Nilai perpindahan Mat Yo RM1 juta?

Nilai Norshahrul Mat Yo RM1 juta
Ura-ura perpindahan Norshahrul ke Johor FC masih belum terlerai

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) perlu membayar RM1 juta atau lebih sekiranya masih berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bagi memperkuatkan pasukan tersebut musim hadapan.

KESUNGGUHAN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmat pemain paling bernilai (MVP), Norshahrul Idlan Talaha mungkin terpaksa dibayar harga cukup tinggi memandangkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pastinya mahu merasai keuntungan selepas ‘melabur’ membentuk pemain itu menjadi penyerang digeruni negara.

Adakah benar nilai RM1 juta perlu dibayar PBNJ untuk menebus baki kontrak setahun Norshahrul bersama Kelantan atau jumlahnya lebih tinggi mengikut penilaian majikannya yang kini mencongak dengan teliti kontrak itu dari sudut pasaran dan perundangan.

Situasi itu membuatkan pemain berusia 26 tahun itu ‘pening kepala’ apabila kedudukannya hingga kini belum dipastikan sedangkan dirinya secara terbuka sudah meluahkan isi hati untuk mencari angin baru selepas tiga tahun bersama Kelantan dan menyertai pasukan ‘Manchester City’ Malaysia yang baru, iaitu Johor.

Biarpun tiada pengesahan rasmi gaji RM80,000 sebulan ditawar kepada Norshahrul seperti yang dilapor media tempatan setakat ini, namun yang pasti, PBNJ menawarkan pakej menarik untuk pemain kelahiran Besut, Terengganu itu.

“Setiap pemain kalau dapat tawaran macam itu, pasti ada keinginan untuk pergi,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita semalam mengenai tawaran yang diberikan oleh Johor.

Related Posts

7 Responses to Nilai perpindahan Mat Yo RM1 juta?

  1. ermm..man city baru? kltn man u? adakh dilihat dari sudut positif atau ngtf? apapun lumrah dunia bola sepak.. menuju puncak seperti zaman mokhtar dahari,ghani minhat,dsb.. wang tinggi itu permainan skrg.. aku blh katakan skrg malaysia blh dpgl era bru seperti epl

  2. Perkembangan yang positif dalam dunia bola sepak Malaysia.Tapi mestilah mengikut saluran yang betul. tp harga Mat Yo patut mahal lagi…RM25 juta ( ala -ala van persie 25 juta pound,,,hahaha)

  3. MAT YOO gadailah tanah yang dapat tu.. untuk BAYAR DUIT PERPINDAHAN.. top Up sikit duit tolong JOHOR nak bayar RM1juta… dah nak sangat pergi…

  4. anti pilih kasih

    rahmat buat Kafa apabila mat yo ditabal MVP buat kali ke3 berturut2, walaupun (pd pdpt aku) dia x layak utk thn ni. (Piya lebih layak.) Bermaksud Kafa mmg berhak jual mahal.

    padahal mat yo struggle spnjg musim utk ke prestasi terbaik. 1 game je dia main cantek lps dia injured, iaitu final piala msia. thn dpn kita tgk adakah pbelian johor ini berbaloi…

  5. Pingback: » Johor tidak akan bayar RM1 juta untuk tebus Norshahrul | Sokernet

    • Alah, berita tu pun palsu psl tuntutan RM1 juta, sumber kt mana yg katakn pngrusan kafa tuntut pmpasan RM1 juta. Nk buat cter pnyer psl nk dptkn Mat Yo aku nmpk. Pngurusan Kafa dh nafi sume tu coz blum discuss lg sblm “big boss” balik (TSM).

  6. jangan salahkan matyo klu dio nok g.. player bola bukan buleh main bola sapa umur 50 tahun.. demo nie buleh sepak bola paling terik pon sapa umur 36.. so nie jolah maso utk demo nok kumpul duit. penghijrahan matyo ke johor perlu dilihar secara positif.. mungkin penghijrahan ini akan menglakkan dan menaikkan taraf gaji semua pemain bola sepak malaysia, menjadi kayu ukur dan tanda aras utk pemain bertaraf bintang.

    dan ini mungkin menjadi pemangkin kepada anak2 muda utk berusaha lebih gigih kerana kerier bola sepak zaman skrng di malaysia boleh menjaminkan pendapatan yg lumayan. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>