Piala FA: Tok Gajah sedia gempur kubu Harimau Selatan
Separuh Akhir Piala FA 2013
KETUA Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menggesa anak buahnya supaya mengambil pengajaran daripada perlawanan sebelum ini bagi menghadapi Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Larkin, malam ini.
“Perlawanan menentang Negeri Sembilan baru-baru ini bukanlah aksi terbaik dari kami. Jadi, penting untuk Pahang kembali fokus dan tidak bermain sambil lewa,” katanya.
Dalam pada itu Dollah akui JDT pasukan yang mantap namun begitu, beliau dan pemainnya telah pun bersedia serta mengetahui kelemahan pasukan lawan.
Berdasarkan prestasi semasa, Dollah yakin pemain Tok Gajah kini sudah bersedia untuk bertempur dengan Johor Darul Takzim bagi memastikan bekala selesa sebelum aksi timbal balik di Kuantan Selasa depan.
“Pemain akan bertempur habis-habisan kerana kita bukan sahaja menghadapi pasukan lawan, tetapi juga berhadapan dengan ribuan penyokong JDT.
“Saya harap semua pemian sudah sedia berdepan Johor DT agar impian melangkah perlawakan akhir Piala FA dapat menjadi kenyataan,” katanya.
Dalam enam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, Tok Gajah sekadar mencatat dua kemenangan dan satu keputusan seri.
Luahan Perasaan