Rangkuman Liga Super 18 Jan 2014
Pasukan pilihan seperti Selangor, Johor JDT, Kelantan dan ATM bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan lawan masing-masing pada aksi pembukaan Liga Super 2014.
- Selangor 2-0 T-Team
Naib juara musim lepas, Selangor tidak menghadapi masalah untuk menewaskan wakil kelab dari Terengganu, T-Team, dengan kemenangan 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hasil sentuhan penyudah pemain import dari Brazil, Paulo Rangel, masing-masing pada minit ke-65 dan 72.
Klik untuk statistik perlawanan Selangor vs T-Team
- JDT 2-0 Perak
Turut mencatat keputusan sama ialah pasukan berstatus bintang, JDT yang mengalahkan Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin hasil ledakan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-37 dan pemain import dari Argentina, Luciano Figueroa pada minit ke-87.
Klik untuk statistik perlawanan JDT vs Perak
- ATM 2-0 Sarawak
ATM turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan pendatang baru, Sarawak, dengan kemenangan 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Dua jaringan skuad ‘The Gladiators’ dijaring penyerang berbisa Marlon Alex James pada minit ke-17 dan Christie Jayaseelan pada minit ke-29.
Klik untuk statistik perlawanan ATM vs Sarawak
- Kelantan 2-1 Sime Darby FC
- Terengganu 2-1 PKNS FC
Dalam pada itu, dua pasukan pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu terpaksa bergelut sebelum mencatat kemenangan tipis ke atas lawan masing-masing di laman sendiri.
Kelantan, yang merupakan juara Piala FA musim lepas, menang tipis 2-1 ke atas wakil kelab Lembah Klang, Sime Darby FC, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.
Pasukan pelawat kendalian Ismail Zakaria itu terlebih dahulu mengejutkan skuad ‘The Red Warriors’ menerusi jaringan Mohd Fadzli Shaari seawal minit ketujuh sebelum penyerang import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar Mahmoud, muncul wira pasukan tuan rumah dengan meledak dua gol masing-masing pada minit ke-60 dan 80.
Terengganu pula menundukkan satu lagi wakil kelab Lembah Klang, Selangor PKNS FC, dengan keputusan sama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Klik untuk statistik perlawanan Kelantan vs Sime Darby FC
Klik untuk statistik perlawanan Terengganu vs PKNS FC
Pahang Juara Piala Sumbangsih 2014
Sementara itu dalam aksi sehari lebih awal, Pahang memulakan saingan Liga Malaysia musim 2014 dengan langkah kanan dengan menewaskan Lions XII 1-0 bagi merebut Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Makmur.
Kedua-dua pasukan bermula dengan rentak perlahan dan seimbang sekali gus gagal memanfaatkan 45 minit pada babak pertama permainan.
Luahan Perasaan