Insiden terowong: Irfan Ghani terus menyepi, belum lapor diri
PASUKAN berstatus kelab, T-Team bakal mengambil tindakan tegas terhadap pemain pertahanannya, Irfan Abdul Ghani apabila masih belum melaporkan diri bersama pasukan sejak pulang ke negeri kelahirannya, Ahad lalu, lapor ZUBIR SULAIMAN.
Malah tindakan yang diambil, susulan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu membelakangkan pasukan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa kebenaran pengurusan The Titans berhubung insiden T-Team menarik diri pada aksi kedua Piala FA ketika menentang JDT, 1 Februari lalu lalu.
Justeru, pihak pengurusan T-Team bersedia mengambil tindakan tegas terhadap Irfan dengan menegaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggantung pemain pertahanan itu tanpa gaji.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rasid Jusoh turut mengesahkan, kes salah laku Irfan itu juga bakal dibawa ke badan induk bola sepak negara (FAM) dalam tempoh terdekat.
Menurutnya, Irfan turut didapati bersalah kerana gagal melaporkan diri bersama pasukan sehingga hari ini (semalam) sejak memohon cuti dua hari dengan jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, Ahad lalu.
“Kita akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Irfan berdasarkan terma-terma pada kontrak pemain yang ditandatanganinya bersama pasukan sebelum ini.
“Kita akan perhalusi kontrak sedia ada dan apa-apa tindakan yang akan diambil semuanya bergantung kepada perjanjian itu. Malah tindakan gantung (tanpa gaji) dan sebagainya terdapat di dalam klausa kontrak tersebut,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan antara T-Team dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Ab Rasid berkata, perkara itu (hukuman) akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin (T-Team) yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat, sebelum memutuskan tindakan yang dikenakan terhadap Irfan dan melanjutkan perkara itu kepada FAM.
“Dia telah membuat sidang akhbar tanpa kebenaran majikan. Itu satu kesalahan yang besar. Selain itu, dia juga masih gagal menghadirkan diri bagi menjalani sesi latihan tanpa sebarang sebab.
“Kita sudah menghubungi beliau (Ifran) dah maklum kepada dia mengenai perkara ini, namun sehingga kini masih tiada sebarang panggilan balas daripadanya sejak pulang ke Johor atas alasan masalah keluarga, dia telah membuat perkara di luar jangkaan,” katanya.
Sementara itu, Rasid memaklumkan, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kini menunggu ‘kepulangan’ Irfan ke negeri ini.
Peminat nombor satu bola sepak Terengganu itu yang sebelum ini menggesa pemain T-Team mengangkat sumpah depan al-Quran berhubung insiden kekecohan pada perlawanan pusingan kedua kempen Piala FA, menuntut Irfan melakukan perkara sama.
“Menteri Besar Terengganu (Ahmad) menunggu kepulangan Irfan,” katanya.
- Sinar Harian
February 10, 2014 - 5:53 pm
Kesian dia, tersepit tu, dibuang mati mak, ditelan mati bapak….silap2mati katak.
February 10, 2014 - 9:24 pm
Mgkn dh ‘masyuk’ byk kot? Dh gemok, kena gantung tk brgaji pn tk pe.
February 11, 2014 - 8:31 am
Jgn cakap sebarang dgn hal org, leh jadi umpat dan fitnah bro. Kalau tak seperti kau cakap tu,kena minta maaf kat dia sendiri. Maybe dia cuak nak balik sana. Kalau kau jadi dia pun aku berani cakap kau akan jadi mcm dia. Kes pukul masuk perangkap ni dah pnh heboh dalam malaysia dulu bro pada kumpulan rock Massa, tmpt pun kat phang/terengganu. Semua org pahang tau,ganu pun tau,Johor pun tau sbb ramai rocker. Tu contoh je aku cakap yg leh jadi berputar dalam kepala otak dia. Skg kita takut buat upah org je leh mati katak bro.
February 11, 2014 - 10:29 am
Aku tk tuduh. Aku kata mgkn je. Rasuah bola ni trjadi seluruh dunia trmsk di Msia…jgn tk tau.
February 13, 2014 - 11:43 am
Memang tak tuduh, ‘mungkin’ tu dah kira menghalakan sesuatu,kena gntung tak gaji pun dah nampak pada siape arah kau,dan ni treat khas utk si irfan ni. Takan mungkin rajagopal rasuah pulak kan. Apa la kau.hehe
February 10, 2014 - 11:30 pm
Ape nie!!!…main ugut irfan plak?..Ini dah boleh buat satu laporan polis..kalu si irfan buat laporan polis pun dah cukup cantik..sebabnya:
1) sudah jelas ada ” niat terselindung” yg akan di buat pd irfan sekiranya irfan balik ke terengganu..satu dunia boleh baca kenyataan yg dibuat ketua pegawai eksekutif t team..yg mengatakan Menteri besar terengganu ‘menunggu ‘ irfan balik Terengganu.
2) Kalupun irfan buat salah…patutkah dia di ugut sedemikian ?… tk wajar anda ( pihak t team ) mengugut irfan. Tak wajar jugak sekiranya benar M. B.TERENGGANU ada hajat ” menunggu ” kepulangan irfan..tlg tunjukkan sifat pemimpin yg patut dicontohi masyarakat..jgnla ajar budaya samseng dlm bolasepak negara kita.
3) Ingatlah bila kenyataan ini di buat..tiba2 lah terjadi sesuatu pada irfan..habislah pihak T Team..sebabnya..Pihak t team dah tunjukkan “niat ” pada irfan.
Marilah kita semua tk kira negeri mana pun..bersatu..bergembira..dan berganding bahu utk bangunkan sukan bolasepak..bukan nya bersatu menjahanamkan bolasepak kita..fikir2lah wahai saudara saudari Islam ku.
February 10, 2014 - 11:54 pm
hidup tmj!!!
February 11, 2014 - 8:19 am
Aku cuma mampu cakap, kalau pengurusan keluarkan ayat2 dan syarat2 tertentu, tak mustahil ada pihak dari pantai timur khususnya akan keluarkan cara tersendiri pulak sebagai langkah ‘membalas’ cara sendiri. Pengurusan ibarat ‘menarik’ je kedalam sangkar berduri. Mana tau dia balik terengganu kena pukul dgn org lain masuk icu ke apa dgn org lain. Maybe diugut atau diancam keselamatan. Dulu pernah jadi pada vokalis kumpulan Massa smpai mati dipukul kat sempadan pahang,tergganu. Benda mcmni biasa jadi dan boleh jadi kat mana2. Skrg zaman moden dan laju, tak buat sendiri, kasi duit kat org, setel kerja. Ada org cakap dia ‘kenyang’ la apela. Kalau tak betul cakap kau tu, jadi fitnah, kau berdosa pada dia sbb tak tau sahih hujung pangkal, dia sendiri ada jawapannya, dan kemungkinan apa aku cakap ni mmg ada dalam kepala otak dia.
February 11, 2014 - 10:32 am
Asyik2 crita psl kmpln Massa. Bgi le cth lain plk.
February 11, 2014 - 11:26 am
Tu cerita terkenal dari kumpulan terkenal aku cakap la. Cuma contoh tu aje. Aku terklik dua kali ler. Apa da.
February 11, 2014 - 9:38 am
Tgh sibuk kire duit la tuu…kayo ko irfan…
February 11, 2014 - 10:22 am
natang..IRFAN mung kena taubat tu..
February 11, 2014 - 11:35 am
Tak guna maki hamun dia,bukan kito dapat mende pon…dosa dapatla..Kalau dia salah itu biar dia dgn hal dia..Kito berhak marah,tapi kito tak berhak maki hamun org…sbb dio bkn lain agama..Lau harap dio taubat maka biar dio taubat jela lau betul dio rasa salah..
February 11, 2014 - 4:38 pm
bakal artis baru….tunggguuuuuu…..!!!
February 13, 2014 - 11:45 am
Rupa dia mcm awal ashaari je tengok.haha