Piala Malaysia: Kelantan, N.Sembilan berentap awal

JUARA bertahan, Negeri Sembilan berdepan ranjau berduri apabila undian meletakkan mereka pada laluan pertembungan dua pasukan pilihan, Kelantan dan Selangor pada saingan Piala Malaysia 2010 yang bermula pada 14 September ini.

Kegagalan menempatkan diri selaku pasukan pilihan menyaksikan Negeri Sembilan terdahulu akan bertemu pasukan yang ditewaskan mereka 3-1 dalam final tahun lalu, Kelantan di Kumpulan A sebelum dijangka bertemu juara liga, Selangor pada suku akhir yang mengulangi insiden kekecohan separuh akhir Piala FA, awal musim ini.

Kumpulan A dilengkapkan dengan kehadiran dua pasukan kelab, KL Plus yang meningkat naik pada babak kedua musim dan PKNS yang terlepas kelayakan automatik ke Liga Super selepas tercicir di tempat ketiga Liga Perdana.

Ketika, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor FC dipisahkan berdasarkan kedudukan sebagai empat pasukan teratas Liga Super, semua kumpulan dilihat agak seimbang dengan setiap satu menempatkan satu pasukan Liga Perdana.

Selangor dilihat tidak bermasalah mara ke pusingan kalah mati dengan juara Liga Perdana, Felda United dan Perlis dilihat akan merebut tiket kedua dengan T-Team melengkapkan senarai empat pasukan Kumpulan D.

Penolong pengurus Selangor, P Maniam tidak kisah mengenai lawan bakal ditemui pada peringkat kalah mati sekali pun Negeri Sembilan atau Kelantan.

“Dengan Selangor dalam Kumpulan D bersama-sama Perlis, T-Team dan Felda, ia adalah penting untuk kami mendapatkan mata maksimum daripada semua perlawanan di tempat sendiri,” katanya.

Namun, petunjuk kini terarah kepada dua pasukan merah ini - Red Giants dan Red Warriors - akan memenuhi temujanji perlawanan akhir pada 30 Oktober ini. - Berita Harian

Jadual Penuh Piala Malaysia 2010 | Carta Kumpulan Piala Malaysia 2010

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>