Penyokong Johor DT boleh tebus tiket di SNBJ

PENONTON yang masih memegang tiket aksi separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Darul Makmur, Kuantan Selasa lalu ekoran perlawanan itu ditangguhkan boleh menukar tiket mereka dengan tiket baharu bagi menyaksikannya perlawanan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Naib Presiden I Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Omar Othman memberitahu, mereka yang memiliki tiket tersebut tidak perlu membuat bayaran tambahan meskipun harga tiket perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil RM3 lebih mahal berbanding RM12 ketika dibeli di Stadium Darul Makmur.

“Orang ramai yang memiliki tiket perlawanan itu boleh menukarnya di pekarangan Stadium Darul Makmur Kuantan, Stadium Mini Temerloh dan Stadium Bukit Jalil bermula pukul 10 pagi esok (hari ini).

“Mereka juga boleh menggunakan tiket itu untuk menonton perlawanan di antara Pahang dengan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur pada 22 Jun nanti jika tidak berpeluang pergi ke Bukit Jalil Sabtu ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kuantan semalam.

Bagaimanapun, Omar berkata, para penyokong tidak boleh menukar tiket lama itu dengan wang kerana ia merupakan peraturan yang telah ditetapkan dan ia sudah tertera di belakang setiap tiket yang dibeli.

Tambah beliau, sebanyak 80,000 keping tiket telah disediakan buat penyokong Pahang yang ingin menyaksikan perlawanan semula itu Sabtu ini.

Semalam, akhbar melaporkan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM menetapkan perlawanan separuh akhir antara Pahang dengan Johor DT akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin itu juga menetapkan tiket boleh ditebus semula untuk mendapatkan tiket baharu daripada PBNP.

Related Posts

2 Responses to Penyokong Johor DT boleh tebus tiket di SNBJ

  1. pahang sudah gol. 1-1 sekarang. hoho..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>