Pentadbiran FAM perlu beri penjelasan isu dibangkitkan TMJ, persatuan

FAM perlu tunaikan hak persatuan negeri

PIHAK pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memberi penjelasan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengenai isu-isu berbangkit membabitkan persatuan itu, kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Makhota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Mereka mempunyai hak dalam memberi pendapat mereka dan bukan saya yang perlu menjawabnya, terserah kepada pentadbiran FAM untuk menentukanya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai teguran dan kritikan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tengku Abdullah tidak menolak kemungkinan ada kebenaran daripada kritikan yang dibuat oleh Tunku Ismail dalam kenyataannya semalam.

Tunku Mahkota Johor menerusi kenyataanya meminta FAM segera berubah bagi memperbaiki mutu bola sepak negara kerana badan induk bola sepak negara itu dilihat gagal memberi layan adil kepada ahli gabungannya serta pada masa yang sama mempersoalkan hak bayaran siaran langsung televisyen berjumlah RM15,000 yang sepatutnya diterima PBSJ setiap kali menjadi tuan rumah perlawanan Liga Malaysia.

Tengku Abdullah berkata beliau tidak tahu mengenai kontrak dengan saluran televisyen berbayar Astro dan pentadbiran FAM perlu meneliti kandungan kontrak bagi menjawab dakwaan tersebut.

“Sekiranya PBSJ ada hak dalam perjanjian itu, FAM perlu bagi apa yang sepatutnya diterima,” katanya kepada ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Kejohanan Piala Gurdwara ke-62 dan Festival Sukan Sikh 2013 di Kelab Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata FAM sentiasa bersikap terbuka dalam menerima sebarang teguran mahupun cadangan dari mana-mana pihak dan sekiranya terdapat kebaikan, FAM akan mengambil iktibar.

“Teguran daripada Tunku Mahkota Johor mungkin ada kebaikannya, namun sekiranya terdapat fakta yang salah ianya harus diperbetulkan,” katanya.

Mengenai program pembangunan FAM, Tengku Abdullah berkata FAM memandang serius perkara tersebut walaupun terpaksa berdepan dengan kewangan yang terbatas.

“Pembangunan bola sepak negara perlu dilakukan secara bersama oleh semua pihak termasuk FAM sendiri, persatuan dan kerajaan negeri, kerajaan pusat mahupun syarikat swasta.

“Sekiranya beban tersebut hanya diletakkan atas bahu FAM sahaja, dalam jangka masa 100 tahun pun tak cukup,” katanya.

- Bernama

Related Posts

6 Responses to Pentadbiran FAM perlu beri penjelasan isu dibangkitkan TMJ, persatuan

  1. Tak tahu bukan jawapan yg bijak

    tak tahu bukan jawapan yg bijak

  2. Walaupun nak berentap di final FA, dalam isu ini TMJ dan A Musa bergabung. Satu contoh yg baik bagi kedua-dua penyokong JDT dan TRW.Tiada lagi kekecohan di final nanti.

    • FAM jgklah yang jd punca awal segala musibah mana2 persatuan. Pergolakan dua negeri ‘arab’ malaysia. Johor dan Kelantan. FAM bullshit!!!

  3. Sebelum Final TMJ dan AM perlu merapatkan hubungan.Kunjung mengunjung, bertukar-tukar pandangan dan mendidk penyokong masing2 agar matang. Selalu keluar akhbar bersama. Kalah menang adat pertandingan.Bermula dengan pemimpin, kawe percaya tiada lagi kekecohan di Final nanti.Kawe nantikan game yang bersih dan hebat.

  4. Tok gajah mencarut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>