TAHAP kekuatan sebenar barisan pemain bintang Tentera kendalian B Sathianathan yang kini mendahului Liga Perdana, boleh dinilai apabila turun menentang Perak dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak di Ipoh, malam ini.
Tentera yang mendapat sokongan dana besar tahun ini dilihat tiada masalah untuk menjuarai Liga Perdana apabila Sathia mendapatkan khidmat beberapa pemain ternama seperti Hairuddin Omar, Aidil Zafuan Abd Radzak dan adiknya, Zaquan Adha, Azmi Muslim, Irwan Fadzli Idrus, Mohd Farizal Harun dan Rezal Zambery Yahya.
Sepanjang saingan Liga Perdana musim ini, anak buah bekas pengendali Kelantan itu hanya tewas sekali, 2-1 kepada Sime Darby dan menang baki enam perlawanan untuk mendahului Liga Perdana.
Bagi pakar juara Piala Malaysia, Hairuddin atau lebih dikenali sebagai Hai-O, ini peluang terbaik buatnya dan rakan sepasukan untuk menguji keupayaan sebenar mereka jika mahu kembali menyertai kancah Liga Super musim depan.
“Perlawanan ini dilihat ujian sebenar buat kami. Kami tidak boleh melakukan sebarang kesilapan kerana saingan Piala FA berbentuk ‘kalah mati’. Seandainya gagal, tiada peluang kedua, tidak seperti sebelum ini yang dijalankan secara timbal balik,” katanya.
Related posts
- Kelantan diundi dalam kumpulan sukar buru gelaran treble
- Video Kelantan 3-2 ATM [Final Piala Malaysia 2012]
- Video ATM 2-2 Kedah [Piala Malaysia 2012]
- FAM belum dapat bukti kukuh pergaduhan pemain ATM-Selangor
- Video Johor Darul Takzim 2-2 ATM Liga Super 2013
- Kelantan menang, ATM kecundang
- Video Selangor 2-3 ATM [Piala Malaysia 2013]
- Video ATM 1-1 Kelantan [Piala Malaysia 2012]
- Video Kelantan 1-1 ATM [Penalti 4-3] Piala Sumbangsih 2013
- Perak azam tebus kecewa
Main topics: Piala FA
Sub topics: ATM, Perak, Perak lawan ATM, Perak vs ATM, Piala FA 2012