Effa Owona tuntut gaji cecah RM1 juta punca dilepaskan

Jean-Emmanuel Effa Owona Negeri Sembilan
Jean-Emmanuel Effa Owona antara pemain yang dilepaskan ekoran tuntutan gaji melampau

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan pihaknya terpaksa memberi laluan kepada beberapa pemain utama untuk mencari pasukan lain bagi musim depan, selepas tidak dapat memenuhi permintaan kenaikan gaji yang tidak munasabah serta di luar kemampuan persatuan.

Sambil menganggap permintaan mereka sebagai keterlaluan, Mohamad yang juga Menteri Besar, berkata kantung PBNS akan koyak jika mereka memenuhi kehendak pemain itu.

“Sebagai contoh, pemain import, Jean-Emmanuel Effa Owona menuntut kenaikan gaji sehingga AS$300,000 (RM915,599) setahun berbanding sebelum ini hanya AS$120,000 (RM366,239). Selain itu, dia juga menuntut bayaran kontrak AS$100,000 (RM305,199).

“Bagi saya, permintaan itu melampau dan di luar kemampuan persatuan. Malah, kami juga menerima tuntutan gaji tinggi daripada pemain tempatan sehingga menyebabkan kami terpaksa membuat keputusan untuk melepaskan mereka memilih pasukan lain,” katanya, semalam.

Effa Owona kini sudah mengikat kontrak setahun bersama skuad Penyu dan tidak diketahui berapa banyak yang dibelanjakan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu untuk mendapatkan khidmat penyerang berasal dari Cameroon itu.

Antara pemain utama tempatan skuad itu yang turut beralih angin ke pasukan lain ialah Mohd Shukor Adan yang berpindah ke Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Farizal Marlias (Perak) dan S Kunanlan (Selangor).

Mengenai pemain import yang bakal menggantikan Effa Owona, Mohamad berkata, pihaknya sedang meneliti beberapa pemain untuk diuji sebelum diserapkan kerana mahu pemain berkualiti yang diperakui baik di atas kertas dan di padang.

“Kita tidak mahu terburu-buru mengambil pemain import kerana tidak mahu terperangkap apabila mendapat pemain yang tidak berkualiti,” katanya yang mengesahkan kontrak pemain pertahanan, Marian Farbak, tidak diperbaharui.

Related Posts

5 Responses to Effa Owona tuntut gaji cecah RM1 juta punca dilepaskan

  1. wow gaji dekat rm80 ribu sebulan tu kalau diterima, berapa terengganu bayar gaji effa sebulan agaknya

    • ganu byr rm915k setahun la kot mcm yg effa tu nak. xpe, ganu kn bnyk pitih. dpt wang royalti katakan.. ops, silap sebut lak. royalti tu dh tggl sejarah. skrg wang ehsan je. maaf ye mat said sbb tersilap sebut

  2. dia ingat PBNS tu cop duit ke apa,main pun x le bagus sgt..

  3. Pingback: » PBNS kesal tindakan tak profesional PBSNT | Sokernet

  4. persatuan kne cari sponsor lain la…jgn hrpkn wang krjaan negeri je….mcm klantan fa,bersepah cop sponsor kt baju TRW 2..2 yg ley byr gaji tggi kt pemain.nk bg bonus pn x kedekut..xkn kn hbskn duit utk thn 2013 je…musim 2014 pokai..2015 mundur balik liga M..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>