Kelantan selangkah pertahan gelaran Liga Super
Negeri Sembilan vs Kelantan [2-3] Liga Super 03.07.2012
KELANTAN makin selesa selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam tadi.
Keputusan tersebut membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak menggumpul 54 mata iaitu empat mata di hadapan pasukan Lions XII dari Singapura yang tidak bermain semalam.
Penyerang skuad Rusa, Mohd Firdaus Azizul membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 sebelum Mohd Azlan Ismail menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-46.
Mohammed Ghaddar Mahmoud menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-63 sebelum Indra Putra Mahayuddin mengukuhkan kedudukan pasukan pelawat lima minit kemudian.
Ketua pasukan Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan mengurangkan defisit jaringan apabila menyumbat masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-85.
Terengganu yang tewas 1-2 kepada Kedah, Sabtu lepas kembali bangkit mencipta kemenangan selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dua gol skuad Penyu dijaringkan penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-13 dan 84 manakala gol tunggal skuad warga kota
dijaringkan Emmanuel Okine pada minit ke-30.
Johor FC turut mencatat kemenangan dengan jaringan yang sama bertemu Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Dua gol Johor FC dijaringkan Mohd Syazwan Zainon seawal minit kedua dan sepakan penalti Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit ke-45 manakala gol tunggal Sabah menerusi Shahrudin Yakup pada minit ke-36.
Selangor pula mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Shah Alam.
Penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-62 sebelum Muhd Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan, dua minit sebelum tamat permainan.
Sementara itu, pasukan tangga ketiga liga Perak tewas 1-2 kepada pasukan kelab dari Lembah Klang, PKNS Selangor di Stadium Perak, Ipoh.
Penyerang Akmal Rizal Ahmad Rakhli menjaringkan gol pendahuluan skuad Seladang pada minit ke-43 sebelum pasukan pelawat membalas dengan dua gol menerusi Mohd Fazli Baharuddin pada minit ke-75 dan 78.
Sarawak turut menerima nasib sama apabila tumpas 0-1 kepada T-Team di Stadium Negeri Sarawak menerusi jaringan Mohd Fadzli Saari pada minit
ke-30.
- Bernama
July 4, 2012 - 10:44 am
Tahniah Kelate. Kita akhirnya dpt 3 mata berharga wp awalnya ketinggalan. Namun, masih jelas pemain simpanan kita yg diturunkn smlm masih bnyk kekurangan dan kelemahan yg perlu diperbaiki bg menghadapi piala Malaysia. GKG
July 4, 2012 - 11:54 am
Tahniah skuad Gomo.. Anda semua hebat..
July 4, 2012 - 1:10 pm
Thniah TRW!!!!Perjuangan sudah menghampiri garisan penamat. Walaupn masa pertama agak hambar namun akhirnya babak kedua telah menaikkan smgat slepas gol pertama sentuhan Azlan Ismail. Game mlm tadi mempamerkan semangat kesukanan yg tinggi. Syabas kpd kedua2 team. Pengadil pn ok je…..
July 4, 2012 - 1:41 pm
Pengadil mmg baik hati dan pemurah. Bnyk pemain-pemain senang-senang dihadiahkan kad kuning sbg tanda cederahati. Mmg pemurah sungguh.
July 5, 2012 - 8:10 am
Kira ok la 2…x la mcm game klate lwn ganu & selangor…. itu pengadi lterlampau!!!
July 4, 2012 - 7:50 pm
3 mata lagi trw juARA!! GKG!!
July 7, 2012 - 9:19 am
Insya’Allah malam ni kita akan beroleh 3 mata dan secara x langsung kita bergelar juara liga super musim 2012……. Insya’Allah.