PBNS kesal tindakan tak profesional PBSNT
Effa Owona masih mempunyai kontrak sehingga hujung November
Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menyifatkan adalah tidak profesional bagi sesebuah pasukan yang menandatangani perjanjian untuk musim baru, sedangkan pemain berkenaan masih menerima bayaran dari pasukan lamanya.
Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah sesuatu yang keterlaluan bagi sesebuah pasukan yang bertindak sedemikian sedangkan kontrak pemain berakhir November depan.
“Kita bercakap mengenai liga profesional, tetapi tidak ada sedikit pun sikap profesional apabila ada pihak yang berbuat sedemikian.
“Saya tidak berhasrat untuk memberikan sebarang cadangan, cuma saya harap perkara ini perlu diteliti dengan sewajarnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.
Mengambil contoh pemain import negeri ini dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona yang masih mempunyai kontrak dengan PBNS sehingga November ini, namun dia dikatakan sudah menandatangani perjanjian dengan Terengganu untuk musim depan.
Jelas beliau, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak memberikan sebarang surat untuk mendapatkan khidmat Effa Owona untuk musim depan.
“Dalam bola sepak liga profesional, kita tidak dibenarkan untuk menghubungi pemain tanpa kebenaran majikan mereka.
“Kalau di Malaysia, mereka boleh berbuat demikian biarpun mereka masih lagi terikat dengan kontrak sedia ada. Malah kontak yang sedia ada boleh terbatal dengan sendirinya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai pemain berkenaan, Mohamad berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk mendapatkan khidmat Effa Owona ekoran pemain berkenaan mahu supaya tawaran yang diberikan dilonjakkan dari AS$120,000 (RM366,966) kepada AS$300,000 (RM917,415).
Malah pada masa yang sama, PBNS juga kata Mohamad, tidak menawarkan kontrak lanjutan kepada pemain importnya dari Slovakia, Marian Farbak.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan turut mengesahkan pihaknya akan menandatangani perjanjian dengan jurulatih dari Portugal, Divaldo Elves yang pernah berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Persebaya FC untuk membimbing pasukan negeri itu pada musim depan.
November 1, 2012 - 12:58 am
Betul Dato Seri oii..bayar pemain ikut kemampuan..kalau nk byr gaji sorang import smpai terpaksa menunggak gaji2 player lain baik xpayah..dana yg ada patut disimpan utk cari & gilap bakat2 baru anak jati tempatan..nak harapkan player import smpai bila, cash flow pun makin byk keluar..kalau xde income mmg bleh lingkup persatuan gara2 nk bayar import sejuta sebulan..xkan nk harapkan sponsor aje..byk lg cara nk tingkatkan mutu bolasepak tanahair..Good Luck Dato’ & PBNS..hoben jang..
November 1, 2012 - 4:49 am
Amat mnyedihkn…ada k ptut jd gni??? Ko still makn gji ngan orng tp dah cbuk p sign kontrk ngan orng lain!!!!! Apa yg menimpa PBNS adalh satu bukti bahawa pro league malysia still bnyk lg yg nak diperbtolkn… Pd PBNS n Dato Mad Hassn..sbarlah yer,maybe ada hikmah dsbalik semo ni!!! Pd PBSNT…lain kali jgn wat lg yer!!! N9 thun dpn pasti akn muncul muka2 fresh dlm team…bgos,truskn memproduce bakat2 tempatn!!! Aku ckup suka ngan N9 ni…bakat2 yg diorng ada,hebat2 blake!!! Patah tumbuh ilang bganti…pasti ada lg pemain import yg jauh lbih hebat dr owwona ada dlm market…just be patient!!! Adios…
November 1, 2012 - 8:37 am
tak pro la macam ni, selagi ada kontrak selagi tu persatuan bayar gaji, kalau persatuan x bayar gaji kan player mengamuk pula…… memang x pro la player belakangkan persatuan lama
November 1, 2012 - 11:08 am
SAMAN AJER PBSNT…. memang PBSNT x PROFESIONAL…. CHE MAT JUSOH… LETAK AJER JAWATAN… ORE X SIR DOH…. PHUUUIIIII
November 1, 2012 - 11:37 am
pbsnt lagi?! CMJ mmg hebat!
N9 harus tabah. selepas ramai disambar ATM tahun lepas. tahun ni AzraiKor plak bawak gi Perak.
November 1, 2012 - 1:01 pm
Betul lah, makin sehari makin hampeh bolasepak FAM ni…FAM kaki buli kelantan, anugerah bolasepak yg hancus, curi pemain ikut sedap aje, ranking merudum, national selection ikut suka aku…..itu belum kira pengadilan & pemain yg main macam bola kampung. Oh negara ku….why3X
November 1, 2012 - 11:56 am
Aiyo mcm2 bondo lah berlaku kt bolasepak Negaro kito nih..dah mcm main bola kampung, main tukar2 player cenggitu jek..kalo cam tu la baik main bola gayo kmpng xpyah berjersi bagai..team satu pakai baju team lagi satu tanggal baju..apa macam?
November 1, 2012 - 5:27 pm
mcm2 hal pbnt ni…kes mat zan tk selesai,tmbah dgn kes butler plak buat kputusan suka ati…ni dia buat hal lagi …tk profesional langsung….malu aku weh.