KELANTAN yang akan melayan kunjungan Pahang, malam ini tetap menghormati lawan walaupun pasukan bawah bimbingan Dollah Salleh itu dibelasah Terengganu, 5-0, pada perlawanan Rabu lalu.

Barisan The Red Warriors itu perlu menang di stadium keramatnya, Sultan Muhammad Ke-IV bagi memulihkan kembali maruah tercalar di hadapan penonton sendiri selepas diaibkan T-Team, yang menang tipis, 2-1.

Rekod menunjukkan Kelantan tewas 0-2 kepada Pahang pada pusingan pertama Liga Super di gelanggang lawan dan malam ini tiada lagi istilah kalah dalam kamus Kelantan bagi memastikan tidak terus tergelincir sekali gus meranapkan harapan menguasai takhta liga.

Pemain muda Kelantan, Izuan Salahuddin, yang kini sudah mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Datuk M Karathu, yakin Kelantan mampu mencipta kemenangan selepas mendapat suntikan baru akibat tewas, Rabu lalu.

“Saya akui masih lagi baru dalam pasukan Kelantan, namun tuah tidak akan datang bergolek begitu saja dan akan terus berusaha membaiki kelemahan diri dengan memberi kemenangan kepada Kelantan.

“Misi malam ini sudah tentu mengutip tiga mata untuk terus berada dalam kelompok teratas dan saya akan buktikan Kelantan tetap pasukan harus disegani,” kata pemain skuad Piala Presiden Kelantan itu.

Dia turut mengharapkan rakan sepasukan lebih berpengalaman seperti Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo mampu memberi semangat kepada pemain lain dengan menjaringkan gol pertama Kelantan




coded by nessus

Main topics: Liga Super

Sub topics: , , ,


Readers Comments (0)