Jangan pandang rendah, jangan buang masa
- Sukan SEA 2011: MALAYSIA vs Kemboja (13 Nov 2011)
- LIVE TV1, Siaran Langsung Astro Arena
KEMBOJA mungkin bakal menjadi lawan mudah pada anggapan skuad Bawah 23 Tahun negara dalam perlawanan ketiga Kumpulan A saingan Sukan Sea Ahad ini, namun ada mesej amaran dilontarkan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal kepada anak buah Ong Kim Swee.
Bagi beliau, lawan skuad negara dianggap paling lemah dalam Kumpulan A itu bukan terlalu mudah ditewaskan meskipun atas kertas, sememangnya tiada alasan untuk anak buah Kim Swee gagal memungut tiga mata penuh apabila bertemu skuad kendalian Lee Tae Hoon itu.
Ini kerana, berdasarkan pengalamannya dua tahun lalu ketika membimbing skuad negara negara merangkul pingat emas di Laos, Kemboja adalah pasukan yang liat untuk ditewaskan dan memberi masalah kepada skuad negara meskipun ketika itu, anak buahnya mencatat kemenangan 4-0 pada perlawanan peringkat kumpulan.
“Kalau kita tengok perlawanan malam tadi (kelmarin), Singapura juga sekadar mencatat kemenangan 2-1 saja ke atas Kemboja.
“Di Laos (dua tahun lalu), kita juga berjumpa Kemboja dan apa yang boleh saya katakan ialah ketika itu memang sukar untuk kami mendapatkan gol pertama, namun dengan semangat tidak pernah mengenal erti putus asa, akhirnya kami berjaya mendapat gol pertama dan meraih kemenangan.
“Samalah juga yang perlu dilakukan oleh skuad kali ini, saya harap mereka tidak memandang mudah cabaran Kemboja,” katanya.
Kim Swee kini boleh menarik nafas lega dalam misi berat untuk mempertahankan kilauan emas selepas anak buahnya berjaya menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan kedua selepas membuka tirai dengan aksi hambar apabila sekadar seri tanpa jaringan bertemu Singapura.
November 11, 2011 - 4:26 pm
good luck team malaysia
November 12, 2011 - 3:22 pm
Semoga berjaya Harimau Malaya…emas dlm acara bolasepak…
November 12, 2011 - 3:29 pm
Kasi Benam semua pasukan lawan…buktikan kita la pasukan terhebat Asia spt ketika dahulu…kembalikan..kembalikan..kembalikannn…
November 12, 2011 - 8:17 pm
gud luck!
November 13, 2011 - 9:30 am
gdluck malaysia…mainlah dngan brsggh-sggh…harumkan nama tanah air kite…!malaysia boleh…!!!!!!!!!!tanah tumpah darah ku..