Harimau Malaya dibaham Singa tanpa belas

Malaysia 0-3 Singapura - Piala AFF 25 November 2012

KERAPUHAN pertahanan terbukti menjadi kelemahan utama skuad kebangsaan apabila ditewaskan Singapura 3-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B.

Begitulah hakikatnya buat pasukan Malaysia apabila gagal mempamerkan watak selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF dalam aksi sulung yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Jelas sekali pemain negara bergelut untuk menyaingi Singapura yang gemar membuat hantaran tinggi ke arah pintu gol Malaysia.

Pada minit ke-32, Shahril Ishak mudah menolak masuk ke gawang Harimau Malaya selepas gagal menyekat hantaran jauh Shaiful Esah Nain walaupun Azmi Muslim cuba untuk menyekat lariannya.

Lima minit kemudian, Shahril Ishak melebarkan kedudukan Singapura dengan menanduk bola ke arah pintu gol yang terbuka luas. Gol itu berpunca daripada kesilapan Khairul Fahmi Che Mat yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya lima minit sebelum separuh masa pertama berakhir.

Aleksandar Duric kemudian menambah luka dengan tandukan mudahnya tanpa dicabar pemain negara pada minit ke-75.

Walaupun mendapat sokongan padu peminat negara, anak-anak buah Datuk K. Rajagobal gagal mempamerkan aksi meyakinkan walaupun di awal permainan berjaya mencipta gerakan berbahaya.

Norshahrul Idlan Talaha menerusi kepakarannya di atas garisan masuk ke dalam kotak penalti tetapi dia memilih untuk merembat ke ruang terhad ketika penjaga gol, Izwan Mahbud sudah pun bersedia.

Mat Yo juga berjaya memenangi beberapa sepakan percuma untuk Malaysia selepas itu tetapi tidak dimanfaatkan.

Kekuatan mental pemain mula terjejas susulan pintu gol dirobek dua kali dengan permainan kurang kemas.

Rajagobal kemudian membuat tiga pertukaran tetapi tidak banyak membantu walaupun Mahali Jasuli yang menggantikan Azmi Muslim sedikit memberi Malaysia harapan.

Pada minit ke-70, Mahali Jasuli membuat umpanan ke depan gol dan Izwan Mahbud lebih tangkas sebelum sempat disambar Safee Sali.

Shahril Ishak nyaris meledak hatrik tetapi agak lambat tindakan penyudahnya.

Sebelum wisel penamat, cubaan Mat Yo menggegar tiang gol Singapura untuk menutup malam penuh mengecewakan buat peminat Harimau Malaya.

Related Posts

7 Responses to Harimau Malaya dibaham Singa tanpa belas

  1. bila liga malaysia panggil balik pemain import, nilah hasil yer… masa mula2 menangbalik sukan sea dulu kan liga malaysia tempatan saja… tahun depan konon lagi teruklah.. melukut tepi gantang pemain tempatan…
    semua rm..

  2. Pemain tak boleh di salah kan 100%……sebab itu lah yang diajar dan dilatih oleh Rajagopal…tunggu apa lagi, pecat dan buang terus Rajaguli serta merta… dah tak boleh pakai lagi.

  3. Bangla pun Bangla lah

    Masih menunggu 2 keputusan perlawanan seterusnya..

  4. huhu dah terbukti pemiliham pemain oleh rajagopal salah.padahal tahap pemain singapura sama ngn kita kalo tidak manakan tidak kelantan leh menang 3-o ngn lions kat liga super..

  5. Kita kena belajar ngan Tim Jepon danKorea, mcm mana diorg boleh majukan tim dorg dgn mendadak…dulu kita(zaman Pesta bola merdeka)sama je taraf kta…tapi skrg dh beza, mesti dorg ada tonik rahsia or cara yg sesuai dgn org2 asia nie…

  6. Tu la…bila menang je satu piala…ha mcm2 dapat…duit dan segala bentuk kemewahan dpt…coach dan player sama2 senang…duit da byk…main ntah pape…player yg main mlm td…lansung…hampeh…asal la RAJAGOPAL tu x campur pemain2 senior lain…byk player senior yg ok…adui…then coach n player pon xde disiplin kot…boleh gi bercuti…gile btl…jauh pulak tu…bodoh la…then coach boleh ckp sy jangkakan hanya kalah 1-0….ape punya coach ni???xde target lansung….kekalahan ni lebih kepada coach…yang x reti manage team…manjekan player…ape player nak…die bg kelonggaran….coach patutnya bia la tegas sikit…bia player lebih berdisiplin…ni coach pon xde disiplin…mcm mana player nk ikut….tukar jela RAJAGOPAL tu…hampeh….

  7. buat pengetahuan semua.. sebelum kita menang sea games 2009, mmg FAM ambik pemain2 terbaik dari liga untuk harimau malaya.. persoalannya.. ada menang apa2 ke? ambik player terbaik dari liga tu dah lama fam amalkan.. tapi langsung tadak apa2 perubahan.. bertahun2… lepas menang sea games tu barulah fam nak cuba pendekatan baru.. terus ambik king raja jd coach utk HM. menang pulak lagi suzuki cup 2010.. utk edisi kali ni.. pendekatan tu diteruskan lagi dengan harapan friendly2 yang out tu dapat diubah kepada game yg lbh baik.
    malangnye 1st game tu mmg byk tak menjadi.. tapi come on la.. ada 2 game lagi.. aku yakin kita boleh pergi.. at least sampai semi or final.. kalau menang lagi bagus..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>