FAM belum dapat bukti kukuh pergaduhan pemain ATM-Selangor

Pergaduhan pemain ATM vs Selangor gaduh

Insiden gaduh pemain ATM, Selangor diputuskan 27 Mac

‘EPISOD drama’ antara pemain Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertelagah sesama sendiri pada aksi pusingan pertama Piala FA, Januari lalu bakal diketahui pada 27 Mac ini.

Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, menurut Perkara 8 Jawatankuasa Tatatertib FAM, pihaknya akan memanggil kedua-dua pegawai tertinggi kedua-dua pasukan dalam perlawanan itu bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, selepas keterangan pegawai berkenaan diambil, pihaknya akan mengenal pasti mana-mana pemain yang terlibat dalam pergaduhan sebelum mengambil tindakan.

“Sebelum ini, tiga rakaman video yang kami peroleh gagal mengenal pasti punca sebenar pergaduhan.

“Justeru, pegawai tertinggi kedua-dua pasukan dalam perlawanan itu akan dipanggil pada 27 atau 28 Mac untuk memberi keterangan.

“Berdasarkan keterangan mereka, baru kami akan mengambil tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita semalam.

Difahamkan, kedua-dua pengawai tertinggi dalam perlawanan itu merupakan jurulatih merangkap pengurus kedua-dua pasukan, Irfan Bakti Abu Salim dan B. Sathianathan.

Ahmad Fuad memberitahu, selepas memanggil pegawai berkenaan, pihaknya akan memutuskan tindakan yang bakal diambil pihaknya pada hari itu juga.

Ketika ditanya mengenai nasib tiga pemain ATM, R. Surendran, G. Jeevanathan dan Fitri Omar yang mengaku bersalah sebelum ini, jelas Ahmad Fuad: “Ketiga-tiga mereka tetap dikenakan tindakan jika benar didapati bersalah.”

Dalam pada itu, FAM bagaikan mencetus polemik baharu apabila Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu, Datuk Taufek Razak enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media sebaik selesai bermesyuarat di Wisma FAM semalam.

“Maaf, saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan,” kata Taufek.

Begitupun Ahmad Fuad menegaskan, ia merupakan prosedur biasa selagi siasatan kes belum selesai.

“Biarlah perkara ini diselesaikan terlebih dahulu. Beliau (Taufek) akan kembali memberikan kenyataan kepada media sebaik kes ini selesai,” jelasnya.

ATM vs Selangor gaduh - pergaduhan pemain ATM, Selangor

Related Posts

2 Responses to FAM belum dapat bukti kukuh pergaduhan pemain ATM-Selangor

  1. tunggu tahun 2020, baru FAM jumpa bukti. time tu, org dh xlayan bola.

    http://www.bankami.blogspot.com

  2. Pingback: Kes gaduh ATM vs Selangor: 4 pemain Tentera digantung perlawanan, denda | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>