Piala FA: T-Team terus kempunan
PERLAWANAN pembukaan Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam tadi nyata memihak kepada Kelantan selepas menang keatas Terengganu T-Team 6-5 menerusi sepakan penalti. [LIHAT VIDEO]
Penalti menjadi penentuan pada perlawanan itu apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa penamat, sebelum pemburuan gol kemenangan pada 30 minit masa tambahan turut tidak berhasil.
Pada 90 minit perlawanan berlangsung, Kelantan di bawah pimpinan Datuk M. Karathu terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pemain Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid yang menanduk masuk hasil sepakan sudut pada minit ke-50.
Di minit ke-60 perlawanan pula, pemain T-Team yang juga bekas pemain Kelantan pada musim lalu, Indra Putra Mahayuddin berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan cantik. Dua minit kemudian, T-Team sekali lagi memperoleh peluang menerusi Indra, namun pemain itu gagal menyempurnakan selepas tandukan lemahnya mudah diselamatkan Khairul Fahmi.
Kelantan pula turut mempunyai peluang keemasan pada minit terakhir pemainan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti. Tetapi ia dipersia-siakan oleh Norshahrul Idlan Talaha selepas sepakan yang diambilnya melambung tinggi.
Selain Indra, pemain Azizi Mat Rose dan Mohd. Norfarhan Muhammad yang membarisi skuad Kelantan musim lalu bermain cemerlang pada malam ini.
T-Team yang masih lagi tidak memperoleh kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini dilihat mempamerkan prestasi sebenar pada malam ini, meskipun tewas kepada Kelantan.
Laporan www.Arena.my
February 19, 2011 - 9:40 am
Tteam ayuh bgkit dlm liga lak..
February 19, 2011 - 12:42 pm
heee3 mipi je team tahi ni…
February 21, 2011 - 8:56 am
team tahi 3 abdul…koyaaaaaaa