Liga Super: Lions XII jarak jurang mata
Liga Super 2013: Lions XII 2-1 Perak
LIONS XII memperkukuh kedudukan sebagai pendahulu Liga Super apabila berjaya menewaskan Perak 2-1 di Stadium Jalan Besar, pada Sabtu
Kemenangan itu membolehkan anak buah V.Sundramoothy itu kekal di persada liga dengan mengutip 23 mata manakala Perak di tangga kesembilan dengan 14 mata selepas mengharungi 11 perlawanan.
Dalam perlawanan itu, dua gol Lions XII dijaringkan oleh Shahril Ishak pada minit ketujuh dan 58.
Gol tunggal Perak pula disumbangkan oleh Mohamad Rafiuddin Roddin pada minit akhir perlawanan.
Lions XII akan bertemu Negeri Sembilan di Stadium Jalan Besar pada 13 April ini manakala Perak pula akan menentang PKNS FC di Stadium Ipoh 12 April.
Pingback: Azraai Khor kecewa aksi longlai Perak | Sokernet
April 10, 2013 - 9:34 pm
Sila buka mata semuanya ….. Lion tak de import … Local player 100% …. Young player somemore…. But they beat us. …. Moral of the story …. Kalau manager dan coach bagus tak deee import player pun boleh jadi hebat ….. Ha ha ha ……. Malunya team local yg ada sekarang.