Kelantan menang, ATM kecundang

Kelantan vs PKNS FC 2-1 Liga Super 2013
Kelantan vs PKNS FC [2-1] Liga Super 2013

Kelantan 2-1 PKNS FC | ATM 0-1 Lions XII

KELANTAN memulakan kempen Liga Super 2013 dengan langkah kanan apabila menewaskan PKNS 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.

Zairul Fitri menjadi wira pasukan The Red Warriors apabila menjaringkan gol pada babak akhir perlawanan sekali gus membantu pasukannya mengutip tiga mata penting dalam perlawanan sulung malam ini.

Dalam perlawanan tersebut, Kelantan yang membariskan beberapa pemain kebangsaan melancarkan percubaan namun berjaya dipatahkan benteng pertahanan pelawat.

Kelantan sekali lagi memiliki peluang keemasan menghasilkan jaringan pada babal awal perlawanan menerusi Indra Putra, tetapi rembatannya sekadar terkena tiang gol.

Susulan serangan itu, PKNS melakukan serangan balas dan akhirnya jaringan awal yang dicari pasukan pelawat tiba apabila kapten PKNS, Helmi Remeli menjaringkan gol menerusi percubaan cantik ke gawang lawan.

Kelantan yang beraksi di halaman sendiri masih tidak putus asa dan percubaan demi percubaan, gol penyamaan tuan rumah berhasil apabila lencongan Badhri Radzi menerusi hantaran cantik Haris Safwan berjaya membolosi gawang pada minit ke-18.

Di babak kedua, tempo permainan agak pantas dan kedua pasukan saling mengasak dan berbalas serangan.

Pemain import baru Kelantan, Keita Modju sekali lagi gagal mempamerkan aksi cemerlang apabila peluang di depan gol untuk menjaringkan gol kedua terus gagal dilaksanakan dengan baik.

Begitu pun, suasana stadium yang dihadiri kira-kira 15,000 penonton bergema seketika apabila Zairul Fitri menjaringkan gol pada minit ke-93 sekali gus gol kemenangan buat Kelantan.

Bagi Kelantan, kemenangan ini pasti menyenangkan Bojan Hodak yang mahu mencatat keputusan positif saingan pembukaan di laman sendiri musim ini.

Sementara itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal meneruskan rentak kecemerlangan apabila tewas 0-1 kepada Lions XII di Stadium Tunku Abdul Rahman.

Shahril Ishak menjadi wira pasukan pelawat apabila mudah menewaskan penjaga gol ATM pada minit ke-66 untuk gol tunggal perlawanan sekali gus menyekat impian ATM untuk meraih tiga mata di halaman sendiri.

- Sinar Harian

20 Responses to Kelantan menang, ATM kecundang

  1. Tahniah TRW…janji Darul Takzim kaloh…Gomo Kelate Gomo…

    • kenapa anda bersikap tidak menghormati penyokong pasukan lain. tidak salah menyoong pasukan anda minati tetapi salah ada hasad dengki dengan pasukan lain. tahniah red warriors, teruskan kecemerlangan

    • penyokong trw hok sekolah

      sedara ambo ni, kita tak payoh kata gapo2 lah ko johor tu, kita kecek pasal kelate jah

    • Buang la sikap kampung tu……kalau team anda, anda sokong la sampai ke langit, tak de sampa nk marah….jangan sibuk team orang lain, hari ni team anda diatas….tapi ‘what comes around goes around….’ faham ke? fikir2 la satu hari nanti akan ada team lebih baik dari team anda…..jangan busuk hati sangat

      • penyokong trw hok sekolah

        saya dah nasihat kat ambo tu, sedara jojo tak yah panjang2lah, cukuplah tu, kita bagi nasihat elok2 kat dia org ni, maklumlah baru dapat peluang masuk sokernet

      • Salam, harap saudara JoJo xpayah amik pot dengan provokasi2 ni..FYI,xsemua fan TRW xsemua rasional,positif..ada yg budak sekolah lg..biasala…mana2 team pun ada fan xcukup umur ni..masalah mcm ni la yg bwk kpd kutuk mengutuk,maki memaki..kita sama2 sokong team masing2..buat peminat TRW jgn suka merendah2kan team2 lain..musim baru ni belum tau lagi team mana kuat,team mana lemah..it just a beginning,yg penting teruskan sokongan..GkG..peace

  2. anak pantai timur

    tahniah trw…we love u

  3. jgn bongkak nnti team ko kalah sepanjang musim nie br ko tau..jgn slalu pandang rendah team lain.kena amik peringatan pd yg laen gak.

  4. Tiada perasaan hasad dengki, iri hati atau bangga diri. Menang adalah Menang dan Kalah adalah Kalah. Keputusan seterusnya, biar perlawanan tersebut tentukan.!!

    truth is out there!!

  5. Kwn2 kalau peminat bola sejati tolong jgn rendah2kan team..jgn provoke..komen pasal tajuk diatas saje okeyy?..Tahniah coz TRW menang mlm tdi..tp kita tetap ada masalah iaitu penyudah yg tumpul..bila lagi nk tajam ni..sebelum start liga kita dah friendly byk dah..masa gagal dptkan piala sumbangsih pun inilah masalah utamanya..penyudah tumpul..Keita tu kenapa mcm xcerdas aje..aduii jgn jd Nwoha sudahla..midfielder,defender kita mmg sgt baik,bahagin forward haruslah diberi perhatian…game mlm tdi agak mendebarkan,takut jugak di aibkan PKNS..kami peminat tggu aksi terbaik..Gomo Kelate Gomo..

  6. bagai roda, bukan selalu di atas. Tgk kedah, tgk selangor…ini masa kelantan..hargailah masa ini.
    Dan langit pun bukan selalu cerah…

  7. jangan la duk kutuk negeri johor,,sebenarnya mereka dah main dengan hebat sekali,,tapi nak buat camne budak pahang main lagi hebat..

  8. meme la wak comes aroun goes aroun..ambo tk kisah kelate tk dpt pialo pon taun ni,asalkan bkn team you know which team im talking about….team lain nk mene tk kisah pon…one more thing my fren kami smua bkn benci kan org johor…cuma sgelintir yg tk menghormati hak n undang2….you know who rite…..

  9. saya org kelate pure,toreh pun darah kolor merah…apa yg TMJ buat dgn berbelanja besar ,bwa msk star playar amat2 la bagus…cuma saya rasa silap 1 psl kes mat yo.itu yg mbuatkan kami pnyokog kelate marah sgt….maaf la klu adik kakak tsinggung plok..bola kita wajah kito.

  10. Saya tak kesah sapa menang Liga Super tahun nie (harap-harap kelate of course) tapi yang paling penting janji bukan JDT TMJ, ajar sket nak menang bukan dengan duit tapi keringat!!

  11. Ako pun x kisah mna2 pasukan menang pun ASAL BUKAN TEAM CURI PLAYER jer.tapi harap2 TRW dpt treble lg taun ni

  12. Betul gua sokong lu…….rangers….400%!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>