Izzaq Faris tolak tawaran Terengganu

Izzaq Faris Ramlan

PENYERANG muda negara, Izzaq Faris Ramlan menolak tawaran Terengganu untuk saingan Liga Super musim depan sebaliknya memilih untuk kekal bersama Harimau Muda A.

Sekalipun masih melalui proses pemulihan di Majlis Sukan Negara (MSN), Izzaq tetap mendapat perhatian daripada pasukan tempatan khususnya daripada negeri kelahirannya Terengganu.

Bagaimanapun hasrat Terengganu untuk mendapatkan khidmatnya terpaksa dilupakan apabila penyerang muda ini menandatangani kontrak baru selama setahun dengan Harimau Muda A.

“Saya masih muda lagi, jadi saya mahu mencari banyak pengalaman dengan Harimau Muda A kerana pasukan ini banyak bermain di peringkat luar,” katanya.

Izzaq kini dalam proses akhir untuk pulih daripada kecederaan lutut dan akan kembali berlatih dengan Harimau Muda A bermula Disember ini.

Related Posts

One Response to Izzaq Faris tolak tawaran Terengganu

  1. salam.semua rakyat malaysia sape2 yang ingin mendaftar intenit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>