FAM tolak permintaan Annuar tubuh tribunal timbang tara
Datuk Taufik vs Tan Sri Annuar Musa
PENGERUSI Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan, tiada ruang bagi Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Jawatankuasa Eksekutif badan induk bola sepak itu menubuhkan sebuah tribunal timbang tara untuk meneliti semula kesnya.
Taufik berkata, tidak logik perkara ini ditimbulkan kerana dalam kes timbang tara pihaknya perlu mempunyai dua faktor sekiranya bercadang untuk membuat permohonan tersebut.
“Faktor pertama sekiranya wujud perselisihan faham antara persatuan itu dengan pihak FAM manakala faktor kedua apabila jawatankuasa rayuan mendengar rayuan yang dikemukakan Annuar tetapi tidak memihak kepada beliau, barulah boleh mewujudkan timbang tara itu.
“Tapi dalam kes Annuar, perkara sebegini tidak berlaku kerana Annuar tidak dibenarkan membuat sebarang rayuan terhadap hukumannya itu, jadi macam mana beliau mahu ditubuhkan tribunal timbang tara? Bagi saya peluangnya dalam hal ini sangat tipis,” kata Taufik.
Beliau berkata demikian apabila Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan meminta FAM menubuhkan tribunal timbang tara bagi membincangkan semula hukuman penggantungan dua tahun enam bulan yang dikenakan terhadapnya, kelmarin.
Ditanya sekiranya Annuar membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne Switzerland, beliau berkata: “Macam mana beliau nak kemukakan rayuan sedangkan di sini pun beliau tidak berjaya.”
“Annuar sepatutnya rasional dalam hal ini,” katanya.
Annuar didakwa melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebarkan kepada pihak media. — Sinar Harian
May 16, 2012 - 7:16 pm
ehh kenapa mcm bodoh je alasan si taufik ni, mcm mana boleh dapat gelaran datuk? beli ker? jangan ingat orang malaysia ni bodoh sangat untuk terima alasan tersebut…
May 16, 2012 - 8:26 pm
Yang bg Datuk tu pun mesti dr golongan raja2 jgk. Raja mana lg kalu tak “Tuut”, 2X5 jgk ngan yang beli gelaran tu…sesama bangang! kat FAM tu..
May 16, 2012 - 7:22 pm
Bila orang atas yaitu presiden bodoh. maka anak2 buah pun akan jadi bodoh dalam mentadbir FAM.. COntoh yang paling ketara adalah JUDIN DAN TAUFIK ANAK LEMBU..
FAM DIHANCURKAN SAJA!!~
May 16, 2012 - 7:48 pm
masa kejatuhan MALAYSIA akan kembali dengan pentadbiran FAM yang bengok
May 16, 2012 - 8:28 pm
Jawapan yg sudah diduga .kenapalah pengurusan jadi teruk begini jawatan tsam adalah berdasarkan undian suara dan pandangan beliau adalah menurut kapasiti dan kepakaran beliau. Lihat tg mahkota juga ada mebgeluarkan kenyataan berbau kritikan bukan sekali tapi banyak kali sila lihat blog suara sukan. Ttp apa tindakan fam koyar kuti ini? Patutlah berjuta makian yg FAM terima ttp mungkin ketamakan kuasa dan duit maruah dipinggirkan. Sekarang bukan sentimen Kelantan atau kenegerian. Ia adalah tanggungjawab nasional dan semua gabungan persatuan bolasepak tanahair bangkitlah wahai pemimpin negeri perbetulkanlah kebingungan dan ketertololan yang menguasai FAM bersatulah menentang golongan bodoh sombong ini . Kerana jika dibiarkan ia bakal merosakkan pembangunan bola sepak negara. Pilihan ditangan kita!
May 16, 2012 - 11:15 pm
kenapa hukuman atas FAS yg kununnya xboleh dirayu, boleh pula ditarik balik? kuasa siapa pula boleh gatalkan peraturan “agung” FAM tu??!
May 16, 2012 - 11:53 pm
Lembu tul atasan FAM ni…semua kaki ampu n jg kepentingan diri…..otak letak kt lutut…smpai bila bola negara nk maju!!!mmg xleh pakai lar pengurusan FAM yg bendul penakut ni
May 17, 2012 - 12:43 am
klaulh sama2 kita boikot fam utk tidak lg ke stadium slagi presiden x ltk jwatan,nescaya berundurlh dia dgn rasa amat terhina.klau seorang presiden sebuah negara blh brundur krane desakan rakyat,inikn pula hanya seorang presiden dlm prsatuan sukan.
May 17, 2012 - 1:15 am
memang teruk fam.. undang manusia mana boleh adil.. takut le nak tutup kelemahan.Malaysia ni negara zalim ke.. atau nak ganti ISA punya stail..sudah byk ketidakadilan hak asasi manusia disekat.. bolehkan perkara ini disokong.. apa kata satu hari nanti terkena kat hang,anak beranak… bila sudah tak mampu nak pertahan diri.. cuba pikir mcm orang.. sezalim binatang pun tak terus terkam inikan manusia. ingat mati wei Fam .. biarlah dapat pujian jangan dapat kebencian orang sebelum balasan adili dlm lubang kubur.. ingat fam kalau tak mampu tongkat langit jgnlah riak dgn kuasa dunia….Gomo kelate Gome.. akhiratpun kena gomo juga.. k…salam rakyat bermaruah.. kelate kito ….
May 17, 2012 - 10:06 am
TSAM memang rasional lah tu…apa pulak kata kena rasional..dah memang dia tak diberi peluang untuk merayu..pastu kata hukuman tu ringan…ringan kepala hotak engko lah TAUFIK…
May 17, 2012 - 10:18 am
Rasa-rasanya dah sampai masanya RAKYAT MALAYSIA yang cintakan bolasepak bersatu untuk menyelamatkan bolasepak kita..Kita buat perhimpunan BERSIH 4 bukan atas faktor politik tapi untuk BERSIH kan FAM…Kita kena tunjukkan KUASA RAKYAT lah yang sebenarnya berkuasa untuk memajukan bolasepak negara…