Farizal sedia rampas kembali posisi No. 1

REAKSI penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias terkejut bercampur gembira apabila mengetahui namanya tersenarai semula untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula petang ini.

Aksi cemerlang Farizal, 25, mengawal gawang barisan Pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee ketika bertemu Chelsea pada 21 Julai lalu membuktikan dirinya masih layak untuk menyarung jersi No. 1 skuad kebangsaan.

Bagi penjaga gol kelahiran Pahang itu, dia mahu menggunakan sepenuhnya peluang menyertai kem latihan skuad kebangsaan itu untuk meyakinkan semula jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

Farizal Marlias

“Saya rasa sangat bersyukur kerana dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan. Dua misi saya ketika beraksi menentang Chelsea tempoh hari telah berjaya.

“Pertama saya bertekad gawang tidak dibolosi Chelsea dan ia berjaya. Keduanya saya mahu kembali ke skuad kebangsaan dan ia kini sudah tercapai.

“Jadi tugas saya sekarang adalah untuk berusaha bersungguh-sungguh sepanjang sesi latihan nanti bagi meningkatkan prestasi selain memikat hati jurulatih,” kata Farizal.

Dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat yang berlepas ke Slovakia awal pagi tadi untuk menyertai latihan skuad Olimpik negara, Farizal akan berlatih bersama Sharbinee Allawee Ramli dan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali yang dipanggil menggantikan Nasril Nourdin.

Farizal, Sharbinee dan Norazlan pasti akan berusaha meyakinkan Rajagobal dan jurulatih penjaga gol negara, Faozi Mukhlas untuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Oman di Muscat pada 10 Ogos ini.

“Saya berharap dapat terpilih untuk beraksi menentang Oman nanti kerana sudah lama saya tidak berpeluang beraksi pada perlawanan antarabangsa seperti ini.

“Tetapi saya tetap perlu berusaha keras kerana tiada jaminan automatik untuk mengisi tempat sebagai penjaga gol utama,” jelas Farizal yang pernah menyarung jersi Shahzan Muda dan Perlis.

Farizal merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sejak Rajagobal dilantik sebagai jurulatih pada 2009 tetapi diketepikan selepas mengalami kecederaan patah tulang pipi pada Julai 2010. -KOSMO

Related Posts

8 Responses to Farizal sedia rampas kembali posisi No. 1

  1. semoga bjaya…tp apex msih trbaik.. kau gergasi sial jgn nk mlalut..

  2. Psal Gay pun nk gduh kat sni k..Bodoh…
    Ni tpt kmen psal bola la….

  3. harap dlm piala malaysia pn kalah gak…muehehehe kena kat kelantan lg bagus..

  4. tahniah tuan tanah kena mehapus gergasi…

  5. tolong admin bangsat gergasi ada lg…xmalu ke org xsuka kau ada kat sini. fham2 la woi…

    • sori laa org mls nk ambik tahu pn psl selangok lwn malaysia..muehehehe keling k.devan dgn raja bebel kn adik bradik msti plih psukan adik nya bodoh…rakyat selangor mampu ke nk beli tiket ni..aku rasa kosong jeee stadium tu…mueheheheheh.. tiket rm15 pn dh kecoh…

  6. anti gergasi yang bangang

    gergasi nh bulan puasa pon ckp melalut lg…
    ish2…
    syaitan da kna ikat…
    nh syaitan dr mn plk hasut ko nh…
    bertaubat la…

  7. salam pada pendapat saya baik farizal dari atau norazlan sbb sharbinee ni dah memalu pasukan pasukan malaysia 2 kali dah time klh ngan indonesia 5-1 dan singpura…lepas menyalahkan def lak….dan mcm2 lg…..kenapa sharbinee ni blh main lg untuk maalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>