“TOLONG lepaskan saya, jangan rumitkan keadaan.” Itulah rayuan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, yang ingin berhijrah ke pasukan Johor musim depan, kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nasibnya yang kini tergantung sama ada dilepaskan ataupun sebaliknya.
Shahrul atau dikenali sebagai Mat Yo turut merayu agar KAFA melihat keputusan penghijrahan beliau ke Johor dari sudut potifif dan memikirkan mengenai masa depannya pada masa akan datang.
“Saya harap Kafa akan memandang perkara ini dari sudut positif.
“Dan, tolong fikirkan mengenai masa depan saya dan keluarga saya pada masa akan datang,” kata Mat Yo ketika ditemui di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang ini.
Tambah Mat Yo: “Umur saya semakin tua, saya bukannya bermain bola untuk selama-lamanya. Bila umur sudah menjangkau 40 tahun, saya akan bersara.
“Jadi, itu semua harus dilihat KAFA. Jadi, saya merayu tolonglah faham situasi saya dan membuat keputusan dengan melihat dari semua sudut,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Mat Yo yang juga pemain kebangsaan berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin, seboleh-bolehnya sebelum saingan Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung 24 November ini.
“Tolong selesaikan masalah ini dengan segera. Kalau boleh saya mahu keputusan ini dibuat sebelum bermulanya saingan Piala Suzuki AFF.
“Saya bukan apa, saya hanya mahukan perkara ini berjalan dengan lancar, sekali gus ia tidak akan mengganggu prestasi saya untuk mempamerkan aksi terbaik nanti,” jelas beliau yang memilih untuk berhijrah bukan kerana wang.
“Saya sendiri pun tidak tahu dari mananya timbul isu bayaran gaji RM80,000 itu.
“Saya ingin tegaskan keputusan untuk berhijrah tiada kena-mengenai dengan bayaran gaji. Saya cuma ingin beralih angin dan juga demi masa depan saya,” ujarnya lagi. — Sinar Harian
Bagi ambo senang jer mat yo tak perlu rayu kpd kafa kalau dia nak dilepaskan hanya ikut cara yg dah ada dlm kontrak tu kan senang dan lebih manis bunyi nya. Kita dah di zaman pro sekarang jadi buatlah cara yg pro juga.
Matyo ni tak sabar dah. Cuba kikis sikap tamak tu. Habis kan dulu kontrak ngan kelantan, setahun je pun. Ni tak hormat kontrak dah. Dok dengar guruh di johor, air dlm tempayan di kelantan curah dah.
Matyo, apa yang kau ada kt kelantan sekarang, xsemestinya kau dpt di johor. Kau tahu kan apa akan jadi kalau pasukan johor kalah? Kau xpenah denagr ke cerita2 penampar org2 istana johor? Kami fan TRW nk tgk “bahagia” ke tak kau kat sana. Nanti jangan pulak pasni merayu2 nk balik KB, bila TMJ dh bagi sedas kt kepala tu
semua tu cerita dongeng je sal penampor penampor ni….go matyo mana kamu suka main
komen yang amatur dari joe.penuh dengan kebencian dan gertakan picisan.perpindahan kelab bukan perkara baru dalam bola sepak.let go and move on,as a fan we should do the same.beri sokongan pada pemain yang ingin bermain mewakili kelab.
Setiap transfer pemain dari pasukan ke pasukan yg lain mestilah melalui prosedur yg tepat yg ditetapkan oleh FIFA. Jika lengkap, akan terima sijil ITC.
Tp dlm perkara ni, xsilap, KAFA xlepaskan sbb pemain ade baki kontrak, maka pasukan yg ambil pemain tu mesti bayar wang tebus kontrak pemain beserta wang pampasan berdasarkan nilai semasa pemain tersebut.
Jika tidak, maka perpindahan tersebut masih tidak sah dari segi peraturan FIFA. Disebabkan itulah pasukan dr negara agak sukar mendapatkan ITC bg kebanyakan pemain import mereka atas dasar FAM tidak menitik beratkan perkara ini.
Just my opinion dr sudut perpindahan. Sape salah sape betul, diri sendiri lebih tahu.
Tahniah buat pasukan bolasepak Kelantan atas kejuaraan trouble tahun 2012. Adat bolasepak masing2 harus meningkatkan prestasi dan mutu permainan. Tiada masalah bagi pemain keluar masuk pasukan, kerana yang pasti pasukan Kelantan perlu berusaha melatih bakat baru, tidak hanya bertumpu kepada seorang pemain semata2. Betul, Mat Yo terikat dengan kontrak, dan sebahagian besar tajaan syarikat swasta atas namanya bersama Kelantan. Namun, Mat Yo perlu juga memenuhi segala persetujuan yang diberi semasa dilepaskan dari pasukan Kelantan.
buat la aper terdaya.. takpe .. main bola .. biasa la .. hijrah ..