Final Piala FA: Kelantan isytihar cuti peristiwa 20 Mei


Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Abd Fattah Mahmood

KERAJAAN Negeri Kelantan hari ini mengumumkan cuti peristiwa sehari pada 20 Mei 2012 (Ahad) sempena perlawanan akhir Piala FA yang membabitkan pasukan Kelantan, 19 Mei ini (Sabtu).

Menerusi kenyataan ringkas disiarkan di Facebook rasmi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memetik pengumuman Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood:

“Adalah diumumkan Kelantan telah mengisytiharkan pada 20 Mei 2012 Sebagai CUTI PERISTIWA sempena Perlawanan bolasepak PIALA FA,” menurut kenyataan Abdul Fattah di pejabat pentadbiran negeri, Kota Darulnaim hari ini.

Final Piala FA 2012 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei membabitkan pertemuan Kelantan menentang Sime Darby.

Kelantan turut layak ke perlawanan akhir Piala FA tahun lalu namun tewas 1-2 di tangan Terengganu.

Kelantan isytihar cuti peristiwa 20 Mei sempena Final Piala FA 2012

Related Posts

3 Responses to Final Piala FA: Kelantan isytihar cuti peristiwa 20 Mei

  1. Semoga peminat bola sepak Malaysia dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur akan lebih tenang dan selamat dengan pemberian cuti ini. Makanya selepas tamat perlawanan nanti, mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk balik semula ke Pantai Timur. Malah mereka dapat berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan pulang…

  2. dtg lah dengan semangat murni nak sokong pasukan masing-masing dan pulang dengan selamat jangan ada cita-cita nak pecah kerusi ,nak main marcun dan lain-lain lagi seperti yang sudah-sudah. moga-moga gitulah

  3. Bagusla Kerajaan Negeri. Lebih pentingkn keselamatan rakyat. Cuma harapnya sykt2 swasta pun ikut jg cuti. Jgn dok penting ko duit jah.. Pekerja pun kenalh pandai terima kasih pd bos, hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>