsaan yang juga mewakili ATM dalam saingan Liga Super, K Rueben menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi sepakan percuma.

Bagaimanapun, salah faham yang berlaku antara penjaga gol KKK, Mohd Muhaimin Mohamad dan rakannya, Mohammad Nizat Salleh mengakibatkan bola tertampan ke gawang sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada UKM. — Harian Metro

8 Responses to Pemain cekik pengadil final Liga IPT

  1. Pingback: » Insiden cekik pengadil memalukan | Sokernet

  2. nasib baikla bukan kelate…

    • brader..buah fikiran kau ni boleh jadi batu api. Otak kau tak stabil kot.Jgn pula sebab tulisan kau yg beberapa kerat tu kau mengheret orang membuat dosa, kau ada share besar tu.

      • kau pun satu brader..mcm tau2 je ape yg org nk mksudkan???? mksud brader ats tu..nsib baik bukn kelantan…kalau kelantan yg bikin kes mcm kt ats tu…tentu kecoh semalaya…. lu bdk2 spm xyh komen laaa..p study nuh..

        • sebab tu aku tegur, kenapa nak sebut kelate tu. nampaknya kita sendiri yang prejudis dan menhadirkan rasa org lain nak komen (kutuk).Kadang2 kita terlalu berpransangka buruk dengan orng lain tak elok brader. aku dah abis SPM.

  3. Inilah akibat banyak sangat cerita hantu kat TV….asyik asyik asyik nak cekik orang aje.

  4. Belajar jeee kat kolej …. Ingat pandai … Tapi otak tak boleh pakai pun. Barangkali kolej otak playernya tak sama level dgn universiti kok? Kalau macam tuuu sukan SUKIPT tahun depan jangan bagi kolej main laa …. Bagi kat universiti saja ….. Lepas otak berubah baru boleh masuk balik. ….. Niiii lah seorang tolol saje yg buat tapi nama satu kolej tercemar.

    • haramkan terus dari main bola kat malaysia ni…. nanti habis pengadi, pemain pulak di cekiknya…. cuba kau cekik ketua FAM kalau brani…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>