Annuar Musa sokong Khairy tegur FAM
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa nyata menyokong tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang membuat kenyataan berbaur kritikan terhadap Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) baru-baru ini.
Menurut Annuar, sebagai bekas Timbalan Presiden FAM dan kini menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy mempunyai kewibawaan untuk memberi pandangan mengenai isu bola sepak Malaysia.
“Saya percaya komen beliau berasaskan maklum balas yang diterima daripada semua pihak, dan saya juga yakin komen yang dibuat oleh Khairy adalah pandangan secara ikhlas tanpa ditujukan kepada mana-mana individu secara spesifik.
“Ini kerana, sebagai menteri beliau akan terus diminta memberi komen mengenai isu berprofil tinggi berkaitan portfolio yang diamanahkan kepada beliau,” kata Annuar menerusi laman sosial Facebook, hari ini.
Annuar berkata demikian ketika mengulas reaksi Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang terkilan dengan teguran Khairy.
Jelas baginda, keputusan mengadakan semula aksi separuh akhir kedua Piala FA, Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil dibuat mengikut peraturan.
Tambah Annuar, “kita tidak semestinya betul semua dan teguran tidak semestinya salah, kita ingin melihat menteri yang berani dan tegas dan Khairy sudah pasti siap siaga untuk itu.
“Namun saya juga yakin FAM telah bertindak ikut peraturan, cuma sekarang yang mungkin boleh dipertikaikan ialah ‘kebijaksanaan dan kewajaran’ sesuatu keputusan itu dibuat seperti mana di suarakan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) sebelum ini,” jelas Annuar.
Sebelum ini, Khairy membidas FAM dan PBNP dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.
FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP dan 20,000 tiket PBNJ untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang diadakan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas dibatalkan di Stadium Darul makmur, Kuantan gara-gara kekecohan penonton.
- Sinar Harian
June 3, 2013 - 10:02 pm
TRW n PBNJ sokong Khairy, sapa sokong Fam ?
June 4, 2013 - 7:59 am
gua sokong apam…..bkn fam…
June 4, 2013 - 12:40 am
FAM kena belajar terima teguran.
June 4, 2013 - 7:19 am
Khairy sama Nuar musa…..sekapal
June 4, 2013 - 5:15 pm
Dah jumpa geng dah….
June 4, 2013 - 5:21 pm
SHIDAN,ANNUAR&KJ…..LAWAN SULTAN PAHANG….GUA SOKONG 100%!!!
June 5, 2013 - 10:02 am
Nuar musa ni ada baik jaga team sendiri.. pasal dia le liga M ni tak habis dgn kontroversi.
June 6, 2013 - 9:55 am
Pasal dia ke pasal
Pasal boss kau sep
Sep sep
Pasal apa kau bodoh
Agaknya org kog kau semua bodoh ye
Kpg bodoh 1 Malaysia
June 5, 2013 - 11:15 am
Jgn layan anak Pahang. DIa sebenornya org negeri lain, saja menyamor sbg org Phg. Org Phg baik2 budinya.
June 6, 2013 - 12:29 pm
anak_pahang tu sbenarnya, dia masih bersekolah di sekolah saya….Saya ialah cikgunya di penang…Dia baru nak ambil pmr tahun ni…Sebab tu dia cakap tak padan apa….Jangan marah,saya cikgu boleh rotan dia…Saya dpt lesen merotan dia…
June 6, 2013 - 12:34 pm
tima kasih cikgu Ramlee.Cikgu suka main bola, Hari2 cikgu main bola. He3
June 6, 2013 - 11:04 am
Bapak Pahang….kalau dah mengaku nrgeri sendiri baik….ORANG PERAK kata MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI…..larat ke??????…He3!!!!!
June 6, 2013 - 11:40 am
Masuk bakul boleh angkat la. Lompat2 terangkat…Atau pun tebuk lubang kaki angkatlah bakul tu…ape la mu ni. hahahahah
June 6, 2013 - 12:36 pm
Yeop , aku nak menyelamatkan warga Phg dari dibusukkan oleh anak Phg.Aku pun tah2 org Indon. He3
June 7, 2013 - 11:18 am
Lagi satu….. skrg masanya untuk kurangkan ‘imuniti’