Singapura puas berjaya ikat Malaysia

Keputusan seri berikan mata berharga buat Singapura

JURULATIH Singapura, Slobodan Pavkovic yakin Singapura mampu mara ke pusingan selanjutnya selepas pasukan bimbingannya mengikat juara bertahan, Malaysia dengan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi pembukaan Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA 2011 petang semalam.

“Kami harus berhati-hati, terutama sekali dalam perlawanan pembukaan dan tidak boleh bermain dengan secara terbuka,’ jelasnya. ‘Kami harus memastikan kami memberi tumpuan kepada benteng kami.

Ketika ditanya sama ada beliau melihat keputusan itu sebagai Singapura memungut satu mata atau kehilangan dua mata, Pavkovic berkata: “Saya fikir kami berjaya memungut satu mata yang berharga”.

“Kami harus bersikap realistik, terutama sekali dalam perlawanan pembukaan seperti ini, di mana ada beberapa pihak yang memberi tekanan kerana kami bermain dengan Malaysia.

“Tetapi secara keseluruhannya, saya gembira dengan persembahan Singapura malam ini.”

Pavkovic memuji semangat tidak mahu kalah anak buahnya dan berkata beliau akan mengkaji persembahan mereka sebelum membuat sebarang keputusan bagi perlawanan seterusnya.

Beliau puas hati dengan peluang yang diukir pasukannya terutama sekali pada minit-minit pembukaan dan minit-minit terakhir perlawanan.

Kapten, Hariss Harun, yang ditemui selepas perlawanan, berkata beliau puas hati dengan persembahan pasukan.

“Kami bermain dengan penuh disiplin dan berjaya mengehadkan peluang Malaysia,” jelas tonggak midfield negara itu.

“Kami berjaya memungut satu mata penting, namun kami harus menajamkan serangan dan memanfaatkan peluang-peluang di hadapan gawang lawan.”

Jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee, akui pasukannya harus bekerja keras jika mereka mahu meningkatkan persembahan mereka.

Beliau akui Malaysia mempunyai masalah terutama sekali dari segi penyerang.

“Di Malaysia, kami kurang mempunyai penyerang yang semula jadi. Tetapi saya berpuas hati dengan persembahan penyerang muda kami, Syahrul Azwari.

“Beliau baru sahaja berumur 18 tahun dan telah menunjukkan prestasi yang baik hari ini,” kata Ong.

Keseluruhannya, permainan sepanjang perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan mempunyai peluang jaringan yang gagal dimanfaatkan.

Related Posts

One Response to Singapura puas berjaya ikat Malaysia

  1. harap dapat lakukan sesuatu.. namun sebenarnya jurulatih singapura buat perang psokologi jer… sebolehnya diaorang pun nak menang juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>