Piala FA: Kelantan menang selesa, JDT bawa bekalan tipis
PASUKAN Kelantan memperoleh bekalan selesa untuk ke separuh akhir kedua Piala FA dengan penuh bergaya selepas mempamerkan kebangkitan drastik dengan menundukkan Terengganu 4-1 pada aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Meskipun ketinggalan satu gol menerusi Ashaari Shamsudin pada minit kedua, ia nyata tidak menghalang skuad The Red Warrios (TRW) untuk mempamerlan persembahan cemerlang apabila penyerang import, Dickson Nwakame menyamakan kedudukan pada minit ke-79.
Skuad kendalian Bojan Hodak terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad Penyu apabila meledak lagi tiga gol menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin (M-88), Obinna Nwaneri (M-90) sebelum Zairo memastikan kemenangan milik Kelantan pada masa kecederaan.
Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 kepada Pahang pada satu lagi aksi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Larkin.
Kelebihan satu gol hasil Leonel Nunez pada minit ke-20 itu ternyata masih belum selamat buat pasukan Harimau Selatan yang akan bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk separuh akhir kedua, Selasa ini.
Berikut keputusan separuh akhir pertama Piala FA yang berlangsung malam tadi:
Kelantan 4 Terengganu 1
Johor Darul Takzim 1 Pahang 0
May 26, 2013 - 6:00 pm
Amuk Tok Gajah!