Shahrulnizam, Akmal Rizal terus jadi penonton

Lima tonggak Perak hanya dapat beraksi jika Seladang mara ke separuh akhir

PERAK bertekad untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun menjelaskan, selepas kejayaan melangkah ke pusingan suku akhir, mereka tidak mahu lagi menoleh ke belakang.

Perak yang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan peringkat Kumpulan A akan berdepan jaguh Lembah Kelang, Selangor pada 10 dan 14 Oktober ini.

Bagi merealisasikan impian besar itu, Khairul memberitahu bahawa Perak akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertarungan peringkat suku akhir.

Skuad bimbingan Norizan Bakar itu dijangka mengekalkan kombinasi pemain muda dan senior yang telah mempamerkan aksi cemerlang pada saingan peringkat kumpulan bagi menghadapi cabaran pada suku akhir kelak.

“Adunan Cikgu Jan (Norizan) itu menjadikan pasukan ini seimbang dan mantap di setiap posisi,” jelas Khairul.

Sebelum ini, Perak tidak diberi harapan yang tinggi untuk mara lebih jauh selepas kehilangan khidmat lima tonggak utamanya.

Ketua pasukan, Shahrulnizam Mustafa dan penjaring terbanyak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli antara lima pemain yang digantung tujuh perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kelima-lima pemain berkenaan akan terus menjadi penonton dalam dua perlawanan suku akhir akan datang.

Khairul turut mengingatkan para pemain agar mengekalkan momentum kejayaan itu dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan pihak lawan.

Dalam saingan Liga Super lalu, Selangor mengalahkan Perak 1-0 di Shah Alam (16 April) dan seri 0-0 di Ipoh pada 6 Julai lalu. — Kosmo

Related Posts

One Response to Shahrulnizam, Akmal Rizal terus jadi penonton

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>