Sertai Johor: Daniel Guiza bakal buat keputusan hari ini
SELEPAS spekulasi selama seminggu, Tunku Mahkota Johor akhirnya memperkenalkan Daniel Guiza di sidang media di Hotel Thistle, Johor Bahru petang ini.
Penyerang itu tiba di Johor bersama peguam dan ejennya dan dijangka akan menandatangani kontrak dengan Johor ‘beberapa jam lagi’. Pemain berusia 32 tahun itu akan dipinjam ke Johor dari Getafe FC untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
Perjanjian pinjaman yang akan ditandatangani dengan Johor menjadikan Guiza pemain Sepanyol ketiga beraksi di Malaysia selepas Carlos Rodriguez di Pulau Pinang dan Juan Manuel Rodriguez Olsson dengan Negeri Sembilan - difahamkan juga Guiza akan menjadi pemain termahal di Malaysia.
“Ia memerlukan usaha yang banyak untuk saya datang ke sini dan saya harap ini satu petanda baik,” kata Guiza di sidang media petang ini.
“Ini satu keputusan yang besar dan walaupun saya masih menimbang pilihan saya, saya ingin semua pihak tahu ke mana saja saya pergi, saya akan bekerja keras untuk menang semuanya,” katanya lagi yang turut mendapat tawaran dari Real Zaragoza dan Malaga.
“Saya telah bertukar pendapat dengan pengurus di Getafe dan saya fikir sudah tiba masa saya beralih angin.
“Saya tidak mempunyai masalah dengan cuaca dan saya tidak sabar untuk beraksi,” jelasnya.
Tunku Mahkota Johor yang bertanggungjawab dalam memancing juara Eropah dan Dunia itu yakin: “Saya berbangga untuk memiliki pemain seperti Guiza. Beliau masih muda, hanya 32 tahun dan perjalanannya masih jauh.”
“Kami bukan hanya ‘membeli-belah’ untuk pasukan. Sebagai presiden persatuan, ini adalah tanggungjawab saya untuk membina semula legasi bola sepak Johor yang dahulunya lebih menyerlah.
“Seperti yang saya katakan kepada pasukan, saya mahu membina satu sistem yang boleh diikuti oleh generasi akan datang.
“Saya harap perjanjian ini akan diselesaikan secepat mungkin. Wang bukan perkara rumit di sini tetapi perjanjian terma dan syarat yang penting,” katanya lagi.
Peguam Guiza juga yakin dan berkata: “Kami akan membuat keputusan dalam beberapa jam lagi.”
Guiza akan menyertai Muslim Ahmad, Azmi Muslim, Aidil Zafuan, Zaquan Adha yang telah sah bersama Johor sementara Safiq Rahim dan Nurul Azwan Roya juga dijangka akan menandatangani kontrak dengan Johor dalam masa terdekat. — espnstar.my
November 4, 2012 - 9:51 pm
dia ni mmg power..aku tgk blk video2 dia kt youtube..mmg mantap..semoga pelaburan besar Pbnj mbuahkn hasil…
November 4, 2012 - 10:31 pm
Hok aloh.. Tak sign kontrak lg.. Ingatkan sign dh dok geger riuh..
November 4, 2012 - 11:56 pm
Ingatkan dah confirm….tgh fikir lg tu….harap2 jadi la…
November 5, 2012 - 12:11 am
“ini adalah tanggungjawab saya utk membina semula legasi bola sepak johor yg dhulunya lebih menyerlah” nape au..
November 5, 2012 - 11:41 am
loan ghupenye.. teman ingat johor beli..
November 5, 2012 - 3:46 pm
jangan jadi macam TONY COTEE dah la
November 5, 2012 - 4:15 pm
Wang bukan rumit “dipetik dari kata2 TMJ”..fuyooooo..
November 5, 2012 - 5:49 pm
tak kelik modal tu…..trofi Piala Malaysia berapa sen jah ….tapi demi maruah raja johor rayat ganga mulut….he.he.he ….
November 5, 2012 - 5:50 pm
tak kelik modal tu…..trofi Piala Malaysia berapa sen jah ….tapi demi maruah johor rayat ganga mulut….he.he.he ….
November 5, 2012 - 7:32 pm
kalaupun johor jadi juara tapi jadi macam kelate gak…jaguh kampung, main aff dengan laos pun perit nak menang…apahat!!!
November 5, 2012 - 9:02 pm
bila masa Kelate kalah ngan Laos? Kau ronda malam jangan tunjuk biol. Kelate jadi juara kumpulan oii, sekarang kedudukan team kedua terkuat di Asia Tenggara
November 6, 2012 - 9:26 am
wow kelantan ni dah stendet national team la boleh main AFF .(kalau tak tahu komen gosip artis aje lah)
November 7, 2012 - 9:55 am
betul le tu ronda malam royat…bul\ke kalah tp perit…
apa2 pun si ronda meme jeles…he he